Aku perhati sambil menanti,
Kehadirannya tak kunjung tiba….
Masih ku ingat cantik rupanya..
Masih terdengar galak tawanya..
Masih terbayang manis senyumnya..
Tak dapat ku lupa bingit suaranya..
Masih ku kenang deraian air matanya..
Masih terlihat kelat wajahnya..
Sungguh,
Aku tidak menipu!
Aku masih mengingati itu semua..
Biar dia sendiri yang terlupa..
Aku menanti pula sambil perhati,
Dia masih tak kunjung tiba….
Aku masih ingat,
Di sinilah hatinya digurisi..
Di sinilah dia disakiti..
Di sini jua lah mereka berkelahi..
Sungguh,
Aku tidak berbohong!
Andai sahaja mereka melupainya..
Akan tetapi semuanya masih ku ingati..
Kedatangannya masih tak kunjung tiba,
Membuat aku terus perhati juga menanti….
Aku juga masih ingat,
Sabarnya ada tika di sini..
Tabahnya juga tika di sini..
Kerjasama mereka tika di sini..
Sungguh,
Tidak sesekali aku menipu!
Jika mereka telah terlupa,
Tidak aku turut melupa…
Kedatangannya itu masih ku nanti,
Sambil itu aku perhati….
Ingatanku masih lagi di sini..
Bersama mereka yang aku perhati..
Biar tanpa mereka sedari,
Aku sentiasa menanti dan perhati…
Sugguh,
Tidak aku berkata dusta!
Tiada niat menyentuh jiwa..
Tiada tujuan menyinggung raga..
Di sebalik apa yang ku lihat,
Aku kagum……
Kagum kerana mereka bukan hanya belajar.
Mereka juga menempa…..
Sesuatu yang amat berharga..
Tiada nilai dapat ditukar…
Tiada kata dapat digambar…
Aku masih di situ,
Setia menanti,
Setia juga perhati,
Mereka yang memberi 1001 ekspresi….
Tiba-tiba….
"En. Naza, paper kat mana?"
Ahhhhh…
Penantianku berakhir…
Ku lihat seorang demi seorang bertapak di sini…
Sehingga lengkap kesemuanya..
27 itulah bilangannya……..
Dan aku kini tidak menanti,
Tetapi akan terus-terusan perhati,
Menjadi saksi..
Suka-duka mereka di sini….
Pintaku,
"ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di sini"
Sekian.
No comments:
Post a Comment