Aku tak pernah terfikir akan berada di sini.Di Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia. Tak pernah.Never.None.Sebab before this cita-cita aku nak jadi Pharmacist.But,Allah ada perancanganNya sendiri and I was thrown over here.Fisrt time masuk sini,wah bangga giler.Time tu rasa cam hebatlah pulak.Walaupun cuma dentistry je.Tapi as time goes by rasanya aku punya performancelah yang paling teruk sekali.Mungkin niat asal nak datang belajar tu dah terpesong sikit. But, Alhamdulillah,Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang pada aku sangat-sangat baik. Tolong tegur perangai aku yang entah pape ni.Terharu sangat.
Dalam memoir ni we are supposed to write anything during our journey in this faculty for this semester and there are a lot of memories that I couldn’t forget yet I still forgot.Hahaha…Pengalaman yang tak boleh lupa? Hmm,aku bukannya jenis yang ingat semua benda.(sape yang ingat memang dahsyat la. Senang kata aku ni pelupalah.Sape yang cerita apa-apa rahsia for sure aku akan simpan kat document belakang-balakang so rahsia korang memang selamat ar kat tangan aku.Tapi yang jadi masalahnya bila part-part camnilah,sebab semuanya dah dalam kotak siap dah selotape lagi.Nak bukak balik alahai payahnya.Hehehe…
Lepas aku mengerah segala kudrat yang Allah kurniakan barulah terbuka satu demi satu kotak-kotak tu.Dah berhabuk sikitlah and aku yang allergy dah bersin-bersin bila semua kotak-kotak ni dibuka.Ada satu bendalah yang aku ingat sangat iaitu bila mana aku fail buat pertama kalinya dalam hidup aku.Dengan huruf F pulak tu.Masa tu tergamam,rasa macam nak puking kat situ jugak and tak yah cakaplah tears dah macam ocean.Rasa macam bodoh sangat.Memang terfikir nak terjun tingkat 15 but tak buatlah sebab tak ada tingkap yang boleh buka.Subjek yang aku fail tak lain tak bukan Physio,sebab result tu yang first sekali keluar.
Masa tu rasa macam dah tak ada masa depan dah dalam bidang ni.Malu sangat-sangat.Tapi bukan setakat nasik dah jadi bubur tapi dah kering dah tinggal kerak je.But life is not over yet (I think ) because I always believe in second chance.Bangkit dari mimpi bukanlah senang sebab biasanya kita akan mamai dulu.Untuk betul-betul segar kita kadang-kadang kena simbah dengan air sejuk dari telaga baru betul-betul terjaga.But,Alhamdulillah aku bangun jugak dari mimpi and aku dah betul-betul segar tapi to start all over back is really hard and it needs a lot of effort and sacrifice.
Satu perkara yang aku susah nak lupa bila saat-saat exam and masa budak-budak medic semua dah balik and tinggal kita je kat Glenview untuk teruskan exam yang ada 3 paper core lagi masa tu.Final sem 1. Biasalah masa exam ni tidur lewat sampai 2-3 pagi sebab banyak nak cover. Ada 1 pagi tu kawan aku ni bertanya kat aku,”*****, kau period ke?”Aku selamba dot je cakap yang aku macam dah tapi macam belum. Tak sure lagi masa tu. Petang tu dia tanya lagi.Aku pun dah rasa pelik dah asal asyik tanya je ni.Mesti ada benda... Terkeluarlah cite yang masa dia nak masuk tandas dalam pukul 4 pagi dia nampak ada blood kat tandas.Dalam mamai-mamai tu jirus jelah air.Ayoo,what’s going on ni? Aku pun cakaplah yang malam tadi aku belum period lagi but petang ni baru confirm period.Roommate aku pulak tanya aku whether aku ada guna bunny slipper dia malam tadi lepas dia tidur.Aku katalah takde coz memang aku tak guna.Aku tanyalah kenapa.Dia kata slipper dia bersepah pagi tadi.Habislah…Aku ni dahlah penakut.
Cuak jugaklah masa tu.And teman aku yang seorang ni ceritalah banyak kejadian-kejadian aneh berlaku sejak budak-budak medic takde.Bunyi orang keluar masuk toilet between bilik 4 and 5.Bunyi orang jalan kat luar rumah siap seret kakilah.Tak masuk lagi orang masak air siap bancuh tapi bila toleh tak ada sapa-sapa.Nak salahkan sapa ni.Masa tu memang dah seram sejuk dah.Rasa macam nak tidur bilik orang lain pulak.
Masa tulah pulak teringat cerita Kak Ain yang rumah dia pun banyak kali gak berlaku kejadian-kaejadian misteri ni.Memang tak sangkalah pulak rumah sendiri pun boleh kena.So,after that kitorang pun mengambil tindakan untuk mengurangkan aktiviti masa lapang iaitu bergelak-ketawa hingga tengah malam and buat perkara-perkara lain yang lagha.Masa tulah barulah sedar betapa banyaknya diriku ini buat benda-benda yang semakin menjauhkan diri daripada Rabb.
Satu lagi yang aku tak boleh lupa first time aku masuk ke dissection hall.Aku memang admitlah yang aku memang tak suka, tak nak dan tak teringin untuk masuk bilik yang menempatkan cadavers.Aku ni memang penakut orangnya.Tak tengok cerita hantu sangat tak suka tengok benda yang dah mati.Itu sebabnya aku dah tutup pintu hati aku untuk masuk bidang perubatan lama dulu.
Tup-tup dentistry pun tidak dapat tidak kena masuk jugak.Macam mana ni?Aku takut aku pengsan je.Gambar mummies kat tv pun aku dah menjerit sakan nikan pulak yang real kat depan mata.Habislah…Masa tu terfikir nak buat satu perkara yang sangat bodoh iaitu keluar dari dentistry and amik bidang lain.
Cakap dengan Syifak yang aku takut sangat-sangat ni.Dia pun kata bukannya ada pape and banyak lagilah yang dia cakap.Aku dah rasa macam nak menangis dah masa tu.Ya Allah,ujian apakah ini?Masa tu dah rasa macam nak puke and kaki dah melangkah masuk ni.Cepat-cepat keluar pergi toilet and keluarlah apa yang aku sumbatkan dalam tenggolokku tadi.
Fuh,Alhamdulillah prof tak masuk lagi.Last-last aku berjaya berdiri dengan tegak dan tengok ke arah troli-troli yang berisi cadavers (ada 2 je pun…).Tapi still berdiri kat belakang-belakang.Bolehlah pandang,jelling-jeling sikit troli tu walaupun rasa nak puke lagi dengan bau formalin yang menusuk nasal cavity aku ni.But till now I never touch any of the cadavers.Even though dah boleh tengok dekat-dekat tapi seramlah nak pegang.
Last but not least, thank you very much to all Dentistry Students 2nd batch because without your support I don’t know whether I can go through all the obstacles for all this semester.Memang banyak ujian yang harus kita tempoh tapi ujian itukan mematangkan kita.Kenapa perlu takut mengharunginya andai itu yang terbaik buat kita?
No comments:
Post a Comment