Assalamualaikum,
Alhamdulillah, walaupun bingkisan memoir ini tak dapat dibukukan, diblogkan pun jadilah.. So, selepas setahun berlalu kita buka muka surat baru dan kita semua selamat berada dalam second year tanpa ada kecederaan fizikal dan mental. Aku tak sangka akan menjejakkan juga kaki ke tahun 2 walaupun masih menggunakan kelas yang sama Cuma kali ni dah ada nama bilik tutorial Andalus. Kalau medical guna nama sepeti Ibnu Sina, kami di FPg guna nama Al-Quds untuk dewan kuliah mahupun bilik tutorial.
Masuk 2nd year memang excited. Frankly, tahap kebosanan duduk di rumah sudah menjangkau paras kritikal masa tu dan mulalah rindukan teman-teman. Ingat lagi antara first task yang kitorang kena buat, present dekat doctor, gigi-gigi yang dah dikumpul. Buatnya aku punya gigi sikitlah pulak, mulalah terkial-kial pergi begging kat kawan-kawan yang banyak gigi lebih. Basuh gigi dengan Clorox. Bau gigi yang semerbak kat rumah masa tu. Fuh, asyiknya… Dengar cerita ada orang yang ‘hilang’ gigi dek rendam lama sangat dengan Clorox. Hehehe sabar jelah. Dapat set yang doctor nak lega gila.
Tahun 2 ni cabarannya bukan lagi pada pelajaran tapi lebih kepada semangat setiakawan dan kerjasama. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan teman-teman yang memahami. Ceh, macam pasangan hidup pulak. Satu kisah yang memang susah aku nak lupa bila bilikku yang ku kongsikan dengan Yaya banjir. Mungkin ramai yang alami benda yang sama tapi saja aku nak cerita jugak. Masa first year dulu aku duduk bilik nombor 5 ala-ala bilik orang gaji gitu and sememangnya aku ni tak suka bilik yang tak bukak tingkap, rasa macam claustrophobic so bilik kitorang memang sentiasa open window. Bila duduk bilik 1 ni aku pun meneruskan kebiasaanku yang tak suka tingkap tertutup.
Satu benda yang aku lupa kalau hujan memang tak ada shieldlah. Tapi biasanya Yaya ingatkan untuk tutup tingkap. Tapi pagi tu aku lupa gak walaupun dah ingat dah masa tengah bersiap nak pergi kelas. And petang tu masa kat kampus hujan lebat gila. Petir dan guruh saling berlawan siapa lagi handal. Yang bestnya aku confident tahap dewi yang aku dah tutup tingkap pagi tu. Balik petang tu sampai kat Glen view, masuk je rumah aku terus jelah naik atas dan alangkah terkejutnya bila aku tengok bilik yang kukongsi dengan Yaya banjir. Meja yang aku letak betul-betul depan tingkap tak payah cakaplah memang lencun. Yang paling bestnya laptop Toshiba kesayanganku jugak lencun. Habislah…Katilku yang boleh kata jauh dari tingkap tu pun mendapat nasib malang. Alhamdulillah Yaya punya katil tak effect sangat. Aku dah cuak dah takut dia marah. Huhuhu sorry Yaya.
Kawan-kawan serumahku naik ke atas untuk lihat sejauh mana damage yang dah aku buat. Ingatkan nak tolong, tapi diorang pergi buat halaqah kat situlah pulak cerita pengalaman masing-masing time banjir. Sabar jelah. Tapi diorang tolonglah jugak angkat almari buku, jemur carpet dan lap-lap apa-apa yang patut. Tapi, memandangkan aku ni seorang yang pelupa memang banyak kalilah kejadian ni berulang tapi tak seteruk yang pertamalah. Thanks semua sebab tolong kemas masa tu.
Okaylah sampai sini dulu aku bermadah. Wrist pun dah mula sakit-sakit. Kita doalah bersama moga Allah mengikat hati-hati kita dengan hubbNya dan bukan masalah yang harus kita ulang bincangkan tapi penyelesaian yang harus kita cari dan capai.
Wallua’alam
No comments:
Post a Comment