Wednesday, November 4, 2009

Just a Story

Bismilahirrahmanirrahim,
Kumulakan bicara sepiku ini dengan lafaz termulia, kalamullah yang tiada bandingnya… Ceh, skemalah pulak…Stop… Stop…Okay,aku nak cerita sikit pengalaman masa demam exam pro…

Frankly,I’m not the type who l.o.v.e to study.Memang pemalas yang teramat.Yang aku rajin buat tengok tv,baca novel dan apa-apa je aktiviti-aktiviti lagha.However aku bukannya jenis yang suka membuta tanpa sebab. Teruk betul aku nikan?Macam manalah Islam nak bangkit kalau umatnya terus bermalasan macam ni?

Musim exam pun menjelang tiba.Masa nilah godaan makin bertambah. Sakit kepalalah,nak basuh bajulah,ada cerita bestlah…Macam alasan yang aku terbitkan walaupun bukan kata terbitan semata-mata nak elak untuk belajar.Inilah alasan-alasan yang kucetuskan dari Broca’s area yang InsyaAllah masih berfungsi dengan baik.Dulu time SPM mak memang strict,memang habislah kalau tak belajar.Roommateku memang dah kenal sangat dengan perangaiku yang satu ni so dia pun ajaklah aku study kat library kat GlenView ni…Dah orang ajak takkan nak tolak lagi-lagilah bila part-part benda yang baik ni.So,aku ikut jelah dengan hati walaupun kadang-kadang penyakit M tu datang gak…

Tiap-tiap malam kitorang beli coffee sebab nak stay up lagi-lagilah aku ni jenis yang tak mungkin terjaga kalau dah mata pedih-pedih rasa nak cari bantal dan selimut so stay jelah setakat yang termampu.Tapi yang best partnya konon-konon tak nak beli yang kena boikot a.k.a Nescafe so kitorang belilah Boss.Tup-tup brand ni lagi dahsyat sebab company ni company yang manufacture minuman keras. Dah habis exam pulak tu kitorang baru tahu.Dah jadi feces and urine dah pun.Walaupun aku start agak lambat belajar tapi berpegang pada prinsip selagi tak sign borang H selagi itulah aku still berpeluang bukak buku and study…

Best belajar kat library walaupun ada gangguan dari insan-insan yang lalu-lalang kat situ.Sunyi dan sejuk je sebab aku ni bukannya suka panas-panas.Biar suhu di bawah takat beku aku lagi sanggup dari berpanas kat padang kena kawad (aktiviti yang paling kubenci since sekolah rendah).Dah pukul 1, 2 pagi kitorang witness macam-macam.

Yang aku ingat ada sekali tu roommateku pergi toilet. Mestilah pergi sorang takkan berteman kot… Masa tu kitorang bukan berdua je ada dua orang lagi sahabatku turut study bersama. Balik dari toilet tu, dia cakap kat aku yang dia nampak sesuatu kat toilet lelaki. Jeng… Jeng… Jeng… Bukan hantulah tapi dua makhluk Allah yang berlainan jantina kat dalam tempat berkumpulnya segala species syaitan dan iblis. Tu baru sikit, belum lagi penghuni GlenView yang duduk betul-betul depan library tu bawak masuk perempuan pukul 1, 2 pagi. Attention! Mereka yang disebutkan tadi beragama Islam dan Melayu. Inilah masyarakat kita pada hari ini. Lupa Allah,lupa diri. Yang difikir hanya nafsu yang merajai. Jadi apakah peranan kita? Sekadar melihat, mengata lalu menggeleng kepala. Fikir-fikirlah sendiri…
Yang paling kuingat sampai sekarang kejadian malam selepas exam Anatomy. Kali ni kami belajar bukan berdua tapi bertiga bersama seorang lagi housemateku. Kali ni kami bercadang untuk pulang awal sikit. Dalam pukul 2.30 pagi kitorang berjalan dari blok B ke blok A.

Biasalah sambil berjalan mulut pun tak henti-henti bercakap. Sampai kat pondok guard salah seorang dari kami menghantar buku library kepada pak guard yang jaga kat situ dan kami berjalan tenang ke blok A tanpa menyedari ada beberapa insan mengekori kami. Waktu tu tak terfikir pun akan ada pelajar USIM yang keluar masuk GlenView. Berborak punyalah kuat, memang tak control volume punyalah. Plus, isu yang kami bicarakan tu pulak memang isu sensitive…

Tiba-tiba salah seorang dari kami memanggil dua rakan kami yang lain. Kami menoleh ke belakang. Tindakan reflexku agak lambat. Aku menoleh tanpa berfikir yang bukan-bukan. Ha, asal diorang kat sini? Sahabat-sahabatku berlari menuju ke gate. Aku confuse kenapa diorang lari, tapi aku lari gak sebab diorang lari. Sampai kat lif aku still confuse tapi aku panic sebab masa tu dah fikir hantu. Dahlah memang penakut, pastu baru je cerita pasal Rasukan Ablasa. Memang dalam kepala aku diorang tu hantu sebab tak dengar pape pun kat belakang masa kami berjalan…

Konon-konon naik atas nak sambung study, terus tak jadi. Aku berbual dengan temanku yang sorang ni. Masih shock masa tu. Dalam pukul 4.30 pagi aku tertoleh ke arah pintu dan aku terperasan kaki seseorang. Aku ingatkan salah seorang housemateku, aku pun toleh kembali. Tup-tup cuma tudung yang terbuai-buai di tombol pintu. Aku cuak sebab baru je cakap insan yang kami jumpa tu entah-entah bukan manusia. Tak tunggu lama masuk bilik dan hari baru bermula…

Satu lagi yang aku ingat, masa malam lepas Biochemistry. Aku rasa sakit perut sangat-sangat just lepas solat Maghrib. Tapi aku ignore je sebab biasanya taktik ni menjadi, dan rasa sakit tu berkurangan. Malam tu lepas Isya’ aku dengan roommateku turun ke library seperti biasa. Tengah syok study Physio tetiba je sakit tu datang balik. Aku cakap kat temanku yang perutku sakit sangat. Dia tanya makan tak pain killer. Aku pun cakaplah yang aku tak makan. Masa tu nak bangun dari kerusi pun tak boleh.

Tak gerak sakit, kalau gerak lagilah sakit. Last-last aku call sorang sahabatku mintak dia turun. Yang bestnya ada ke dua orang ni boleh gelak-gelak masa tengok aku berusaha menahan kesakitan yang teramat tu. Last-last kitorang decide pergi klinik. Nak pergi klinik Global kat bawah dah pukul 11 lebih dah masa tu, sure tutup punyalah. So, sahabatku ni try carik kereta. Alhamdulillah dapat. Kami pun ke klinik Idzham. Dan misteri perut ku sakit terbongkar. Tapi sakit apa korang tak payah tahulah…

~The End~ -coffeelover-

No comments:

Post a Comment