Thursday, November 5, 2009

Surat Untuk Semua(Check2…Rock2…)

Pt. 528, Kg. Sembilan,
Beris Kubor Besar,
16350 Bachok,
Kelantan.


Assalamualaikum kawan-kawan.
Apa khabar?
Memoir ini saya tujukan kepada semua rakan-rakan. Jika mahu dihitung memang terlalu banyak untuk ditaip akan tetapi kemalasan mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya saya bersyukur kerana telah dianugerahkan Ilahi kawan-kawan yang cukup baik dan mulia yang banyak membantu pada tahun ini.

Saya tak pandai bermadah apalagi berpuitis, tapi saya akui telah cuba seikhlas mungkin untuk menyiapkan memoir ini. Nah@aduhai@amboi@cis! maka dengan rasminya berakhirlah tahun satu yang cukup mencabar kesabaran, ketabahan dan sewaktu dengannya. Bagai sedang memakan pudding telur yang sejuk.Kejap jer habis. Sedih rasanya mengenangkan hanya tinggal 4 tahun jer lagi untuk belajar bersama-sama. Apa yang pasti ikatan kasih sayang sesama kita telah melemahkan perasaan keperitan, segala halangan di tahun satu…...(Ya lah tu).

Betullah Allah ada menyebut tentang menolak kejahatan dengan cara yang baik, maka orang yang mempunyai permusuhan denganmu akan menjadi seolah-olah sahabat karib.(Fussilat:34)Saya melihat disini adanya kewajaran kata-kata Ghandi “Kasih sayang adalah senjata ampuh menentang keperitan”. Mungkin semua itulah yang memendekkan masa yang panjang….

Sama-samalah kita renung kembali apa yang telah kita lalui sepanjang menjadi pelajar pergigian tahun satu di sini.
Suka saya nyatakan betapa sukanya saya ketika main bowling, buat arabic choral speaking, carving gigi, anjur roadshow, main kat interdental sport ( sekadar menyebut sebahagian sahaja) di tahun ini bersama anda semua bagai menikmati maggi perisa kari.Juga ingin saya kongsikan suasana politik tanah air pada tahun ini agak tegang berikutan rampasan kuasa yang berlaku di Perak sejak Februari lalu. Hal ini berikutan 3 ADUN pakatan rakyat yang telah melompat parti untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong BN.

Saudara-saudari sekalian,
Cukup bertuah bagi kita mempunyai lecturers yang baik-baik seperti Dato’ Wan, Dr. Ainuddin, Pn. Rina, Cik Rasyidah, Dr. Hasan,( juga sekadar menyebut sebahagian sahaja) serta staf-staf sokongan….Maka bersyukurlah.Apapun kita masih ada 8 semester lagi.Jadi mohon maaf atas apa yang telah atau akan berlaku.
Rasanya sudah cukup untuk kali ini. Jumpa lagi tahun depan. Moga Allah sentiasa bersama kita.…………….…………………………………………………………Sekian.

No comments:

Post a Comment