“Apa perasaan aku masa mula-mula masuk Fakulti Pergigian?”…Susahnya nak jawab soalan tu. Pada mulanya aku tak nafikan memang ada rasa kekoknya bila masuk ke Tingkat 15 ni. Ala-ala pejabat pun ada. Itu semua tak penting.Aduhaii.Macam mana nak bercampur ngan budak-budak gigi ni ek?? Aku memang tak kenal sapa-sapa budak Tamhidi Gigi dulu. Almaklumlah aku ni budak Tamhidi Sains dulu.Huhu…Harap-harap budak-budak ni boleh terima aku seadanya laa..
Hari berganti hari…Minggu berganti minggu. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Sama la jugak ukhwah antara kami.Kami semakin mengenali antara satu sama lain. Aku senang bila bersembang ngan semua budak-budak ni.Kalau cakap ngan budak-budak ni,tak da benda lawak memang tak sah. Aku asyik gelak je dengar lawak yang spontan tu. Terutamanya Farhah la.Dia memang bising dan slumber. Pada masa yang sama dia mudah disenangi. Aku memang terhibur bila sampai je kampus. Bleh makan skali…merapu skali..(walaupun hakikatnya aku ni tak pandai merapu).. Ceria…Ceria jugak.Exam mid sem dah dekat. Wah pressure la sangat.Memang takut ngan smua subjek. Aku akui,memang bila masuk fakulti ni la hidup aku bertambah pressure. Masa SPM dulu pun tak penah rasa macam ni.
Exam,roadshow.Macam-macam lagi la aktiviti yang kami semua terlibat. Selama berbulan-bulan kami bersama.Dah rasa macam hidup dalam satu family yang besar.Masa raya budak-budak ni buat rombongan ke umah Amy ngan Che’ Pah. Jeleznya…Aku pulak terlentang kat umah.Kena “chickenpox”..Fuh penyakit tu berbahaya betui..hehe….Kesian jugak kat Aish.Dia pun kena gak. Macam lawak je bila time besar-besar ni kena ‘chickenpox’.Sapa yang tak rasa lagi,better rasainya sekarang..hehe
Haa…Ada macam-macam lagi yang kami buat.Kalau nak cerita satu persatu memang sampai ke sudah pun tak abis punya la.Kami buat ‘lawatan sambil belajar’ kat umah Prof. Sokhini.Pastu ke Kelantan,confrence di USM,sukan intervarsity..huhu…Nak kongsi sikit la.Pasal futsal.Walaupun aku tak sepatutnya main futsal. Tapi aku akui futsal memang best.Terasa jugak hilangnya tension belajar bila main futsal.Aku mintak maaf naaa kalau aku punca kekalahan team USIM ari tu. Aku memang tak menyumbang pa pun.Tak pa…InsyaAllah, next year kita bagi menang tau!!!
Jeng…jeng…1st Professional exam dah nak menjelma.Aku boleh nampak la ke’tension’an budak-budak gigi.Pressure ngan soalan-soalan yang bakal kami jawab.Baca yaasin, solat hajat dan berdoa.Kami buat sama-sama. Memang semua nama-nama budak gigi meniti di bibir setiap kali berdoa.Harapan kita semua sama.Sebolehnya kita nak 27 orang yang ada sekarang grad sama-sama.Tak da yang terkurang @ terlebih.InsyaAllah kita semua bakal menerima segulung ijazah pada 4 tahun akan datang….
Akhir kata yang aku nak kongsi dalam wadah kali ni…”Semoga Allah memelihara Ukhwah kita semua.Semoga ukhwah kita jugak berada dilandasanNya.Ya Allah,apa yang terbaik untuk kami,Engkau perkenankanlah doa-doa kami.Apa jua dugaan yang Engkau beri,Kau permudahkanlah bagi kami.Semoga kami semua menjadi insan yang terpelihara dan dibawah limpah kasihMu..Aminnnn”.
No comments:
Post a Comment