Lagu miracle bergema, sepantas kilat aku tersedar dari lenaku. Dalam keaadaan mamai aku melihat nombor yang tak dikenali menghubungi ku. “Hello” aku menyapa dalam keadaan mamai. “Hello *** awak kene datang pejabat untuk viva.” Terkejut badak aku menerima khabar yang menggerunkan tu. “ 10 minit lagi saya datang.Nak bersiap jap.” Telefon dimatikan.Tak sempat aku bertanya viva untuk ape sebab terkejut sangat, sempat tanye subjek ape je. Bayangkan tengah sedap-sedap tido tetibe kene panggil viva. Huhu..
Setangah jam sebelum itu…Usai solat duha dan solat hajat berjemaah untuk mendoakan sahabat-sahabat yang sedang menghadapi viva, aku baring-baring dalam surau sebab ngantuk sangat semalam entah pukul berapa aku tido sebab baca novel yang aku baru beli di pesta buku baru-baru ni. Pagi tu semua orang tegur mata aku sebab macam tak boleh buke mengalahkn masa exam. So, aku bercadang nak tido sekejap nak hilangkn bengkak kat mata . Aku tertido dengan pakaian solat ala-ala tido dalam iman la tu.
Sambung cite takdi….Sepantas kilat aku bersiap-siap untuk gi pejabat.tapi masa tengah bersiap macam-macam perkara bermain dalam fikiranku, viva nak lulus ke viva distinction maklumlah tak ingat nak tanya takdi sebab terkejut badak. Aku keluar dari surau menuju ke pejabat tapi aku melencong ke kelas jap nk tengok sikit-sikit pasal Phyisio sebab takdi aku dah janji 10 minit lagi so aku ada masa nak tengok sepintas lalu pasal Phyisio . Mane la tahu, aku sampai-sampai je pejabat terus kne viva memang tak tahu nak jawap ape ar.
Lepas belek sket-sket kertas Nus atas meja, aku suruh diaorang doakan aku lalu aku terus gi pejabat. Ak tanya Kak Pit kat mane tempat kene viva sebab masuk je dalam pejabat aku tak tahu nak gi mane tak ingat jugak nak tanya kat mane tempat viva takdi. Memang haru biru betol aku pagi tu. Nampak je diaorang kat depan bilik lecture paling hujung aku terus gi sane . Pastu Puan Zulaiha panggil aku, aku pun masuk la kat tempat dia baru la aku tanya aku kene viva ape. “ Awak sepatutnye tak payah kene viva pun tapi external examinal tu nak tengok kualiti student kite sebab tu la awak kene panggil viva” kate Puan Zulaiha. Antara percaya ngan tak aku dapat distinction tapi lebih pada tak percaya la ingat kan aku mimpi lagi tapi tu reality,syukur Alhamdulillah.Dalam hati aku berkata “Kenapa la external examiner nak jugak viva.Aku dah la aku tak bersedia memang tempah maut la kalau tanya soalan yang aku tak leh jawab memang aku akan jatuhkan maruah fakulti”Pastu Puan Zulaiha bagi aku masa untuk bersedia sebab aku baru tahu so dia bagi peluang aku baca sket-sket pasal Physio sebelum aku kene viva, tapi masalahnya sekarang ni aku tak bawak satu habuk pun buku or nota so terpaksala aku pinjam nota Nus, tapi nota sendiri lebih diperlukn masa tengah semput ni.Aku pun cakap la kat Puan Zulaiha aku nak study dalam kelas.Bile sampai turn aku boleh tepun @ panggil aku kat kelas.
Kat kelas plop semue orang ingat aku dah habis viva,aku pon jawab la ape yang patut. Aku pun duk tempat Nus pahtu tanya la budak-budak yang ada dalam kelas mende yang aku tak ingat.Ni je bende yang paling cepat aku boleh recall memory aku. Time kasih kat Nadia, Najwa dan kawan-kawan yang lain yang bantu aku ari tu. Puan Zulaiha panggil aku kat kelas masa tengah pilih AJK untuk hari keluarga. Sampai kat pejabat,dia suruh aku duduk kejap sebab nak panggil external examiner tu. Masuk tempat kene viva,aku dah berdebar tahap tak tahu nak cakap dah tapi aku cube maintain biar nampak macam tak debar mana, padahal memang nak tercabut jantung aku masa tu.
“Saya tak boleh nak tarik balik markah awak ,awak kene viva ni sebab saya nak tengok kualiti fakulti ni” Lebih kurang macam tu la external examiner tu cakap. Aku dalam hati “Kenapa la fakulti pilih exerminer yang skema sangat.Tak pasal-pasal aku kene viva”. Soalan first dia tanya aku “What is the normal blood pressure?” Memang soalan maut la bagi aku sebab memang aku tak ingat langsung masa tu berapa normal blood pressure. “Abih ar aku kali ni” Aku berkata dalam hati. Tetibe aku teringat soalan ospe pasal ye suruh kira atriole pressure ape lagi aku pon bagi je la value tu.Hentam je la darurat.hehe.. Selebihnye kalau nak tahu tanya la aku nanti ye, kalau aku nak tulis panjang berjela la plop.Jenuh plop korang nak baca nanti.Dipendekkn cite memang viva aku hari tu hancur sebab aku tak sure jawapan aku walaupon lepas tu aku check jawapan aku tu sebenarnye betol. Macam mana aku nak yakin.Most jawapan yang aku beri tu main hentam je.Bile dia gertak je sikit, memang la aku hilang keyakinan. So pengajaran kat sini kalau kene viva korang jawab je dengan yakinnye walaupon main hentam je.Jangan jadi macam aku lagi.Sampai sekarang aku rasa bersalah kat korang and fakulti sebab aku macam dah jatuhkan maruah fakulti kite sebab tak dapat jawab soalan viva tu, so aku mintak maaf sangat-sangat kat korang.
~Anti viva~
No comments:
Post a Comment