Sunday, November 1, 2009

Ntahlaa…

Minggu Taaruf, 1 Julai – 3 Julai 2008
Aduhai,tiga hari pertama aku di sini begitu,teramat dan sangat meletihkan.Tapi,letih tu cam hilang bila aku tengok senyuman kawan-kawan yang baru kukenal yang mana akan bersama-sama denganku kelak dalam perjuangan menggapai gelaran seorang dentist.InsyaAllah.Hepi dapat kenal ngan senpai-senpai,pastu lecturers,Dr.-Dr.,Mama,Kak Pit,Kak Yat and tak lupa jugak kat Dato’ yang versatile.

Malam buat treasure hunt tu best sangat.Lari-lari.Semangat giler.Sonok la dapat satu kumpulan ngan Didie(thanx~banyak tolong time jawab soalan yang ingat-ingat lupa kat surau lelaki),Bah(syukran~jadi model waktu nak susun gigi kat gym),Farhah(tahniah~berjaya jugak hantar tapak kaki mayat kat tempat yang diaorang arahkan)and Sulaiman(mekaseh~berjaya hilangkan barang amanah-lead pensil- and buat Kak Ida dengan jaya and hepinya menolak markah kumpulan).Aku akan ingat sebab ni kumpulan first aku lepas aku bergelar seorang pelajar pergigian.Kat Glenview,Allah kurniakan kat aku hadiah yang amat bernilai,tak dapat kugambarkan ngan kata-kata iaitu roomateku,Yaya.Syukur,gembira sangat dapat mengenali dirinya.

Kuliah, 7 Julai 2008 - 3 April 2009

Aku try habis mampu nak hadirkan diri,hati,jiwa,raga,minda,akal fikiran semua la waktu belajar.Tapi, cam aku dah agak dari awal,kadang-kadang tu syahid jugak.(kadang-kadang ke masalahnya…).Best la belajar benda baru,lecturers pon best-best.Syukur sangat ada kawan-kawan yang buatkan kelas ceria,setiap kali,setiap hari.Mekaseh semua…!

Kem di Nur Lembah Pangsun, 22 Ogos – 24 Ogos 2008

Waa~macam rela dalam paksa saja aku time aku kena gi ke kem yang mengumpulkan semua wakil-wakil kolej kediaman kat USIM sebab dah dekat ngan exam Physio yang tinggal sehari je lagi pas kitorang balik dari sana.Masa tu aku tolong wakilkan Kolej Kediaman Pandan(FPg) sekali ngan Yaya and Najwa.Tapi,bila ja aku spend masa kat sana,dengar ceramah yang extra banyak(ada yang best sangat!ada yang….zzzzzz~),kenal ngan pengetua-pengetua kolej kediaman yang lain membuatkan aku sedar yang aku belum lagi mengenali tempat aku menuntut sekarang.Teringat pulak masa ramai-ramai berakit dekat tasik(dahla waktu tu tengah hujan..fuh~),pastu flying fox dari atas puncak bukit(takdala tinggi sangat pon),buat free fall dari atas titi and then buat rock climbing yang sangat mencabar(tak abeh naek sampai atas pon,3/4 ja.haha).Best sangat!Teringat jugak pesan En. Agoos yang sangat baek dan comel itu,”Kenali USIM,sayangi Kolej Kediaman anda dan bantulah MPP dan JAKSA”.InsyaAllah En. Agoos,pesanmu akan kuingat sentiasa.

Hadiah Hari Lahir yang ke-19, 20 Oktober 2008

Rasa gembira,terharu,sebak sangat malam housemateku yang tercinta,A15-01 buat kejutan sempena hari lahirku.Debar jugak ngan lakonan diaorang(hampeh tol…buat suspen ja).Rasa hepi sangat sebab ada ramai jugak kawan-kawan FPSK yang datang rai sama-sama.Kek hadiah hari lahir tu aku potong ngan rasa yang macam-macam.Yang paling pasti,aku rasa bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang padaku sangat membahagiakanku.Di kesempatan ini,aku nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan atas hadiah,ucapan,panggilan dan sms sempena hari lahirku.Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi…Amin…


Roadshow yang di cancel sehari sebelum tarikhnya, 31 Oktober 2008
Dalam suka,terselit duka.Aku macam dalam mimpi ja bila dengar berita tu dari Sarah.Tak percaya sebenarnya.Masa tu dalam kelas,tengah berusaha siapkan booklet.Sekali Sarah gitau yang Kak Pit and Kak Yat cakap roadshow cancel.Lemah lutut aku dengar.Sedih tengok pamphlet,banner yang tengah buat,tapi sia-sia ja.Rasa cam…ntahlaa.Tak tau aku nak cakap macam mana.Masa tu,naseb baik Muni cepat-cepat amik booklet tu and terus simpan.At least,kurang rasa sedih kat hati aku.Mekaseh Muni.Nak ucap tima kasih jugak kat kawan-kawan yang banyak membantu.Juga buat Sarah,Pa’a and Nadia yang pujuk and peluk aku masa kat surau.Tenang sikit rasanya.Mekaseh jugak kat Zara and Yen atas tazkirah and madah Gandhi yang menghilangkan rasa sedih kat hati ni.Syukran jazilan semua…!

Berkayak di Tasik Putrajaya , 9 Mac 2009

Malam tu nak tak nak ja aku cakap “ya” dekat Che’ Pah masa dia ajak aku gi kayak.Masa tu aku ingat nak gi tolong berarak sempena Maulidur Rasul,tapi tengok muka Che’ Pah yang cam sedih tak da geng berkayak,maka pagi tu aku ngan malasnya bersiap jugakla.Sampai ja dekat bas,aik,aku dulu sampai paling awal dari Che’ Pah ngan Sarah.(semangat pulak ye…)

Sampai kat sana,rasa bahagia sangat tengok tasik yang lawa giler,air tenang je,(ada la sikit-sikit riak masa angin tiup)langit biru,lawa sangat.Awan pulak,fuh,memutih je.Redup la.Duduk tepi tasik tu sebelum kayak,sempat lagi aku kelentong Sarah yang ada anak buaya dalam tasik tu.Che’ Pah pon join sekali.Tapi gitau jugak la yang kitorang tipu sebab sian plak tengok Sarah dah cuak.Tak pasal-pasal main kejar-kejar kat situ.Hee…

Mula-mula nak angkat kayak tu gi tasik,tetiba je cam dah terkecoh sebab kayak yang aku angkat ngan Che’ Pah tu terjatuh.Mana sangka kayak plastic tu pon berat jugak.Nasib baik la Hazim ngan Muslim dengan baik hatinya tolong kitorang yang terkial-kial heret kayak tu masa on the way ke tasik.(macam jauh la pulak)

Rasa debar jugak masa pakai life-jacket and time nak turun masuk dalam kayak yang tengah kodek-kodek atas air tu.Ye la,aku pernah gi kayak sekali ja,tu pon masa Form 2 dulu.Erm,lepas kayak yang aku naik ngan Che’ Pah tu berpusing-pusing dua tiga kali and langgar jeti tempat public tengok orang berkayak,we managed to handle it then.Fuh,at last!

Masa berkayak tu aku rasa hepi sangat.Terelease jugak la kerunsingan aku yang terbuku,ntah terperosok jauh kat dalam hati ni.Rasa bahagia yang susah aku nak describe.Tenang sangat.Enjoy tengok muka-muka kawan-kawan yang lain,hepi and semangat giler kayak.Atas kayak pon sempat lagi kitorang tangkap gambar.Memang gamble la bawak camera naik atas air.Hee…

Lepas dah puas kayak,ramai-ramai pon kumpul kat tepi tasik tu sebab ada taklimat sikit.Kawan-kawan dari Nilai pon dah sampai.Aku pon approach tepi tasik.Lepas naik atas pangkin and tanggalkan life jacket,aku pon berusaha ngan Che’ Pah nak angkat kayak kitorang.Masa nak tarik naik tu,sekali aku rasa kayak tu makin menjauh.Aku cuba nak tahan,tapi sedar-sedar je badan aku yang berat ni cam ringan je melayang masuk dalam air.Gedebussshhh!!!Dahla kat situ ramai giler orang tengah kumpul.Yang aku ni pulak terkedek-kedek,terkapai-kapai dalam air.Ingatkan dalam,tapi,ceh,cetek je.Ye la,aku dahla tak pakai life jacket,tak pandai berenang pulak tu.Aduuh…Buat malu je.Ahaha…

Lepas naik atas pangkin,baru aku sedar yang topi Sufa aku dah terpelanting jauh kat dalam tasik.Kayak kitorang pulak hanyut ntah ke mana.Samar-samar ja aku nampak Muslim hulur topi kat aku.Harith pulak tengah berusaha tarik kayak aku.Haha,tak leh nak lupa.Konfem aku ingat kenangan yang membuatkan En.Ish and Pak Cik Nazri panggil aku “anak itik baru belajar berenang”!

Study Week dan Exam Week, 6 April – 21 April 2009

Hari-hariku sebelum exam banyak kuluangkan di common house (study la konon).Teringat masa-masa yang kuluangkan bersama Aish,Che’ Pah,Bah dan sesekali Yaya.Senyum seketika teringatkan kenangan yang ditinggalkan.Eksperimen pendengaran dan pantulan cahaya,warkah kemaafan,sepanjang malam berbual pasal buah,(lupa pulak niat asal gi sana),sama-sama tunggu KLCC tutup lampu(sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan) dan tak leh lupa pada ‘ehem2’.(Haha,hanya dia faham apa itu!)Semangat nak study bertambah bila tengok kawan-kawan lain study.Syukur ada kawan-kawan yang macam korang.Aku amek kesempatan ni nak ucapkan thank you very much pada kawan-kawan yang banyak tolong ajar aku,kejut aku dari tido soh study,bagi semangat,kasi pinjam notes,bancuh air kat aku,datang lepak bilik aku,study sama-sama…Terima kasih banyak-banyak.Moga korang semua sentiasa dalam perlindungan Allah.Amiin.

P/s:Harap maaf pada nama-nama yang wujud dalam warkah ini.hee..Bila lagi kan nak popularkan kawan-kawan sendiri.ahaha…Akhir kata,salam ukhwah dariku buat semua sahabat seperjuangan.Mohon maaf atas segalanya.Smile~

No comments:

Post a Comment