tatkala diri melihat sekeliling..
ketika akal mentafsir maklumat..
mata ini tertancap pada wajah,
yang bersamanya kelajuan cahaya..
telinga ini pantas menangkap bunyi,
lantaran ianya merambat melalui medium,
biar hanya udara cuma
tapi
ianya sudah cukup
bahkan terlalu cukup untuk diri ini menjadi saksi
buat kesekian kali
terhadap air mata yang masih bersisa di pipi mu teman
bukan aku tak peduli,
bukannya aku tidak peka,
tapi
aku juga begitu
aku hanya pura-pura gagah!!!
melihat air mata mu itu,
membuatkan ku hiba,
jangan begitu teman...
derita bukan selamanya..
sedih tidak berpanjangan...
gagal itu bukan warisan...
terkadang aku juga di runtun hiba..
terkadang aku jadi benci...
bangunlah teman!!!
dunia ini bukan untuk ditangisi
sedarlah teman,
hidup tak selamanya derita
jika kau gagal,
bayangkan perasaan rakanmu yang juga gagal
andai kau ketinggalan,
bagaimana pula dengan temanmu yang di belakang (bercakap tentang OpTech)
sekiranya kau rasa tiada bakat,
andai sahaja kau di tempat rakanmu yang lain (bercerita tentang akademik dan kemahiran dalam makmal simulasi)
nah!!
ambillah semua ini...
sedarlah!!!
kau punya segalanya...
sedangkan aku?
dia?
mereka?
kami?
(merujuk kepada akademik dan kemahiran)
jika anda ketinggalan dalam OpTech,
jangan meradang...
jika anda gagal dalam peperiksaan,
jangan putus asa...
kerana,
sekurang-kurangnya..
kita masih punya DIA
DIA tahu apa yang terbaik untuk kita
biar hikmah masih tak kelihatan
biar derita terasa berpanjangan
biar hati merasa pedih
biar badan menjadi letih
biar air mata jadi teman
biar bahagia sekadar angan
biar apa pun jua yang anda fikir
tak kira apa yang anda bayang
selagi mana masih bernyawa
selagi roh dikandung jasad
selagi udara masih dihirup
selama itulah anda patut bersyukur
bersyukur kerana anda di sini
masih di sini
meniti hari-hari yang tak pasti
bersyukurlah
kerana esok tidak pasti....
jika kau masih begitu,
masih melihat aku,
ketahuilah teman...
aku PURA-PURA GAGAH!!!!
kerana berpura itu yang terbaik
asalkan kau tidak bersedih
tamat semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..
(mungkin patut tukar tajuk aku pura-pura gagah)
ana tak tahu apa yang ana tulis ni
tapi harap kalian dapat sesuatu la..
maaf dan terima kasih dari ana...
No comments:
Post a Comment