kalau wingless clamp mampu mengingati kenangan pahit lebih berbanding manis
manakala kambing gurun merasakan kelas pada tahun 2 menpunyai kelainan...
meh ana ceritakan satu hikayat buat teman-teman semua..
tajuknya adalah....
HIKAYAT AWANG SEMBERONO
pada suatu masa dahulu,
terdapat sebuah negara yang besar dan makmur
terdiri daripada beberapa buah negeri...
kesemua negeri terletak berhampiran sebuah pekan yang 'damai'
melainkan...
2 buah negeri yang terletak di tengah-tengah bandar
adapun negeri yang di tengah-tengah bandar itu diberi nama...
negeri ubat dan negeri gigi (ataupun singkatannya kita panggil ubat gigi)
di negeri gigi, terdapat seorang rakyat jelata yang bernama Awang Semberono
Awang Semberono ini bekerja bersama teman-temannya di negeri gigi untuk membangunkan negeri mereka
oh..terlupa pula pada 1 fakta...
setakat ini,negeri gigi terbahagi kepada tiga golongan penting...
golongan pertama (golongan yang sedang berbakti kepada masyarakat luar),golongan kedua (golongan yang dalam proses latihan untuk berbakti kepada masyarakat) dan golongan ketiga (golongan yang mendapatkan asas-asas penting sebelum menerima latihan untuk berbakti)
Awang Semberono tergolong dalam golongan yang kedua....
semasa Awang Semberono masih lagi berada dalam golongan ketiga,
Awang Semberono disifatkan sebagai seorang yang disenangi ramai
mungkin beliau seorang yang pemurah..penyabar..pemaaf..atau penasihat yang baik
tapi,
walau apapun sifat beliau,
senang cakap, beliau disenangi
mungkin juga terlalu disenangi oleh hampir semua (mustahil semua insan menghormati dan menyukai beliau kerana beliau juga manusia biasa)
kisah bermula apabila beliau berjaya menjadi golongan kedua
jika selama ini beliau boleh dikategorikan sebagai individu yang disukai
akan tetapi,
segalanya berubah kini...
dari seorang yang disenangi ramai,
teman-teman mula menjauh
hal ini berpunca dari masalah di tempat kerja...
mari ana ceritakan untuk peringatan kita bersama...
Awang Semberono merupakan pekerja yang berdedikasi.
bagi penyelia dan pihak atasan,
beliau merupakan seorang pekerja yang boleh la dikatakan cemerlang
tapi ini bukan lah bermakna yang teman-teman Awang Semberono tidak bagus
cuma ini cerita tentang Awang Semberono...
maka,
disebabkan itu,
ramailah yang iri kepada Awang Semberono.
tapi tak mengapa...
usah khuatir dan jangan bimbang...
mereka sekadar iri dan perasaan iri itulah yang membakar semangat mereka untuk terus berusaha..
tapi,
nak dijadikan cerita...
Awang Semberono ni mempunyai beberapa tabiat.
tabiat yang mungkin dulunya tidak kelihatan..
atau mungkin juga yang baru sahaja timbul...
ana pun tak pasti...
antara tabiat Awang Semberono yang tak dapat diterimapakai oleh akal yang waras adalah
tidak bertanggungjawab..
Awang Semberono sangat suka menggunakan peralatan di tempat kerja, lalu tidak mengemas/membersih/menyimpan/apa-apa saja kembali segala peralatan yang digunakan (bukan la setiap kali,tetapi frekuensinya adalah tinggi)
kemudian, tabiatnya yang membangkitkan amarah individu lain adalah tidak muhasabah diri...
setiap kali ada individu yang berkecil hati/paru-paru/limpa/apa saja kepada Awang Semberono menggambarkan apa yang dirasa kepada beliau,
beliau hanya membuat kesimpulan bahawa individu berkenaan sekadar bergurau dan beliau (adakalanya) tiada langsung terbit rasa bersalah di hati beliau terhadap apa yang terjadi...
mungkin juga banyak lagi yang Awang Semberono telah lakukan...
mungkin juga dia telah berubah (tapi rasanya tidak kerana beliau selalu beranggapan orang lain hanya berpura-pura marah/terguris/apa saja kepada beliau)
mungkin juga Awang Semberono tidak pernah sedar akan perkara ini...
mungkin selama ini beliau merasakan bahawa teman-temannya menerima dirinya seadanya..
mungkin beliau sedar tetapi beliau sekadar tidak ambil peduli...
segalanya mungkin..
dan apa pun jua mungkin..
tetapi,
yang pasti,
dari detik ke saat,
dari saat ke minit,
dari minit ke jam,
dari jam ke hari,
dari hari ke minggu,
dari minggu ke bulan,
dari bulan ke tahun,
dan seterusnya
jika Awang Semberono tidak berubah...
tidak mustahil,
teman-teman seperjuangannya akan hilang kepercayaan kepadanya,
akan hilang hormat kepadanya,
bahkan,mungkin juga akan ada yang membencinya (siapa tahu)
dan bagi Awang Semberono sendiri,
mungkin beliau akan sepi tanpa teman dalam meniti hari-harinya yang mendatang di negeri gigi,
mungkin juga beliau sekadar didampingi kerana kelebihannya...
juga tiada siapa yang tahu apakah yang mungkin berlaku kepada beliau..
Awang Semberono,
SEDARLAH!!!
hidup ini bukan hanya tentang kamu..
tamat..
sekian dahulu dari ana
ampun maaf ana pinta
moga bertemu lagi
No comments:
Post a Comment