Wednesday, November 4, 2009

Mercu Tanda Negara Tutup Lampu

Lokasi : A14-15-04[common house]
Masa : 11.50 malam
Aktiviti : Study anatomy untuk final exam.

Malam yang hening sebab semua orang tengah study sendiri, almaklumlah examination is around the corner. So, semua orang tengah tekun habis, baca apa yang patut. Malam ni kitorang tak buat study group. Just kalau tak faham tu boleh la tanya kawan-kawan yang ada. Lagipun malam ni tak cukup korum. Hanya ada aku, Bah dan Che Pah. Dorang yang lain study kat rumah, tak datang common house.

‘Anterior triangle is divided into four which are carotid, muscular, digastric and submental triangle’. Owh... Aku berbicara di dalam hati. Dah lama aku tak revise topic nih. Aku terus menyelak muka surat seterusnya untuk mendapatkan keseluruhan idea tentang apa yang akan aku baca dan hafal malam ini.

Boundaries, contents, major blood vessels, venous drainage and cranial nerve found in the neck region. Banyaknya benda yang nak kena tahu...’ Aku mengomel sendirian. Otak aku pun macam dah penat tengok lecture note tu. Lagi-lagi bila syaitan-syaitan datang menghasut supaya aku berehat sebentar bersama kit kat. Hu~~

Aku pun mengalihkan pandangan ke arah tingkap,indahnya suasana Kuala Lumpur pada waktu malam dengan lampu-lampu neon yang bertaburan. Seketika aku leka memandang KL Tower dan KLCC yang dilimpahi dengan cahaya lampu. Sungguh cantik sekali.Tiba-tiba hati aku berdetik, ‘Eh, tak pernah aku tengok lampu KLCC tu tutup depan mata. Selalu tengok bila dah tutup je’. Aku pun meluahkan apa yang aku fikirkan kepada Bah dan Che Pah.

“Kau set la jam pukul 11.58 pm. Nanti boleh la tengok lampu KLCC tu tutup. Aku rasa die tutup pukul 12”. Che Pah berpaling dan kemudian menyambung bacaannya kembali.
Angguk.

Kring...kring... handset ku berbunyi menandakan pukul 11.58 malam.

Aku terus menutup lecture note diikuti oleh Bah dan Che Pah. Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, kami bertambah teruja. Che Pah siap memegang handset untuk merakam ‘detik-detik bersejarah’ tu[bersejarah kew??hehe]. Tapi, tunggu punya tunggu punya tunggu, lampu KLCC tak tutup-tutup jugak sehinggalah jam menunjukkan angka 12.02 am. Betullah apa yang orang cakap, penantian itu suatu penyiksaan. Walaupun hanya 2 minit, rasanya seperti menunggu ayam jantan bertelur. Haha..[hyperbola plak. Jangan mara~~~]=)

Che Pah berjaya merakam ‘detik-detik bersejarah’ tu tapi disebabkan kami semua sangat teruja, video yang Che Pah rakam tu vibrate...Tak jelas, yang jelas cuma suara kami yang bersorak girang. Che Pah pun membuat keputusan untuk delete je video tu..=(


Semasa menunggu detik lampu menara padam, kami membayangkan lampu bagi kedua-dua bangunan itu akan tutup serentak.Nampaknya,jangkaan kami meleset sama sekali.Salah satu bangunan tertutup serentak dari atas sampai bawah tetapi bagi lagi satu bangunan, lampu tertutup secara berperingkat-peringkat.Rasanya ada tiga peringkat, bermula dengan bahagian bawah, diikuti bahagian tengah dan akhir sekali bahagian atas. Hmm...Begitulah ceritanya...

Bila diingat balik kenangan lama,banyak yang best dan menarik.Yang ni salah satu la.. Sungguh, tu adalah kali pertama sejak aku dilahirkan dan kali terakhir aku tengok saat lampu KLCC itu ditutup sebab lepas tu, da cti dah..Ni adalah antara kenangan terakhir masa sem 2 la..huhu

Em, bagi sesiapa yang tak pernah tengok, cuba2 lah tengok. Menarik sebenarnye...[bagi aku la, kalau tak suka jangan salahkan aku plak yek!hehe..] Tenang je hati ni + rasanya boleh jugak release tension.

p/s: Minta maaf la banyak-banyak andai cerita ini tak menarik hati atau skema sangat. Aku memang tade bakat nak jadi penulis nih.huhu~~ Kepada Bah dan Che Pah, minta maaf la kalau ada kurang atau tokok tambah dalam cerita ni. Tak bape ingat la..huhu


Hasil nukilan;
ABC

No comments:

Post a Comment