Pertengahan Tahun 2008, bangunan MPAJ menyaksikan kehadiran wajah-wajah baru mujahid dan mujahidah Islam di Fakulti Pergigian. Setiap derap langkah diiringi dengan keazaman dan semangat baru, menggalas harapan ibu ayah dan yang terutama, menjunjung amanah Tuhan. Awal semester, Tingkat 15 diserikan dengan senyuman dan tawaan riang. Seakan sang suria yang senang hati memancarkn sinarnya di pagi hari.Rindu pada saat begitu. Ketika itu, tiada laptop-laptop baru. Tiada PES,tiada GTA, tiada Bully. Yang ada hanyalah ketekunan dan kesungguhan dalam ketenangan. Suasana redup sahaja. Gembira belajar sesuatu yang baru. Menjalani saat indah dan ceria bersama.
Namun, langit tak selalu cerah. Pancaran suria mula suram dek kehadiran awan mendung. Air yang tenang mula bergocak sebaik sahaja mid-sem exam bermula. Keresahan mula tercetus. Keyakinan terhadap diri sendiri mula rapuh. Dalam penantian menunggu tamatnya professional exam, awan mula menitiskan air yang tidak mampu digendung lagi. Air mata para pejuang mula bergenang,akur pada kehendak emosi. Duri-duri yang merintangi perjuangan mula mainkan peranan. Kesakitan mula terasa.
Namun walau sesukar mana, perjalanan mesti diteruskan. Dada yang terasa sesak tidak memudarkan senyuman yang terukir. Kaki terus gah menapak di medan ini. Sehinggalah exam berakhir. Baru terasa manisnya perjuangan bila di penghujungnya adalah kejayaan. Kepahitanlah yang mengajar erti perjuangan Sahabat, kita mewarisi kerja para anbiya’ dan mursalin. Pahit manis perjuangan adalah lumrah.Acuan Tuhan,Muhammad Rasulullah, makhluk paling dicintai Allah, namun bukan kemewahan dan kesenangan yang diberikan Tuhan sebaliknya kesukaran dan penderitaan yang mengiringi jalan dakwah baginda . Kerana penderitaan tersebut adalah tarbiyah dari Tuhan bagi membentuk hati yang tabah dan jiwa yang cekal.
Sememangnya sepanjang setahun menjadi keluarga, telah banyak memahat memori. Terlalu banyak perkara yang kita harus belajar mngenai kehidupan.Kini tahun satu berlalu, tahun dua menyambut tiba. Segala kenangan pasti terabadi dalam diari hidupku. Segala kebaikan kalian terhadapku telah terpahat dalam buku catitan Tuhan. Semoga lembarn tahun dua lebih bermakna dari yang sebelumnya
Coretan buat saudaraku dari insan faqir.
No comments:
Post a Comment