Bila dikenangkan tahun 2 di FPg, kenangan yg paling tak boleh lupa mestilah saat-saat dalam simulation lab…mesti semua org pun dah bosan nak baca betapa peritnya pengalaman tu…termasuklah aku sendiri. Tapi, aku nak cerita juga…dari sudut pandangan yg berbeza.
Praktikal optech pada pandangan aku tak jauh bezanya dgn sukan…kedua-duanya aku tak minat dan tak kuasa! Begitu juga ragamnya…
Ada yang pantas berlari kehadapan,meninggalkan yang lain…
Ada yang maintain saja, cuba mengekalkan tenaga…
Ada yang jauh ketinggalan, berjalan perlahan, sedar dgn kemampuan sendiri…
Macam waktu sukan juga, aku tergolong dalam golongan org yg ke-3…tak percaya? Kalau anda ada angan-angan utk stay dalam lab seorang diri, siapkan requirement, mula nak meracau tak tentu pasal mengenangkan nasib diri, ada berita gembira utk anda…mulai saat ini, anda boleh lupakan saja mimpi ngeri tu! utk pengetahuan anda semua, class II cavity prep tiada satu pun yg aku dh siapkn! (bukan tinggal polishing saje ye, tapi bermula daripada cavity prep)….bagaimana? gembira? riang ria raya?
Nak menjerit, menangis, meracau memang tak guna…bukan menghilangkan stress, buat tambah migraine adalah…apa yg boleh aku buat..senyum & buat muka tak bersalah bila kena redo..dan redo jelah!
Kalau dalam bahasa baiknya, aku boleh dikatakan penyabar…
Kalau dalam bahasa jahatnya, aku adalah seorang looser!
Sabar tak sabar, looser tak looser….memang dasar robotic, aku tak kisah apa org nak kata (mengata ke org? selalunya kita yg perasan sendiri, ye tak?)…org lain yg mengata diri sendiri banyaklah…
“teruknya aku…”(mmg dia ni teruk agaknya)
“rasa macam tak layak nak jadi dentist”(pergi la cari kerja lain,apa susah)
“tak berbakat aku nak buat cavity ni” (padahal dah siap banyak dah)
…dan lain-lain….
aku tak salahkan mereka berkata begitu. kita sama-sama manusia biasa. aku selalu juga terfikir benda-benda pelik juga…contohnya
“lama-lama nanti hebatlah aku buat cavity ni”(entah dah berapa lama daaa…)
“kesian pesakit aku dapat dentist yang lembab mcm aku” (tak mengapa, mereka bukan tau…heheh)
“berusahalah! satu hari nanti semua ni akan siap juga!” (ayat clichĂ© kpd diri sendiri)
Ya, walau apa pun yg berlaku, selembab mana tangan membuat kerja, aku percaya suatu hari yg amat bahagia…semuanya akan siap..walaupun tak tau bila…
Apa yg aku suka tentang sukan optech ni,
ia bukan sukantara…semua diwajibkan masuk walaupun tahu takkan menyumbang apa-apa
bukan sukan tahunan…hanya yg hebat-hebat saja masuk
mahupun sukaneka…sekadar suka-suka, buat aksi-aksi pelik
tapi adalah sukan merentas desa…
walau sejauh mana berlari
walau hati sentiasa bertanya “jauh lagi ke…bila nak sampai?”
walau Tuhan saja yg tahu adakah akan sampai
walau tercungap-cungap di tengah jalan
walau terasa diri nak pengsan
kita berlari kerana kita mahu berlari
walaupun jauh ditinggalkan rakan seperjuangan
masih boleh menjejak langkah mereka dari belakang
dan berlari bermati-matian hingga ke garisan penamat
berlarilah kura-kura!
No comments:
Post a Comment