Wednesday, November 25, 2009

Blinking

Assalamualaikum dan semoga di bawah Rahmat Allah sll.

Tak tau on what purpose tulis n3 ni. Cuma rasa nak tulis sebab nak share ngan kawan2 tersayang. Nak baca boleh baca. Tak nak baca pun boleh. Tak paksa. Tapi once dah tulis dlm such lovely blog ni, InsyaAllah la ada orang yang baca. Ahaks. Enough craps. Lets straight to the point.

Lepas dah observe, dah tilik, dah cerna. Rasa macam tak boleh nak let it go mcm tu je. Sebab dah sayang kan. Kenalah take any actions. Lepas dah masuk yr 2 ni, rasa2nya nak kata kenal semua sahabat2 dlm kelas ni, tak jugakla. Tapi, sebab aku ni jenis yang observer sikit, so bolehla nak kata kenal. Walaupun bukan secara deep inside. Huhu.

Dah tau. Dah faham. Dah boleh angguk senyap2. Dah boleh buat jadi macam angin lalu dah pun kalau ada orang kata, ”Kenapa la dia ni macam ni? ” ”Cuba la berubah sikit?” ”Ah, tak kira. Sapa yang suruh dia buat menda yang tak masuk akal tu.” ”Tak boleh ke dia ni accept apa yang orang lain kata?” ”Kenapa nak ikut kepala sendiri ni?”

Ok. Ok. Jangan gaduh. Diri kita. Perasaan kita. Hanya kita je yang faham. Apa ayat yang orang selalu kata tu, ”Hanya Tuhan je yang tahu.” Tapi, walaupun tu diri kita, perasaan kita, kita tak boleh nak main redah je semua benda. Kena fikir jugak baik buruk yang kita buat. Apa effectnya kat orang keliling kita. Kita budak baik, budak comel kan? Hihi.

Kita tak boleh nak judge orang melulu. Marah orang melulu. Tengking orang melulu. Lagipun, pernah tak kita duduk sejenak.(Bukan duduk semeja ye.) Asking ourselves, kalau aku kat tempat dia macam mana ye?.... There’s always a thousand reasons behind something yang kita buat. Kita tau hakikat tu kan? Kita ni kadang2 ada satu tahap, satu masa tu, macam tak boleh nak jadi diri kita sendiri. Rasa mcm tu bukan kita. Takpe. Tak salah. Tu normal kan? Cuma jangan melebih2. Tau apa akibatnya kalau melebih? Orang yang kita sayang yang merana. Kita tak pernah tau, hurting ourself is same like hurting someone yang really care for us. . Hati orang sapa la tau. Ye dak?

Dalam dunia ni, kalau tak face dengan choices, memang tak complete la hidup. Mcam satu poem tu, the road not taken. Pun kena pilih salah satu jalan kan?Tapi, tulah yang kita selalu elakkan. Sbb memilih sesuatu yang kita tak tau masa depannya macam mana, sangat menyakitkan. Macam membunuh diri kita secara senyap. Macam cancer. Kita beribu2 kali fikir nak buat satu2 keputusan. Tapi, lepas dah decide, dah tempuh dah pun. tetap rasa vulnerable dan tak yakin dengan apa yang kita buat. Kenapa ek? Sebab selalu tengok benda yang dah jadi kat belakang ke? Always think backwards? Kenapa nak seksa perasaan sendiri? Allah kurniakan kita only 1 heart yang ada 4 chambers. Dalam tu, kita boleh isi dengan macam2 perasaan lagi. Gembira, bahagia, ketenangan. Kenapa tetap jugak nak isi dengan rasa marah, serabut, tak puas hati. Allah kan takkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung...(Al-Baqarah:286)

Bahagia. Bahagia. Bahagia. Macam mana ya hakikat sebenar bahagia tu? Adakah lepas kahwin saja kita boleh dapat bahagia? (eheh. Gatal sekejap.) Bahagia tu macam mana, ya Allah? Adakah dengan melihat orang tersayang bahagia dah cukup membuatkan kita bahagia? Betullah orang kata. Nak cari bahagia tu susah sangat. Macam nak cari kuman yang ada kat tangan. Tak nampak. Kena observe bawah microscope baru nampak jelas. Kan? Kalau pandai adjustla. Kalau tak, mintak tolong Mr.Tung je. Tapi, satu je nak cakap.(Padahal dah cakap banyak dah dari tadi.) Bahagia tu....ada pada hati kita. Dalam diri kita sendiri. It depends on us nak cari ke tak bahagia tu. Kalau kita rasa tidur tu membawa bahagia, tidurlah sejenak. Kalau rasa dengan shopping tu membawa bahagia, shoppingla. Kalau rasa dengan menggeletek kawan tu bahagia, buatla. Kalau rasa nyanyi dalam kelas tu membawa bahagia, nyanyilah. Tapi slow2 dah la. Kan ada yang sakit telinga+sakit perut. Ekeke. Kalau rasa nak tersengih macam cicak sepanjang hari dah rasa bahagia pun, buatla. Tak da orang nak marah pun. Paling best, kalau rasa nak belanja orang tu membuatkan kita rasa bahagia, jangan lupa ajak sekali ek? Ekeke. Naa.. Banyak cara kan? Tapi papepun, selalu la ingat. (Buat diri sendiri esp.)

Bahagia tu sebenarnya...
Bila kita susah kita tak gelisah;
Bila kita miskin kita syukur pada Allah;
Bila kita sakit tak rasa resah;
Bila kaya kita jadi insan pemurah;
Bila kita berkuasa kita amanah;
Bila kita berjaya kita tak alpa;
Bila sihat kita tak lupakan Allah The Almighty...
(Pinjam kata2 dari Album See You Di IPT : Hakikat Bahagia)


Thats all.
For now.
Wallahua’lam.
Cau cin cau.
Roger and out.

Saturday, November 21, 2009

Yang tersurat tak pasti terlihat, yang tersirat tak tentu terlindung, yang berselirat tak mesti keliru

Aku perhati sambil menanti,
Kehadirannya tak kunjung tiba….

Masih ku ingat cantik rupanya..
Masih terdengar galak tawanya..
Masih terbayang manis senyumnya..
Tak dapat ku lupa bingit suaranya..
Masih ku kenang deraian air matanya..
Masih terlihat kelat wajahnya..

Sungguh,
Aku tidak menipu!
Aku masih mengingati itu semua..
Biar dia sendiri yang terlupa..

Aku menanti pula sambil perhati,
Dia masih tak kunjung tiba….

Aku masih ingat,
Di sinilah hatinya digurisi..
Di sinilah dia disakiti..
Di sini jua lah mereka berkelahi..

Sungguh,
Aku tidak berbohong!
Andai sahaja mereka melupainya..
Akan tetapi semuanya masih ku ingati..

Kedatangannya masih tak kunjung tiba,
Membuat aku terus perhati juga menanti….

Aku juga masih ingat,
Sabarnya ada tika di sini..
Tabahnya juga tika di sini..
Kerjasama mereka tika di sini..

Sungguh,
Tidak sesekali aku menipu!
Jika mereka telah terlupa,
Tidak aku turut melupa…

Kedatangannya itu masih ku nanti,
Sambil itu aku perhati….

Ingatanku masih lagi di sini..
Bersama mereka yang aku perhati..
Biar tanpa mereka sedari,
Aku sentiasa menanti dan perhati…

Sugguh,
Tidak aku berkata dusta!
Tiada niat menyentuh jiwa..
Tiada tujuan menyinggung raga..

Di sebalik apa yang ku lihat,
Aku kagum……
Kagum kerana mereka bukan hanya belajar.
Mereka juga menempa…..
Sesuatu yang amat berharga..
Tiada nilai dapat ditukar…
Tiada kata dapat digambar…

Aku masih di situ,
Setia menanti,
Setia juga perhati,
Mereka yang memberi 1001 ekspresi….

Tiba-tiba….

"En. Naza, paper kat mana?"


Ahhhhh…
Penantianku berakhir…
Ku lihat seorang demi seorang bertapak di sini…
Sehingga lengkap kesemuanya..
27 itulah bilangannya……..

Dan aku kini tidak menanti,
Tetapi akan terus-terusan perhati,
Menjadi saksi..
Suka-duka mereka di sini….

Pintaku,
"ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di sini"


Sekian.

Tuesday, November 17, 2009

semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..(part 2)

tatkala diri melihat sekeliling..
ketika akal mentafsir maklumat..
mata ini tertancap pada wajah,
yang bersamanya kelajuan cahaya..
telinga ini pantas menangkap bunyi,
lantaran ianya merambat melalui medium,
biar hanya udara cuma
tapi
ianya sudah cukup
bahkan terlalu cukup untuk diri ini menjadi saksi
buat kesekian kali
terhadap air mata yang masih bersisa di pipi mu teman

bukan aku tak peduli,
bukannya aku tidak peka,
tapi
aku juga begitu
aku hanya pura-pura gagah!!!

melihat air mata mu itu,
membuatkan ku hiba,
jangan begitu teman...
derita bukan selamanya..
sedih tidak berpanjangan...
gagal itu bukan warisan...

terkadang aku juga di runtun hiba..
terkadang aku jadi benci...
bangunlah teman!!!
dunia ini bukan untuk ditangisi
sedarlah teman,
hidup tak selamanya derita

jika kau gagal,
bayangkan perasaan rakanmu yang juga gagal
andai kau ketinggalan,
bagaimana pula dengan temanmu yang di belakang (bercakap tentang OpTech)
sekiranya kau rasa tiada bakat,
andai sahaja kau di tempat rakanmu yang lain (bercerita tentang akademik dan kemahiran dalam makmal simulasi)

nah!!
ambillah semua ini...
sedarlah!!!
kau punya segalanya...
sedangkan aku?
dia?
mereka?
kami?
(merujuk kepada akademik dan kemahiran)

jika anda ketinggalan dalam OpTech,
jangan meradang...
jika anda gagal dalam peperiksaan,
jangan putus asa...
kerana,
sekurang-kurangnya..
kita masih punya DIA

DIA tahu apa yang terbaik untuk kita
biar hikmah masih tak kelihatan
biar derita terasa berpanjangan
biar hati merasa pedih
biar badan menjadi letih
biar air mata jadi teman
biar bahagia sekadar angan
biar apa pun jua yang anda fikir
tak kira apa yang anda bayang
selagi mana masih bernyawa
selagi roh dikandung jasad
selagi udara masih dihirup
selama itulah anda patut bersyukur
bersyukur kerana anda di sini
masih di sini
meniti hari-hari yang tak pasti
bersyukurlah
kerana esok tidak pasti....

jika kau masih begitu,
masih melihat aku,
ketahuilah teman...
aku PURA-PURA GAGAH!!!!
kerana berpura itu yang terbaik
asalkan kau tidak bersedih

tamat semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..
(mungkin patut tukar tajuk aku pura-pura gagah)

ana tak tahu apa yang ana tulis ni
tapi harap kalian dapat sesuatu la..

maaf dan terima kasih dari ana...

Thursday, November 12, 2009

check this out!!

salam buat kengkawan semua...
untuk apa yang berlaku kat plaster room tadi, gua mintak maaf...
gua rasa bersalah...

klik di sini

tq

Wednesday, November 11, 2009

HIKAYAT AWANG SEMBERONO

kalau wingless clamp mampu mengingati kenangan pahit lebih berbanding manis
manakala kambing gurun merasakan kelas pada tahun 2 menpunyai kelainan...

meh ana ceritakan satu hikayat buat teman-teman semua..
tajuknya adalah....

HIKAYAT AWANG SEMBERONO

pada suatu masa dahulu,
terdapat sebuah negara yang besar dan makmur
terdiri daripada beberapa buah negeri...
kesemua negeri terletak berhampiran sebuah pekan yang 'damai'
melainkan...
2 buah negeri yang terletak di tengah-tengah bandar

adapun negeri yang di tengah-tengah bandar itu diberi nama...
negeri ubat dan negeri gigi (ataupun singkatannya kita panggil ubat gigi)

di negeri gigi, terdapat seorang rakyat jelata yang bernama Awang Semberono
Awang Semberono ini bekerja bersama teman-temannya di negeri gigi untuk membangunkan negeri mereka

oh..terlupa pula pada 1 fakta...
setakat ini,negeri gigi terbahagi kepada tiga golongan penting...
golongan pertama (golongan yang sedang berbakti kepada masyarakat luar),golongan kedua (golongan yang dalam proses latihan untuk berbakti kepada masyarakat) dan golongan ketiga (golongan yang mendapatkan asas-asas penting sebelum menerima latihan untuk berbakti)

Awang Semberono tergolong dalam golongan yang kedua....

semasa Awang Semberono masih lagi berada dalam golongan ketiga,
Awang Semberono disifatkan sebagai seorang yang disenangi ramai
mungkin beliau seorang yang pemurah..penyabar..pemaaf..atau penasihat yang baik
tapi,
walau apapun sifat beliau,
senang cakap, beliau disenangi
mungkin juga terlalu disenangi oleh hampir semua (mustahil semua insan menghormati dan menyukai beliau kerana beliau juga manusia biasa)

kisah bermula apabila beliau berjaya menjadi golongan kedua
jika selama ini beliau boleh dikategorikan sebagai individu yang disukai
akan tetapi,
segalanya berubah kini...

dari seorang yang disenangi ramai,
teman-teman mula menjauh
hal ini berpunca dari masalah di tempat kerja...

mari ana ceritakan untuk peringatan kita bersama...

Awang Semberono merupakan pekerja yang berdedikasi.
bagi penyelia dan pihak atasan,
beliau merupakan seorang pekerja yang boleh la dikatakan cemerlang
tapi ini bukan lah bermakna yang teman-teman Awang Semberono tidak bagus
cuma ini cerita tentang Awang Semberono...

maka,
disebabkan itu,
ramailah yang iri kepada Awang Semberono.
tapi tak mengapa...
usah khuatir dan jangan bimbang...
mereka sekadar iri dan perasaan iri itulah yang membakar semangat mereka untuk terus berusaha..

tapi,
nak dijadikan cerita...
Awang Semberono ni mempunyai beberapa tabiat.
tabiat yang mungkin dulunya tidak kelihatan..
atau mungkin juga yang baru sahaja timbul...
ana pun tak pasti...

antara tabiat Awang Semberono yang tak dapat diterimapakai oleh akal yang waras adalah
tidak bertanggungjawab..
Awang Semberono sangat suka menggunakan peralatan di tempat kerja, lalu tidak mengemas/membersih/menyimpan/apa-apa saja kembali segala peralatan yang digunakan (bukan la setiap kali,tetapi frekuensinya adalah tinggi)

kemudian, tabiatnya yang membangkitkan amarah individu lain adalah tidak muhasabah diri...
setiap kali ada individu yang berkecil hati/paru-paru/limpa/apa saja kepada Awang Semberono menggambarkan apa yang dirasa kepada beliau,
beliau hanya membuat kesimpulan bahawa individu berkenaan sekadar bergurau dan beliau (adakalanya) tiada langsung terbit rasa bersalah di hati beliau terhadap apa yang terjadi...

mungkin juga banyak lagi yang Awang Semberono telah lakukan...
mungkin juga dia telah berubah (tapi rasanya tidak kerana beliau selalu beranggapan orang lain hanya berpura-pura marah/terguris/apa saja kepada beliau)
mungkin juga Awang Semberono tidak pernah sedar akan perkara ini...
mungkin selama ini beliau merasakan bahawa teman-temannya menerima dirinya seadanya..
mungkin beliau sedar tetapi beliau sekadar tidak ambil peduli...
segalanya mungkin..
dan apa pun jua mungkin..

tetapi,
yang pasti,
dari detik ke saat,
dari saat ke minit,
dari minit ke jam,
dari jam ke hari,
dari hari ke minggu,
dari minggu ke bulan,
dari bulan ke tahun,
dan seterusnya
jika Awang Semberono tidak berubah...
tidak mustahil,
teman-teman seperjuangannya akan hilang kepercayaan kepadanya,
akan hilang hormat kepadanya,
bahkan,mungkin juga akan ada yang membencinya (siapa tahu)

dan bagi Awang Semberono sendiri,
mungkin beliau akan sepi tanpa teman dalam meniti hari-harinya yang mendatang di negeri gigi,
mungkin juga beliau sekadar didampingi kerana kelebihannya...
juga tiada siapa yang tahu apakah yang mungkin berlaku kepada beliau..

Awang Semberono,
SEDARLAH!!!
hidup ini bukan hanya tentang kamu..


tamat..


sekian dahulu dari ana

ampun maaf ana pinta
moga bertemu lagi

semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..(part 1)

mari kita singkap kembali kenangan yang masih lagi bersisa diminda...
perlu dikerah, juga diperah lantaran terlalu lama diperam jauh di dasar minda jua dalam di lubuk hati..
berlabuhnya tirai tahun 1, jendela tahun 2 dibuka..
berbekal penyesalan yang masih bersisa di tahun 1 (lantaran keputusan peperiksaan yang sekadar memuaskan- ada juga sekadar cukup-cukup makan), kita bersama menyusuri denai tahun 2 yang baru sahaja bermula..
disangka panas sampai ke petang, rupanya....
kapal yang dikemudi dilanda badai...teroleng-oleng dipukul ombak...petir dan kilat sabung-menyabung...langit yang cerah bertukar mendung...bukan sekadar mendung..bahkan, ianya sedikit demi sedikit menjadi gelap,hitam,pekat dan gelita..tiada lagi kedengaran tawa gembira...tiada lagi kelihatan wajah ceria yang menggembirakan.................


bersambung....

Tuesday, November 10, 2009

hikayat kura-kura berlari

Bila dikenangkan tahun 2 di FPg, kenangan yg paling tak boleh lupa mestilah saat-saat dalam simulation lab…mesti semua org pun dah bosan nak baca betapa peritnya pengalaman tu…termasuklah aku sendiri. Tapi, aku nak cerita juga…dari sudut pandangan yg berbeza.
Praktikal optech pada pandangan aku tak jauh bezanya dgn sukan…kedua-duanya aku tak minat dan tak kuasa! Begitu juga ragamnya…
Ada yang pantas berlari kehadapan,meninggalkan yang lain…
Ada yang maintain saja, cuba mengekalkan tenaga…
Ada yang jauh ketinggalan, berjalan perlahan, sedar dgn kemampuan sendiri…

Macam waktu sukan juga, aku tergolong dalam golongan org yg ke-3…tak percaya? Kalau anda ada angan-angan utk stay dalam lab seorang diri, siapkan requirement, mula nak meracau tak tentu pasal mengenangkan nasib diri, ada berita gembira utk anda…mulai saat ini, anda boleh lupakan saja mimpi ngeri tu! utk pengetahuan anda semua, class II cavity prep tiada satu pun yg aku dh siapkn! (bukan tinggal polishing saje ye, tapi bermula daripada cavity prep)….bagaimana? gembira? riang ria raya?
Nak menjerit, menangis, meracau memang tak guna…bukan menghilangkan stress, buat tambah migraine adalah…apa yg boleh aku buat..senyum & buat muka tak bersalah bila kena redo..dan redo jelah!
Kalau dalam bahasa baiknya, aku boleh dikatakan penyabar…
Kalau dalam bahasa jahatnya, aku adalah seorang looser!

Sabar tak sabar, looser tak looser….memang dasar robotic, aku tak kisah apa org nak kata (mengata ke org? selalunya kita yg perasan sendiri, ye tak?)…org lain yg mengata diri sendiri banyaklah…
“teruknya aku…”(mmg dia ni teruk agaknya)
“rasa macam tak layak nak jadi dentist”(pergi la cari kerja lain,apa susah)
“tak berbakat aku nak buat cavity ni” (padahal dah siap banyak dah)
…dan lain-lain….

aku tak salahkan mereka berkata begitu. kita sama-sama manusia biasa. aku selalu juga terfikir benda-benda pelik juga…contohnya

“lama-lama nanti hebatlah aku buat cavity ni”(entah dah berapa lama daaa…)
“kesian pesakit aku dapat dentist yang lembab mcm aku” (tak mengapa, mereka bukan tau…heheh)
“berusahalah! satu hari nanti semua ni akan siap juga!” (ayat cliché kpd diri sendiri)

Ya, walau apa pun yg berlaku, selembab mana tangan membuat kerja, aku percaya suatu hari yg amat bahagia…semuanya akan siap..walaupun tak tau bila…
Apa yg aku suka tentang sukan optech ni,

ia bukan sukantara…semua diwajibkan masuk walaupun tahu takkan menyumbang apa-apa
bukan sukan tahunan…hanya yg hebat-hebat saja masuk
mahupun sukaneka…sekadar suka-suka, buat aksi-aksi pelik
tapi adalah sukan merentas desa…
walau sejauh mana berlari
walau hati sentiasa bertanya “jauh lagi ke…bila nak sampai?”
walau Tuhan saja yg tahu adakah akan sampai
walau tercungap-cungap di tengah jalan
walau terasa diri nak pengsan
kita berlari kerana kita mahu berlari
walaupun jauh ditinggalkan rakan seperjuangan
masih boleh menjejak langkah mereka dari belakang
dan berlari bermati-matian hingga ke garisan penamat

berlarilah kura-kura!

Monday, November 9, 2009

Flood

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, walaupun bingkisan memoir ini tak dapat dibukukan, diblogkan pun jadilah.. So, selepas setahun berlalu kita buka muka surat baru dan kita semua selamat berada dalam second year tanpa ada kecederaan fizikal dan mental. Aku tak sangka akan menjejakkan juga kaki ke tahun 2 walaupun masih menggunakan kelas yang sama Cuma kali ni dah ada nama bilik tutorial Andalus. Kalau medical guna nama sepeti Ibnu Sina, kami di FPg guna nama Al-Quds untuk dewan kuliah mahupun bilik tutorial.

Masuk 2nd year memang excited. Frankly, tahap kebosanan duduk di rumah sudah menjangkau paras kritikal masa tu dan mulalah rindukan teman-teman. Ingat lagi antara first task yang kitorang kena buat, present dekat doctor, gigi-gigi yang dah dikumpul. Buatnya aku punya gigi sikitlah pulak, mulalah terkial-kial pergi begging kat kawan-kawan yang banyak gigi lebih. Basuh gigi dengan Clorox. Bau gigi yang semerbak kat rumah masa tu. Fuh, asyiknya… Dengar cerita ada orang yang ‘hilang’ gigi dek rendam lama sangat dengan Clorox. Hehehe sabar jelah. Dapat set yang doctor nak lega gila.

Tahun 2 ni cabarannya bukan lagi pada pelajaran tapi lebih kepada semangat setiakawan dan kerjasama. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan teman-teman yang memahami. Ceh, macam pasangan hidup pulak. Satu kisah yang memang susah aku nak lupa bila bilikku yang ku kongsikan dengan Yaya banjir. Mungkin ramai yang alami benda yang sama tapi saja aku nak cerita jugak. Masa first year dulu aku duduk bilik nombor 5 ala-ala bilik orang gaji gitu and sememangnya aku ni tak suka bilik yang tak bukak tingkap, rasa macam claustrophobic so bilik kitorang memang sentiasa open window. Bila duduk bilik 1 ni aku pun meneruskan kebiasaanku yang tak suka tingkap tertutup.

Satu benda yang aku lupa kalau hujan memang tak ada shieldlah. Tapi biasanya Yaya ingatkan untuk tutup tingkap. Tapi pagi tu aku lupa gak walaupun dah ingat dah masa tengah bersiap nak pergi kelas. And petang tu masa kat kampus hujan lebat gila. Petir dan guruh saling berlawan siapa lagi handal. Yang bestnya aku confident tahap dewi yang aku dah tutup tingkap pagi tu. Balik petang tu sampai kat Glen view, masuk je rumah aku terus jelah naik atas dan alangkah terkejutnya bila aku tengok bilik yang kukongsi dengan Yaya banjir. Meja yang aku letak betul-betul depan tingkap tak payah cakaplah memang lencun. Yang paling bestnya laptop Toshiba kesayanganku jugak lencun. Habislah…Katilku yang boleh kata jauh dari tingkap tu pun mendapat nasib malang. Alhamdulillah Yaya punya katil tak effect sangat. Aku dah cuak dah takut dia marah. Huhuhu sorry Yaya.

Kawan-kawan serumahku naik ke atas untuk lihat sejauh mana damage yang dah aku buat. Ingatkan nak tolong, tapi diorang pergi buat halaqah kat situlah pulak cerita pengalaman masing-masing time banjir. Sabar jelah. Tapi diorang tolonglah jugak angkat almari buku, jemur carpet dan lap-lap apa-apa yang patut. Tapi, memandangkan aku ni seorang yang pelupa memang banyak kalilah kejadian ni berulang tapi tak seteruk yang pertamalah. Thanks semua sebab tolong kemas masa tu.

Okaylah sampai sini dulu aku bermadah. Wrist pun dah mula sakit-sakit. Kita doalah bersama moga Allah mengikat hati-hati kita dengan hubbNya dan bukan masalah yang harus kita ulang bincangkan tapi penyelesaian yang harus kita cari dan capai.

Wallua’alam

Saturday, November 7, 2009

yg gua ingat-ingat lupa

assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan2 2nd batch sekalian..
gua nak cerita sikit tentang pengalaman gua dan rakan-rakan dalam sem1 2nd year..hehe..

antara benda yang gua paling tak boleh lupa adalah kelas operative technique a.k.a optech.
gua masih ingat lagi (kalau gua x salah ingat la) masa awal2 2nd year yang Dr Dzul tanya pasal gigi yang Dr. suruh kumpul masa cuti tu..at that time kita semua diberi peringatan tentang attitude yang kena ada dalam lab simulasi..bagi Dr. Faizah lak, batch kita ni x matang (mungkin betul kot) and gua sendiri pernah tertangkap dengan Dr. ketika diri ini berada dalam situasi xmatang tersebut..huhu..

pengalaman berharga jadi senior kepada junior..masih lagi gua ingat-ingat lupa tentang kedatangan junior2 3rd batch ke fakulti kita..gua masih ingat yang mereka datang serbu ramai2 untuk dapatkan sign kita..huhu (teringat lak mase kita mula2 masuk sini dulu)
dak batch kita lak kena handle mereka masa minggu orientasi..gua rasa seronok gak la dapat wat program ngan junior2 kita ni..kemudian ada sukan sempena minggu orientasi..yang ni memang gua rasa happy sebab walaupun kekurangan bajet, tapi kawan-kawan gua dapat gak wat aktiviti yang boleh hilangkan stress (bukan senang nak wat aktiviti bila tiada@kekurangan bajet taw!!!)

pastu, kita pergi community service kat negeri sembilan..yang ni gua no comment..bila wat program cam biasa la..banyak dugaan dan cabaran..tapi yang gumbira masa gi community service tu adalah dapat gi rumah Dr. Faizah..(thanks Dr. sebab belanja kami makan kat umah Dr.)

gua jugak masih ingat tentang family day faculty..yang ni memang banyak kenangan yang berharga..gua rasa gembira masa gua tolong siang ikan, bersihkan ayam, bungkus kentang dalam aluminium foil, tolong bakar ayam, tolong buat cocktail dan segalanya (yang paling penting dapat hadiah yang gua dambakan..hehehe..)memang best gile..gua dapat rasakan and gua dapat tengok ukhwah (betol ke gua eja ni?) dak2 kelas kita yang semakin rapat..alhamdulillah..

ingat tak lagi kawan-kawan..kita pernah join junior kita untuk program c-fest..gua masih ingat (tapi ingat-ingat lupa la)..gua bertugas pada hari kedua..yang gua ingat masa tu ada sorang junior kita tak berapa sihat..gua kena ajar junior macam mana nak handle station plaque score..gua masih ingat betapa sukarnya gua pujuk beberapa orang budak kecik untuk check gigi (tapi, nasib baik berjaya- Alhamdulillah) and gua dapat yakinkan budak-budak tu bahawa "doktor" baik... (takkan gua nak kata "meh adik, abang@kakak yang check gigi ni baik"-sebab budak-budak ni creative thinking..kang tak pasal-pasal lak dia pergi ingat yang mana-mana 'abang@kakak' boleh check gigi dia)

sambutan bulan kemerdekaan pada 1 ramadhan..kita kena hantar wakil ikut rumah untuk kuiz and busana muslimah..untuk batch lak kena hantar wakil nasyid, video pendek..tu je kot.. (huhu gua ni kadang2 mengalami dementia la) untuk kuiz tu rumah gua menang no 2.. satu2nya rumah dak dental yg menang..video yg Zara wat tu pun menang gak..walaupun yang lain tak menang, yang penting kita enjoy..

bacaan yasin dan majlis buka puasa faculty..
yang ni memang menarik...gua x tahu macam mana (boleh kata) 1 faculty mengalami diarrhea yang gua kira kritikal..dah la bulan ramadhan, memang la azab..tapi Alhamdulillah, lepas tu sihat kembali semuanya..

next, dinner kolej kediaman kat taman melawati..yang ni gua tak taw nak kata apa la..gua tak suka makan nasi berperisa..gua memang tak puas hati la dengan nasi yang disediakan..yang lain gua rasa ok la........

akasia seni..time ni gua dapat la tangok muka junior tamhidi..and ni jugak pengalaman pertama gua masuk pantun (ada ke patut,da la amatur,x pasal2 je kumpulan dak batch kita kena lawan ngan kumpulan yang terror-tamhidi and 3rd year..hu~)gua rasa gua memalukan diri gua sendiri..(da la dak2 tamhidi tengok, stress gua dibuatnya)
walaupun esok tu ada exam final optech, tp ada gak la beberapa orang (i.e 3org) yg pergi malam penutup akasia seni tu..and guess what, untuk video and photography tu dak batch kita yang menang...(hooooray!!!congrate Nisah and Nurin)

perasmian e-klinikal and jamuan hari raya faculty..yang ni cam lawak..sebab gua and beberapa orang kawan kena masuk lab optech dan berpura-pura dalam lab (yang ni memang kepakaran kita bersama..huhu)

seterusnya cuti inter-sem yang burn..kali ni,kita bersama-sama kerja kat kilang optech untuk memenuhi requirement..(walaupun ramai lagi yang tak siap, tapi sekurang-kurangnya ada la peningkatan...)

sekarang ni da habis minggu pertama sem2..hari pertama dah dapat assignment cd..(tapi semua dah hantar semalam)
pastu kita sama-sama ambik impression dll...

k...
that's all for now
tq sume....
bubbye~

Thursday, November 5, 2009

Bila Pena Menari

Assalamualaikum w.b.t…

Aku yang hanya tau throw out & spill ape saje benda dalam kepala otakku…
Ayuh... bersama-sama denganku mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 1 berada di USIM, Pandan Indah…

Menyusuri kehidupan demi menggenggam erat satu nama...
”bakal DENTIST”...InsyaAllah...

Bila diingat-ingatkan balik,rasa macam baru lagi aku nampak katil yang aku duk tido tiap-tiap malam kat Glenview tu.Berhabuk lagi masa tu.Dengan lantai biliknya.Ya Allah.Tak boleh nak pijak pun.Rasa macam baru je dengar celoteh kawan-kawan masa baru pindah masuk rumah tu.Rasa macam baru je nampak roommate aku tengah pasang cadar katil,tengah kemas buku.Rasa macam baru lagi duk pening-pening tanya senior mana satu buku yang patut aku ngadap untuk tahun satu ni.Rasa macam baru je semalam aku ngan kawan-kawan duk makan hamper dalam kelas tiap-tiap hari.Rasa macam baru je main kenyit-kenyit mata ngan JERRY.Ermm,tapi, pejam celik pejam celik,rupanya masa dah lama pun berlalu.Dah nak masuk tahun dua dah pun aku kat bumi USIM ni.Dah nak dapat junior dah pun.

Hmm.Minggu Ta’aruf dulu memang memenatkan.Mula pagi,abis petang,ke malam ek?Tak ingat dah eh.Lepas tu,abis seminggu tu,mula belajar pulak.Kenal-kenal member baru, kenal-kenal lecturer baru.Pernah gak terdetik dalam hati.”Eei..Boleh ke aku nak teruskan perjuangan ni?Kawan-kawan sume nampak hebat-hebat.Aku yang budak-tak-matang-selalu-aci-main-je-ni rasa gak rendah diri.Sheesh.”Tapi,lama-lama,aku dah dapat biasakan diri dalam bilik kecil(lecture hall)+tmpat makan+tempat tido ni.

Kawan-kawan pulak are the best! Selalu support each other.Rasa terharu sangat.Aku nak mintak maaf kat kawan-kawan kalau aku terlepas bicara selama ni.My bad ;(buat kawan-kawan especially for those yang selalu dengan aku,that alwaaays be with me.U know who you’re.I know,I am not kind of sahabat yang pandai comfort sahabatnya.Aku tau aku bukan seorang sahabat yang pandai ambil hati sahabatnya...Aku...Aku hanya seorang sahabat biasa yang apabila sahabatnya menangis,aku pun rasa nak nangis gak.Yang mana bila sahabatnya ketawa,aku pun rasa nak tersenyum melihat dia.Aku sangat-sangatla berterima kasih padanya.Masa aku fail satu subjek dulu,walaupun dengan hanya satu soalan,”Eh,ok ke tak?” Jangan ingat aku tak berterima kasih.Aku akan ingat sampai bila-bila.Walau hanya sebaris pertanyaan ini,aku selalu rasa aku masih ada tempat untuk bergantung.Really thanks for that.Walau apa pun salah sahabatku ini,InsyaAllah aku maafkan.Dun worry much k.Inilah indahnya sebuah persahabatan bila disulamkan dengan semata-mata kerana Allah S.W.T...

Ngee... Apa lagik nak karang ni.Nasib baik menaip.Kalau menulis,rasanya dah lama tulisan aku ni bergentel macam cacing kerawit.Ehehe... Erm,continue balik yang tadi.Belajar punya belajar,ingatkan lambat lagi la professional exam,rupa-rupanya it’s juz around the corner!!! Dua semester dah pun nak abis.Kalau pro-exam tu boleh cakap,rasanya dah lama dah dia tanya, ”Salam... Hai...Dah rasa well-prepared sangat dah ke nak masuk exam???” Adooi.Memang terkena la.Neway,exam tetap exam.Aku still kena get through it.Senang atau susah.Tell what,rasanya satu minggu sebelum exam tu,aku rasa down sangat.Tak tau kenapa rasa selalu nak nangis without any reason(cengeng tul!).Haih la.Tu belum cite lagi bab before dapat result.Time tu memang dah rase sume orang cam zombi Kg Pisang jek.Tak lalu nak makan.Selalu rasa nak balik peluk umi.Nak bitau umi yang anak dia dah rasa tak boleh nak bernyawa kat sini.Betul-betul nak dapat semangat dari umi+abah.Tapi sekarang, Alhamdulillah.Everything berlalu dengan sebaiknya.Year One second sem pun baru je berlalu.Aku tau Allah selalu ada dengan hamba yang selalu ingat padaNya.And aku akan selalu berpegang pada kata-kata ni...’After each difficulties, there’s a relief.,.’ InsyaAllah...

Erm,akhir kata,I would like to dedicate this poem to you guys yang selalu make me feel bahawa hidup ni sangatlah penuh dengan warna-warni.Here it is...

Thank You, Friend... saranghae yongwonhi ;)

Thank you, friend, for all the things,
That mean so much to me,
For concern and understanding
You give abundantly.

Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.

Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.

For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.

Viva

Lagu miracle bergema, sepantas kilat aku tersedar dari lenaku. Dalam keaadaan mamai aku melihat nombor yang tak dikenali menghubungi ku. “Hello” aku menyapa dalam keadaan mamai. “Hello *** awak kene datang pejabat untuk viva.” Terkejut badak aku menerima khabar yang menggerunkan tu. “ 10 minit lagi saya datang.Nak bersiap jap.” Telefon dimatikan.Tak sempat aku bertanya viva untuk ape sebab terkejut sangat, sempat tanye subjek ape je. Bayangkan tengah sedap-sedap tido tetibe kene panggil viva. Huhu..

Setangah jam sebelum itu…Usai solat duha dan solat hajat berjemaah untuk mendoakan sahabat-sahabat yang sedang menghadapi viva, aku baring-baring dalam surau sebab ngantuk sangat semalam entah pukul berapa aku tido sebab baca novel yang aku baru beli di pesta buku baru-baru ni. Pagi tu semua orang tegur mata aku sebab macam tak boleh buke mengalahkn masa exam. So, aku bercadang nak tido sekejap nak hilangkn bengkak kat mata . Aku tertido dengan pakaian solat ala-ala tido dalam iman la tu.

Sambung cite takdi….Sepantas kilat aku bersiap-siap untuk gi pejabat.tapi masa tengah bersiap macam-macam perkara bermain dalam fikiranku, viva nak lulus ke viva distinction maklumlah tak ingat nak tanya takdi sebab terkejut badak. Aku keluar dari surau menuju ke pejabat tapi aku melencong ke kelas jap nk tengok sikit-sikit pasal Phyisio sebab takdi aku dah janji 10 minit lagi so aku ada masa nak tengok sepintas lalu pasal Phyisio . Mane la tahu, aku sampai-sampai je pejabat terus kne viva memang tak tahu nak jawap ape ar.

Lepas belek sket-sket kertas Nus atas meja, aku suruh diaorang doakan aku lalu aku terus gi pejabat. Ak tanya Kak Pit kat mane tempat kene viva sebab masuk je dalam pejabat aku tak tahu nak gi mane tak ingat jugak nak tanya kat mane tempat viva takdi. Memang haru biru betol aku pagi tu. Nampak je diaorang kat depan bilik lecture paling hujung aku terus gi sane . Pastu Puan Zulaiha panggil aku, aku pun masuk la kat tempat dia baru la aku tanya aku kene viva ape. “ Awak sepatutnye tak payah kene viva pun tapi external examinal tu nak tengok kualiti student kite sebab tu la awak kene panggil viva” kate Puan Zulaiha. Antara percaya ngan tak aku dapat distinction tapi lebih pada tak percaya la ingat kan aku mimpi lagi tapi tu reality,syukur Alhamdulillah.Dalam hati aku berkata “Kenapa la external examiner nak jugak viva.Aku dah la aku tak bersedia memang tempah maut la kalau tanya soalan yang aku tak leh jawab memang aku akan jatuhkan maruah fakulti”Pastu Puan Zulaiha bagi aku masa untuk bersedia sebab aku baru tahu so dia bagi peluang aku baca sket-sket pasal Physio sebelum aku kene viva, tapi masalahnya sekarang ni aku tak bawak satu habuk pun buku or nota so terpaksala aku pinjam nota Nus, tapi nota sendiri lebih diperlukn masa tengah semput ni.Aku pun cakap la kat Puan Zulaiha aku nak study dalam kelas.Bile sampai turn aku boleh tepun @ panggil aku kat kelas.

Kat kelas plop semue orang ingat aku dah habis viva,aku pon jawab la ape yang patut. Aku pun duk tempat Nus pahtu tanya la budak-budak yang ada dalam kelas mende yang aku tak ingat.Ni je bende yang paling cepat aku boleh recall memory aku. Time kasih kat Nadia, Najwa dan kawan-kawan yang lain yang bantu aku ari tu. Puan Zulaiha panggil aku kat kelas masa tengah pilih AJK untuk hari keluarga. Sampai kat pejabat,dia suruh aku duduk kejap sebab nak panggil external examiner tu. Masuk tempat kene viva,aku dah berdebar tahap tak tahu nak cakap dah tapi aku cube maintain biar nampak macam tak debar mana, padahal memang nak tercabut jantung aku masa tu.

“Saya tak boleh nak tarik balik markah awak ,awak kene viva ni sebab saya nak tengok kualiti fakulti ni” Lebih kurang macam tu la external examiner tu cakap. Aku dalam hati “Kenapa la fakulti pilih exerminer yang skema sangat.Tak pasal-pasal aku kene viva”. Soalan first dia tanya aku “What is the normal blood pressure?” Memang soalan maut la bagi aku sebab memang aku tak ingat langsung masa tu berapa normal blood pressure. “Abih ar aku kali ni” Aku berkata dalam hati. Tetibe aku teringat soalan ospe pasal ye suruh kira atriole pressure ape lagi aku pon bagi je la value tu.Hentam je la darurat.hehe.. Selebihnye kalau nak tahu tanya la aku nanti ye, kalau aku nak tulis panjang berjela la plop.Jenuh plop korang nak baca nanti.Dipendekkn cite memang viva aku hari tu hancur sebab aku tak sure jawapan aku walaupon lepas tu aku check jawapan aku tu sebenarnye betol. Macam mana aku nak yakin.Most jawapan yang aku beri tu main hentam je.Bile dia gertak je sikit, memang la aku hilang keyakinan. So pengajaran kat sini kalau kene viva korang jawab je dengan yakinnye walaupon main hentam je.Jangan jadi macam aku lagi.Sampai sekarang aku rasa bersalah kat korang and fakulti sebab aku macam dah jatuhkan maruah fakulti kite sebab tak dapat jawab soalan viva tu, so aku mintak maaf sangat-sangat kat korang.

~Anti viva~

Detik-Detik Suka Duka

Assalamualaikum….
At first,I nak minta maaf sebab hantar memoir ni lambat. Nak citer pasal 2nd sem memang banyak la citer.Masuk 2nd sem cam biase la sume ade semangat baru,azam baru.Ye la exam final 1st sem aritu pon cam tak elok sangat result especially subject Anatomy.Siap kene panggil ngan Pn. Rina lagi sebab fail.Pn. Rina pon tanye la kitaorang,“Cene awak belajar ni…. Wat nota tak?“ I rase cam banyak-banyak subject,Anatomy la yang paling banyak study.Tapi subjek tu la satu-satunye yang fail.I pon start la kire-kire carry mark ngan Syifak.Kire punye kire,kitaorang tak leh fail untuk exam mid sem ni.Kalau tak,susah la final nanti. Cene nak wat ni..! Mase tu ingat lagi mase class English.Memang tak tumpu langsung sebab kitaorang asyik fikir pasal nasib yang bakal menimpa.Kesian kat Sir…

Events yang ade sem ni banyak gak.Kalau citer satu-satu alamatnye tak tido malam la. Citer sikit-sikit je la.Mule-mule kene wat exhibition kat Nilai.Ingat lagi mase hari first.I ditugaskan untuk amik barang yang tertinggal.Sebenarnye I tertnya-tanya gak.Memang I ke ditugaskan untuk wat keje tu.I ke yang bertanggungjawab.Erm,bukannye nak mengungkit cume I rase cam tak patut la orang yang sepatutnye bertanggungjwb tak ikut langsung.Tak rase bersalah ke.Sape yang terase,minta maaf la ye….

Pastu 14 February,gi Sekolah Hishamuddin kat Klang.Sume ok je.Takde pape yang menarik nak citer.Teringat gak mase first time wat charting sampai Dr. Azura bengang ngan I sebab tersalah.I nervous sangat.Pastu ok la.Best! Pastu gi Kelantan.Konon-konon cam nak gi conference tapi sebenarnye…Shopping time! He3…Sampai sesat gi shopping kat pasar Che Yeh.Tu la asyik sangat beli barang.Tapi best gak gi sane.Ramai-ramai naik bas(macam tak pernah naik bas lak). 7 March gi Maahad…I ditugaskan jage plaque score.Best la dapat experience baru…

Sebenarnye I nak citer time nak exam final.Sebab mase tu sume orang cam tension je.Sampai ade yang bergaduh…nangis…marah…Macam-macam la.Emosi tak stabil la katekan.Ingat lagi I ngan Nurin study sampai pagi kat library Glenview mase study week.Sampai kul 3 la 4 la 5 la…Rase cam jadi hamba coffee lak mase tu.Mane taknye…Nak stay up je.Minum coffee.I yang sebelum ni tak pernah minum coffee pon minum gak.1st time minum coffee sampai tak tido satu malam.Lebih 24 jam tak tido.Ish3…Pastu,bile malam je mesti lapar.Kalau lapar je gi beli burger kat depan 7 Eleven.Agaknye orang yang jual burger tu pon dah kenal kitaorang.Muke pon cam muke burger dah.Tapi tengok kawan-kawan stay up sampai pukul 5 pagi.Rase semangat nak study tu makin kuat.Syifak,Che Pah,Aish,selalu je stay kat common house.Kadang-kadang Pa’a,Muni ngan Sarah pon join kitaorang kat library.

Sampai satu malam tu terkantoi ngan budak laki.Tapi tu tak pe sangat.Tapi ade bende lain yang memalukan terjadi.Tak pelah.Mungkin Nurin dah citer.Yang cam lawaknye,Nurin ingat budak laki tu sumenye bukan manusia(sory Nurin).Exam pon berjalan ngan lancar.Bile abis,sumenye happy cam baru terlepas dari jajahan.Merdeka!Lepas tu,macam-macam la rancangan dibuat untuk isi mase yang terluang sementara menunggu result.Nanti dah dapat result dah tak boleh nak enjoy.Tula pendapat sume orang.I pon gi book fair kat PWTC ngan kawan-kawan.Nak lepaskan tension tambah lak ngan exam arab yang tersangat susah…



Petang tu baru je 5 minit sampai kat Glenview.I pon dapat la satu panggilan dari FPg yang inform kat I yang I kene Viva Anatomy hari Jumaat,24 April.I ditugaskan untuk inform pada orang lain yang kene Viva gak.Malam tu mase wat solat hajat,sume orang cam risau ngan result masing-masing.I je nampak cam tenang sebab I dah tahu I la orang yang fail subjek Anatomy.Korang sume tak payah la risau.I kesian kat Syifak sampai dah tak tahan tengok die risau sangat.I pon bagitahu terus kat Syifak yang I dah tahu sape kene Viva.Syifak pon terkejut…Tak caye ke?Syifak lulus sume subjek la.Bile tengok ramai yang nangis sebab risau,I pon terus jadi sebak…Sebab I tahu orang yang fail dan kene Viva tu ialah I!Korang sume lulus la.I terus peluk Sarah sebab dia je yang faham perasaan I sekarang ni sebab dia pon same-same kene Viva.

Malam tu Pa’a sampai geram sampai bagitahu kat diaorang yang risau sangat tu,”Sape-sape yang tak tahu die kene Viva maknenye die tak kene Viva…Korang tak payah la tahu sape yang kene Viva.Nanti korang tahu la sape.” Mungkin mase tu Pa’a dah tak tahan tengok diaorang risau sangat.Diaorang terus terkedu bile Pa’a cakap camtu…Masalahnye diaorang caye ke cakap Pa’a.I kat bilik pon cam dah geram sangat kat Che’ Pah sampai tunjuk sendiri senarai name orang yang kene Viva.Dah tak caye sangat…Tengok sendiri! (sory Che Pah).Yang I cam terasa tu bile ade dua orang cakap camni kat I…“Kalau aku tahu aku kene Viva,malam ni mesti aku tak tido sebab nak study…”.Sorang lagi cakap ceni,“ Kalau aku kene Viva,mesti aku dah jumpe kakak senior tanye diaorang cene Viva tu...”.Korang rase la kalau korang yang kene camtu.Korang nak wat pe kat orang tu.I yang dah tak tahan ni,terus keluar gi makan kat Rashid ngan Pa’a.Lame gak kitaorang merenung mase depan malam tu kat depan kolam.Tak sanggup nak balik bilik.Viva ni rase cam dapat kereta ‘VIVA’ ke?Cene nak watni…!Tu jelah persoalan yang bermain dalam kotak fikiran I mase tu.

Esoknye kat kmpus,I rase cam nak tooOOoot je orang yang risau sangat pasal result.Korang sume lepas la.I ni yang tak tahu lagi cene.Tengok budak laki…Cam jealous kat Yen sebab sume budak laki datang bagi semangat.Ajar die.I,Paa,ngan Sarah cam sendirian.Takde orang nak tolong ajar kitaorang ke.Bagi semangat ke.Rasenye aritu mase tazkirah,ade la orang ni cakap, “Kalau ade kawan-kawan kite yang kene Viva ke,kite kene mainkan role kite sebagai kawan.Bagi semangat kat diaorang…”.Tapi yang bagi semangat kat kitaorang boleh kire ngan jari je.Kalau compare bilangan jari pon lagi banyak.Terasa gak la mase tu.Tensionnye! Bukannye nak salahkan korang.Tapi tak naklah perkara yang same berulang tahun depan bile ade yang kene nasib cam I…Tapi minta-minta la takde. Nauzubillah...

Yang kesiannye kawan I sorang ni…Die selalu je cakap, “Best la diaorang sume dah lepas…”.Bile terdengar korang gelak je.Kitaorang terase seolah-olah cam takde orang nak pedulikan kitaorang.Gelak ketawa korang adelah tangisan untuk kitaorang.Takpelah,I dah lali...Budak medic umah kitaorang tak putus-putus bagi semangat.Mungkin diaorang terasa sebab diaorang ngah exam lagi mase tu.Yelah…Kite kan dah abis.Nak cuti..(Cene nak kemas barang ni).Tapi korang terfikir tak yang ade kawan-kawan yang tak lepas lagi.Korang pon dah tahu result Viva kan.Cene korang boleh happy.I bukannye nak salahkan korang tapi ape perasaan orang yang kene repeat terutamanye bile nampak korang happy je tanpa mempedulikan die.I bukannye ape tapi I sedikit sebanyak dapat rase bile I kene Viva.Rase cam
kehilangan kawan-kawan.I pon bukannye nak simpati dari korang sangat cume semangat dari seorang kawan.Yg peliknye cene budak-budak medic boleh tahu sape yang kene Viva.Diaorang sume tanye cene resultnye.I ni lepas.Boleh la nak jawab.Kalau tak lepas,cene…Sape yang sebar-sebarkan citer ni.Cube kalau korang yang kene. Jage la sikit hati kawan-kawan kite.I cakap ni sebab dah tak tahan sangat…I nak minta maaf pada sume kawan-kawan yang terase.Minta ampun dan maaf… (Nak ban I punye memoir pon takpela…)

Yang I terharu sangat bile korang wat solat hajat untuk kitaorang…Terima kasih sahabat-sahabatku.I’m really appreciate it… Time kasih sebab doakan kitaorang…Time kasih banyak-banyak.Pada yang kene repeat,harap korang tabah…I wish U all gud luck!Doaku sentiasa berada di sisi kalian…Semoga sume dapat masuk 2nd year... Insya Allah…

Wassalam...

1st May 2009, 3.00pm

Surat Untuk Semua(Check2…Rock2…)

Pt. 528, Kg. Sembilan,
Beris Kubor Besar,
16350 Bachok,
Kelantan.


Assalamualaikum kawan-kawan.
Apa khabar?
Memoir ini saya tujukan kepada semua rakan-rakan. Jika mahu dihitung memang terlalu banyak untuk ditaip akan tetapi kemalasan mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya saya bersyukur kerana telah dianugerahkan Ilahi kawan-kawan yang cukup baik dan mulia yang banyak membantu pada tahun ini.

Saya tak pandai bermadah apalagi berpuitis, tapi saya akui telah cuba seikhlas mungkin untuk menyiapkan memoir ini. Nah@aduhai@amboi@cis! maka dengan rasminya berakhirlah tahun satu yang cukup mencabar kesabaran, ketabahan dan sewaktu dengannya. Bagai sedang memakan pudding telur yang sejuk.Kejap jer habis. Sedih rasanya mengenangkan hanya tinggal 4 tahun jer lagi untuk belajar bersama-sama. Apa yang pasti ikatan kasih sayang sesama kita telah melemahkan perasaan keperitan, segala halangan di tahun satu…...(Ya lah tu).

Betullah Allah ada menyebut tentang menolak kejahatan dengan cara yang baik, maka orang yang mempunyai permusuhan denganmu akan menjadi seolah-olah sahabat karib.(Fussilat:34)Saya melihat disini adanya kewajaran kata-kata Ghandi “Kasih sayang adalah senjata ampuh menentang keperitan”. Mungkin semua itulah yang memendekkan masa yang panjang….

Sama-samalah kita renung kembali apa yang telah kita lalui sepanjang menjadi pelajar pergigian tahun satu di sini.
Suka saya nyatakan betapa sukanya saya ketika main bowling, buat arabic choral speaking, carving gigi, anjur roadshow, main kat interdental sport ( sekadar menyebut sebahagian sahaja) di tahun ini bersama anda semua bagai menikmati maggi perisa kari.Juga ingin saya kongsikan suasana politik tanah air pada tahun ini agak tegang berikutan rampasan kuasa yang berlaku di Perak sejak Februari lalu. Hal ini berikutan 3 ADUN pakatan rakyat yang telah melompat parti untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong BN.

Saudara-saudari sekalian,
Cukup bertuah bagi kita mempunyai lecturers yang baik-baik seperti Dato’ Wan, Dr. Ainuddin, Pn. Rina, Cik Rasyidah, Dr. Hasan,( juga sekadar menyebut sebahagian sahaja) serta staf-staf sokongan….Maka bersyukurlah.Apapun kita masih ada 8 semester lagi.Jadi mohon maaf atas apa yang telah atau akan berlaku.
Rasanya sudah cukup untuk kali ini. Jumpa lagi tahun depan. Moga Allah sentiasa bersama kita.…………….…………………………………………………………Sekian.

Wednesday, November 4, 2009

Memory Of Half An Hour As Homeless

That very night, after finishing my Maghrib prayer, I recite some surah from the Alqur’an. Suddenly, Aish came into my room (which I shared with Bah)…
She asked me, “Macam mana? Jadi tak malam ni?”

Then I looked at Bah saying, “Jadi la kan Bah. Jom la gi sekarang. Bagitau Nadia sekali.” Thus the four of us get ourselves ready and we went to Kak Yusra’s house. Actually, our plan that night was going to Kak Yusra’s house to have a look at the t-shirts that she sells.

As we finished seeing those t-shirts, and decided to buy some that seems attractive for us, we went back to our house at the level 14. As soon as we arrive, everyone look at each other. I asked, “Saya tak bawak kunci ni. Korang ada bawak tak?. Aish said, “Aish pun tak bawak. Bah also said, “Tak bawak jugak”. So, we looked at Nadia and waited for her answer.“Nampaknya semua tak bawak. Takpe, kite mintak tolong budak medic la.Apa lagi…”, Nadia said. “Sape budak medic yang ada?”,asked Bah.

Eda is the only one that is in the house.The others are still not coming back from the campus. So, Nadia called Eda (luckily she brought her handphone as Aish, Bah and me myself didn’t bring ours, Hu99x). We called Eda three times but she didn’t pick up the call. So, we tried another way to open the door that is by using the cards in our wallet. As expected, it’s hopeless. No sign of the door to open and no sign of Eda’s voice.

Then, we got another idea. We called Moh( front house) and asked her to open their door. Then, Moh open their door and she was quite surprised because she saw all four of us in front of the door. We quickly grab a fork and a spoon from their kitchen to make it as the tool to open the door. While doing this activity, we look exactly like a bunch of thieves trying to sneak into the house. For this attempt, it also failed. The last hope is to shout Eda’s name as loud as possible as she may be sleeping in her room. After shouting for a couple minutes, we heard her voice saying, “Kejap!!!”. After half an hour of desperation, she finally opened the door. When she opened the door, it was like a big victory for us. To make it an exaggeration, our faces were shining like we got A’s for all the exam paper… What a victory!!!

Eda said that she was very sorry. She was in the toilet and couldn’t come out as soon as possible. We forgave her as it was also our fault for not bringing the key.

Last but not least, this is one of the unforgettable moments in my year 1 of dental study. There are lots more but it is very hard to express the feeling of this friendship in a sheet of paper. Let the memory remain in my mind and may Allah bless the relationship of 2nd batch dental students. I’m truly sorry for this experience of mine as it may not as interesting as all of your experience. I’m truly sorry…

Regards,
Nus

Mercu Tanda Negara Tutup Lampu

Lokasi : A14-15-04[common house]
Masa : 11.50 malam
Aktiviti : Study anatomy untuk final exam.

Malam yang hening sebab semua orang tengah study sendiri, almaklumlah examination is around the corner. So, semua orang tengah tekun habis, baca apa yang patut. Malam ni kitorang tak buat study group. Just kalau tak faham tu boleh la tanya kawan-kawan yang ada. Lagipun malam ni tak cukup korum. Hanya ada aku, Bah dan Che Pah. Dorang yang lain study kat rumah, tak datang common house.

‘Anterior triangle is divided into four which are carotid, muscular, digastric and submental triangle’. Owh... Aku berbicara di dalam hati. Dah lama aku tak revise topic nih. Aku terus menyelak muka surat seterusnya untuk mendapatkan keseluruhan idea tentang apa yang akan aku baca dan hafal malam ini.

Boundaries, contents, major blood vessels, venous drainage and cranial nerve found in the neck region. Banyaknya benda yang nak kena tahu...’ Aku mengomel sendirian. Otak aku pun macam dah penat tengok lecture note tu. Lagi-lagi bila syaitan-syaitan datang menghasut supaya aku berehat sebentar bersama kit kat. Hu~~

Aku pun mengalihkan pandangan ke arah tingkap,indahnya suasana Kuala Lumpur pada waktu malam dengan lampu-lampu neon yang bertaburan. Seketika aku leka memandang KL Tower dan KLCC yang dilimpahi dengan cahaya lampu. Sungguh cantik sekali.Tiba-tiba hati aku berdetik, ‘Eh, tak pernah aku tengok lampu KLCC tu tutup depan mata. Selalu tengok bila dah tutup je’. Aku pun meluahkan apa yang aku fikirkan kepada Bah dan Che Pah.

“Kau set la jam pukul 11.58 pm. Nanti boleh la tengok lampu KLCC tu tutup. Aku rasa die tutup pukul 12”. Che Pah berpaling dan kemudian menyambung bacaannya kembali.
Angguk.

Kring...kring... handset ku berbunyi menandakan pukul 11.58 malam.

Aku terus menutup lecture note diikuti oleh Bah dan Che Pah. Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, kami bertambah teruja. Che Pah siap memegang handset untuk merakam ‘detik-detik bersejarah’ tu[bersejarah kew??hehe]. Tapi, tunggu punya tunggu punya tunggu, lampu KLCC tak tutup-tutup jugak sehinggalah jam menunjukkan angka 12.02 am. Betullah apa yang orang cakap, penantian itu suatu penyiksaan. Walaupun hanya 2 minit, rasanya seperti menunggu ayam jantan bertelur. Haha..[hyperbola plak. Jangan mara~~~]=)

Che Pah berjaya merakam ‘detik-detik bersejarah’ tu tapi disebabkan kami semua sangat teruja, video yang Che Pah rakam tu vibrate...Tak jelas, yang jelas cuma suara kami yang bersorak girang. Che Pah pun membuat keputusan untuk delete je video tu..=(


Semasa menunggu detik lampu menara padam, kami membayangkan lampu bagi kedua-dua bangunan itu akan tutup serentak.Nampaknya,jangkaan kami meleset sama sekali.Salah satu bangunan tertutup serentak dari atas sampai bawah tetapi bagi lagi satu bangunan, lampu tertutup secara berperingkat-peringkat.Rasanya ada tiga peringkat, bermula dengan bahagian bawah, diikuti bahagian tengah dan akhir sekali bahagian atas. Hmm...Begitulah ceritanya...

Bila diingat balik kenangan lama,banyak yang best dan menarik.Yang ni salah satu la.. Sungguh, tu adalah kali pertama sejak aku dilahirkan dan kali terakhir aku tengok saat lampu KLCC itu ditutup sebab lepas tu, da cti dah..Ni adalah antara kenangan terakhir masa sem 2 la..huhu

Em, bagi sesiapa yang tak pernah tengok, cuba2 lah tengok. Menarik sebenarnye...[bagi aku la, kalau tak suka jangan salahkan aku plak yek!hehe..] Tenang je hati ni + rasanya boleh jugak release tension.

p/s: Minta maaf la banyak-banyak andai cerita ini tak menarik hati atau skema sangat. Aku memang tade bakat nak jadi penulis nih.huhu~~ Kepada Bah dan Che Pah, minta maaf la kalau ada kurang atau tokok tambah dalam cerita ni. Tak bape ingat la..huhu


Hasil nukilan;
ABC

Pengalaman Inspirasiku

“Apa perasaan aku masa mula-mula masuk Fakulti Pergigian?”…Susahnya nak jawab soalan tu. Pada mulanya aku tak nafikan memang ada rasa kekoknya bila masuk ke Tingkat 15 ni. Ala-ala pejabat pun ada. Itu semua tak penting.Aduhaii.Macam mana nak bercampur ngan budak-budak gigi ni ek?? Aku memang tak kenal sapa-sapa budak Tamhidi Gigi dulu. Almaklumlah aku ni budak Tamhidi Sains dulu.Huhu…Harap-harap budak-budak ni boleh terima aku seadanya laa..

Hari berganti hari…Minggu berganti minggu. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Sama la jugak ukhwah antara kami.Kami semakin mengenali antara satu sama lain. Aku senang bila bersembang ngan semua budak-budak ni.Kalau cakap ngan budak-budak ni,tak da benda lawak memang tak sah. Aku asyik gelak je dengar lawak yang spontan tu. Terutamanya Farhah la.Dia memang bising dan slumber. Pada masa yang sama dia mudah disenangi. Aku memang terhibur bila sampai je kampus. Bleh makan skali…merapu skali..(walaupun hakikatnya aku ni tak pandai merapu).. Ceria…Ceria jugak.Exam mid sem dah dekat. Wah pressure la sangat.Memang takut ngan smua subjek. Aku akui,memang bila masuk fakulti ni la hidup aku bertambah pressure. Masa SPM dulu pun tak penah rasa macam ni.

Exam,roadshow.Macam-macam lagi la aktiviti yang kami semua terlibat. Selama berbulan-bulan kami bersama.Dah rasa macam hidup dalam satu family yang besar.Masa raya budak-budak ni buat rombongan ke umah Amy ngan Che’ Pah. Jeleznya…Aku pulak terlentang kat umah.Kena “chickenpox”..Fuh penyakit tu berbahaya betui..hehe….Kesian jugak kat Aish.Dia pun kena gak. Macam lawak je bila time besar-besar ni kena ‘chickenpox’.Sapa yang tak rasa lagi,better rasainya sekarang..hehe

Haa…Ada macam-macam lagi yang kami buat.Kalau nak cerita satu persatu memang sampai ke sudah pun tak abis punya la.Kami buat ‘lawatan sambil belajar’ kat umah Prof. Sokhini.Pastu ke Kelantan,confrence di USM,sukan intervarsity..huhu…Nak kongsi sikit la.Pasal futsal.Walaupun aku tak sepatutnya main futsal. Tapi aku akui futsal memang best.Terasa jugak hilangnya tension belajar bila main futsal.Aku mintak maaf naaa kalau aku punca kekalahan team USIM ari tu. Aku memang tak menyumbang pa pun.Tak pa…InsyaAllah, next year kita bagi menang tau!!!

Jeng…jeng…1st Professional exam dah nak menjelma.Aku boleh nampak la ke’tension’an budak-budak gigi.Pressure ngan soalan-soalan yang bakal kami jawab.Baca yaasin, solat hajat dan berdoa.Kami buat sama-sama. Memang semua nama-nama budak gigi meniti di bibir setiap kali berdoa.Harapan kita semua sama.Sebolehnya kita nak 27 orang yang ada sekarang grad sama-sama.Tak da yang terkurang @ terlebih.InsyaAllah kita semua bakal menerima segulung ijazah pada 4 tahun akan datang….

Akhir kata yang aku nak kongsi dalam wadah kali ni…”Semoga Allah memelihara Ukhwah kita semua.Semoga ukhwah kita jugak berada dilandasanNya.Ya Allah,apa yang terbaik untuk kami,Engkau perkenankanlah doa-doa kami.Apa jua dugaan yang Engkau beri,Kau permudahkanlah bagi kami.Semoga kami semua menjadi insan yang terpelihara dan dibawah limpah kasihMu..Aminnnn”.

Alif

Memoir…He,bagus jugak idea ni…Boleh la diri ni kongsi sikit-sikit cite-cite yang Pok Cik lalui kat fakulti ni ye.Dalam coretan ni tak berniat nak cite panjang-panjang sangat.Lagipon Syifak dah hilangkan skrip asal pok cik…hu3.

Pengalaman pertama ni berlakunya ia pada semester pertama.Semester satu tak banyak sangat benda yang nak dikongsi sebab masa tu tengah blur lagi dengan study sume.Before ape-ape berlaku,juz nak cakap,jangan terase hati@pikir empunya diri ni nak menunjuk ke pe kalau baca memoir ni ye…Juz nak share.

Semester satu,nak kongsi of course la pasal pertandingan bercerita Bahasa Arab.Olah bahan bacaan yang kita baca.Mula-mula cam geram gak,takde orang laen ke nak wakil FPg ni?Malas sebenarnya nak masuk tanding ape-ape.

Dah termaktub,maka diri ni beranikan diri cuba jugak la masuk pertandingan ni.Mula-mula agak blur ar nak persembahkan bahan bacaan ape…Pastu dok piker, amik je la…Bukan nak baca sangat pon!Rasanya tak sampai tiga hari wat persediaan termasuk persiapan vokal.

Nak buat benda ni sorang-sorang bukan mudah jugak.Ustaz Muhammad la yang banyak tolong bagi lughah yang mantap sikit.Dia siap buatkan lagi skrip nak dipersembah.Tapi,tak guna sangat…Amik dalam 60% je…He…Bukan mudah nak hafal,guna ayat arab power ni.

Hari pertandingan pulak,habis doa ada sorang tu bagi doa nak kaburkan pengadil la…Al-maklumlah,first time masuk tanding…Zaman Pok Cik sekolah-sekolah dulu tak pernah nak masuk natang semue ni.Tapi ntah gane,masa dok buat latihan lagi rasa cam yakin boleh menang je…Cewahh!!!Tapi,memang dapat first prize pon!Syukur…Pertama kali masuk tanding,menang plak tu!Sape tak excited beb!

So,nak ucap terima kasih la kat Ustaz,peminat saya atas sokongan yang diberikan…Tapi,ape yang sedihnya,semue gambar and rekod masa pertandingan hilang sebab memory card handphone buat hal,rosak!hu3…

Yang semester dua plak,nak cite satu je.Yang debat piala naib canselor.Maybe ramai yang tau,and banyak jugak yang tak amik tau…Tapi nak cite jugak!hu9..Pok Cik masuk debat Arab.Ni pon first time jugak…Kecik-kecik dulu tak pernah buat keje-keje gini..

Untuk pengetahuan,pertandingan ni ada 5pusingan before pi suku akhir.Nak tau,FPg menang 3 dari 5 pusingan tu!Untuk yang Arab la.Hampir semua debater Arab tu tak pernah masuk tanding pon…hu3.Group Pok Cik hanya beza satu mata je nak melangkah ke suku akhir…Dah tak de rezeki..

Di samping result,Pok Cik jugak nak menyampaikan rasa terkilan Pok Cik kat budak-budak first year kite.Yela,ape taknya…Masa hari pertandingan baru Pok Cik tau,Pok Cik je wakil first year!Malu weh….Kebanyakan bagi alasan nak exam and tak reti…


Pok Cik bukan pe,sian jugak kat senior kite tu.Diaorang memang dekat sangat dah nak exam.Pro exam lak tu…Agak terkilan la bile takde first year yang nak join naekkan nama FPg.Tambah menyedihkan bile takde penyokong pon dari first year.Pok Cik bukan nak kata Pok Cik baek sangat buat semue ni…Niat la untuk naekkan nama FPg kite.Bia orang segan sikit…Insyaallah,besar pahala tau!

Tu je la coretan Pok Cik buat kali ni.Harap maaf and jangan amik hati la sebab Pok cik bukan tuju kat sape-sape pon…Ok,doakan Pok Cik dari segi dalaman and luaran ye.Moga berjumpa lagi dalam coretan mendatang.Wassalam…

Just a Story

Bismilahirrahmanirrahim,
Kumulakan bicara sepiku ini dengan lafaz termulia, kalamullah yang tiada bandingnya… Ceh, skemalah pulak…Stop… Stop…Okay,aku nak cerita sikit pengalaman masa demam exam pro…

Frankly,I’m not the type who l.o.v.e to study.Memang pemalas yang teramat.Yang aku rajin buat tengok tv,baca novel dan apa-apa je aktiviti-aktiviti lagha.However aku bukannya jenis yang suka membuta tanpa sebab. Teruk betul aku nikan?Macam manalah Islam nak bangkit kalau umatnya terus bermalasan macam ni?

Musim exam pun menjelang tiba.Masa nilah godaan makin bertambah. Sakit kepalalah,nak basuh bajulah,ada cerita bestlah…Macam alasan yang aku terbitkan walaupun bukan kata terbitan semata-mata nak elak untuk belajar.Inilah alasan-alasan yang kucetuskan dari Broca’s area yang InsyaAllah masih berfungsi dengan baik.Dulu time SPM mak memang strict,memang habislah kalau tak belajar.Roommateku memang dah kenal sangat dengan perangaiku yang satu ni so dia pun ajaklah aku study kat library kat GlenView ni…Dah orang ajak takkan nak tolak lagi-lagilah bila part-part benda yang baik ni.So,aku ikut jelah dengan hati walaupun kadang-kadang penyakit M tu datang gak…

Tiap-tiap malam kitorang beli coffee sebab nak stay up lagi-lagilah aku ni jenis yang tak mungkin terjaga kalau dah mata pedih-pedih rasa nak cari bantal dan selimut so stay jelah setakat yang termampu.Tapi yang best partnya konon-konon tak nak beli yang kena boikot a.k.a Nescafe so kitorang belilah Boss.Tup-tup brand ni lagi dahsyat sebab company ni company yang manufacture minuman keras. Dah habis exam pulak tu kitorang baru tahu.Dah jadi feces and urine dah pun.Walaupun aku start agak lambat belajar tapi berpegang pada prinsip selagi tak sign borang H selagi itulah aku still berpeluang bukak buku and study…

Best belajar kat library walaupun ada gangguan dari insan-insan yang lalu-lalang kat situ.Sunyi dan sejuk je sebab aku ni bukannya suka panas-panas.Biar suhu di bawah takat beku aku lagi sanggup dari berpanas kat padang kena kawad (aktiviti yang paling kubenci since sekolah rendah).Dah pukul 1, 2 pagi kitorang witness macam-macam.

Yang aku ingat ada sekali tu roommateku pergi toilet. Mestilah pergi sorang takkan berteman kot… Masa tu kitorang bukan berdua je ada dua orang lagi sahabatku turut study bersama. Balik dari toilet tu, dia cakap kat aku yang dia nampak sesuatu kat toilet lelaki. Jeng… Jeng… Jeng… Bukan hantulah tapi dua makhluk Allah yang berlainan jantina kat dalam tempat berkumpulnya segala species syaitan dan iblis. Tu baru sikit, belum lagi penghuni GlenView yang duduk betul-betul depan library tu bawak masuk perempuan pukul 1, 2 pagi. Attention! Mereka yang disebutkan tadi beragama Islam dan Melayu. Inilah masyarakat kita pada hari ini. Lupa Allah,lupa diri. Yang difikir hanya nafsu yang merajai. Jadi apakah peranan kita? Sekadar melihat, mengata lalu menggeleng kepala. Fikir-fikirlah sendiri…
Yang paling kuingat sampai sekarang kejadian malam selepas exam Anatomy. Kali ni kami belajar bukan berdua tapi bertiga bersama seorang lagi housemateku. Kali ni kami bercadang untuk pulang awal sikit. Dalam pukul 2.30 pagi kitorang berjalan dari blok B ke blok A.

Biasalah sambil berjalan mulut pun tak henti-henti bercakap. Sampai kat pondok guard salah seorang dari kami menghantar buku library kepada pak guard yang jaga kat situ dan kami berjalan tenang ke blok A tanpa menyedari ada beberapa insan mengekori kami. Waktu tu tak terfikir pun akan ada pelajar USIM yang keluar masuk GlenView. Berborak punyalah kuat, memang tak control volume punyalah. Plus, isu yang kami bicarakan tu pulak memang isu sensitive…

Tiba-tiba salah seorang dari kami memanggil dua rakan kami yang lain. Kami menoleh ke belakang. Tindakan reflexku agak lambat. Aku menoleh tanpa berfikir yang bukan-bukan. Ha, asal diorang kat sini? Sahabat-sahabatku berlari menuju ke gate. Aku confuse kenapa diorang lari, tapi aku lari gak sebab diorang lari. Sampai kat lif aku still confuse tapi aku panic sebab masa tu dah fikir hantu. Dahlah memang penakut, pastu baru je cerita pasal Rasukan Ablasa. Memang dalam kepala aku diorang tu hantu sebab tak dengar pape pun kat belakang masa kami berjalan…

Konon-konon naik atas nak sambung study, terus tak jadi. Aku berbual dengan temanku yang sorang ni. Masih shock masa tu. Dalam pukul 4.30 pagi aku tertoleh ke arah pintu dan aku terperasan kaki seseorang. Aku ingatkan salah seorang housemateku, aku pun toleh kembali. Tup-tup cuma tudung yang terbuai-buai di tombol pintu. Aku cuak sebab baru je cakap insan yang kami jumpa tu entah-entah bukan manusia. Tak tunggu lama masuk bilik dan hari baru bermula…

Satu lagi yang aku ingat, masa malam lepas Biochemistry. Aku rasa sakit perut sangat-sangat just lepas solat Maghrib. Tapi aku ignore je sebab biasanya taktik ni menjadi, dan rasa sakit tu berkurangan. Malam tu lepas Isya’ aku dengan roommateku turun ke library seperti biasa. Tengah syok study Physio tetiba je sakit tu datang balik. Aku cakap kat temanku yang perutku sakit sangat. Dia tanya makan tak pain killer. Aku pun cakaplah yang aku tak makan. Masa tu nak bangun dari kerusi pun tak boleh.

Tak gerak sakit, kalau gerak lagilah sakit. Last-last aku call sorang sahabatku mintak dia turun. Yang bestnya ada ke dua orang ni boleh gelak-gelak masa tengok aku berusaha menahan kesakitan yang teramat tu. Last-last kitorang decide pergi klinik. Nak pergi klinik Global kat bawah dah pukul 11 lebih dah masa tu, sure tutup punyalah. So, sahabatku ni try carik kereta. Alhamdulillah dapat. Kami pun ke klinik Idzham. Dan misteri perut ku sakit terbongkar. Tapi sakit apa korang tak payah tahulah…

~The End~ -coffeelover-

Tuesday, November 3, 2009

F.Y.M.

Prologe
Ringing tone ‘office phone’ aku berbunyi.he3. Kalau nak kira,ringing tone ni memang boleh dikategorikan sebagai ringing tone yang paling tak best and agak kuno skit la tapi nak buat cam mana,hanya ringing tone tu yang berjaya menarik minat aku…huhu

Time aku tulis memoir ni,my limbic system tak nak kerja sangat,aku pun tak tau kenapa.Tak nak kasi aku cerita pasal kisah kehidupan aku time first year kot.Apa-apa pun,memang paragraph pertama ni tak dak kaitan sangat pun dengan apa yang aku nak kongsi ngan korang semua.Saje je nak panjangkan memoir ni...hu3

Apa yang paling aku ingat ialah time orientasi.Memang nak cakap tak best,ada la lebih kurang 1% bestnya.Apa-apa pun,sejak sekolah menengah lagi,aku memang suka skip minggu orientasi,tapi kali ni,terpaksa gak hadirkan diri.Faktor utama yang menyebabkan aku begitu membenci minggu orientasi adalah kerana aku memang tak suka perkataan tu.Dah la penat,bosan plak tu.Ayah aku cakap,minggu orientasi memang minggu yang paling penting sebab time tu la,kita banyak kenal pasal fakulti kita.Tapi apa-apa pun yang orang cakap,aku tetap rasa minggu orientasi tak best.Agaknya,aku memang telah ditakdirkan untuk tidak menyukai minggu orientasi.

Time orientasi,memang penat la.Dah la kena pakai baju cam pengawas budak sekolah menengah.Tapi macam cute gak la tengok semua orang pakai baju tu.Oleh disebabkan aku from Sct,aku duk la ngan budak-budak Sct (time orientasi kat Nilai).Time tu best gak la coz duk ngan geng aku.Pi makan sama-sama,sembang sama-sama and masuk dewan sama-sama.Pastu,bila dah habis orientasi kat Nilai,aku and budak-budak dentist yang lain,kena sambung orientasi kat kampus Pandan Indah plak.Wahhh,lama benar rasanya orientasi kali ni.Ni la time yang paling aku sedih coz terpaksa berpisah ngan kawan-kawan Sct aku.Tapi aku tak ingat la sama ada aku nangis ke tak time kitorang berpisah dulu.Tapi yang pasti,memang sedih la.

Rasa boring la pulak asyik cerita pasal orientasi je.Mesti orang lain pun cerita gak pasal tu.Memang tak dinafikan kebolehan aku untuk menulis essay telah hilang sejak aku tamat sekolah menengah.Jadi,bagaimanakah harus aku teruskan penulisan memoir ini...Tolonggg!!!

1st day masuk class…

Lup..dup..lup..dup..Dengan semangat yang berkobar-kobar,aku menjejakkan kaki ke dalam kelas…Nak buat macam mana,first day la katakan.kuikui..Time tu bukannya buat apa-apa pun.Tak silap aku,just berkenalan je.

2nd day masuk class…
Rasanya semangat berkobar-kobar tu,dah kurang skit.Tapi jangan risau,still berkobar.Biasala tuu.Tak kan la aku nak cerita dari 1st day sampai last day.Nanti,tak pasal-pasal terseliuh tangan aku dibuatnya.Aku rasa la,antara banyak-banyak memoir yang budak-budak dentist buat,mesti yang aku paling ter..tak best..Tapi aku tak kisah sangat pun coz kelebihan yang aku ada time secondary scool dulu dah terkubur.Kalau takkk,mesti Syifak tiap-tiap hari baca memoir aku...kan Syifak kan?..huhu.Memang aku punya memoir ni kurang skit dari segi kronologinya,tapi dengan tanpa rasa bersalah walaupun sekelumit pun, aku nak sambung gak cerita tentang aku yang tak best ni..

Cerita pasal room mate,.
Dengan izin Allah,aku telah selamat diijab kabulkan sebagai roommate Syifak Mawaddah Binti Abdul Jamil.Best tak nama roommate aku? Best,kan?Dipendekkan cerita, kami telah mengharungi hari-hari yang penuh suka dan duka bersama-sama.Kalau ada apa-apa yang aku nak kongsi ngan Syifak,aku gitau dia.Best cerita kat Syifak coz she is the best listener...
~Macam pendek sangat pulak rasanya,tapi tak pe la...

Cerita pasal study...

Aku amik 10 subjects,Anatomy,Physiology,Biochemistry,Biology Mulut,Behavioural Science,Tafsir,Hadith,hafal al-Quran,Arab and English.Sama je ngan semua budak-budak dentist yang lain.Jauh dari sudut hati kecilku mengatakan bahawa sebenarnya aku telah jatuh cinta terhadap subjek-subjek yang aku amik tu tapi aku ni tak la rajin sangat study.Menyesal gak la,tak study sungguh-sungguh time awal-awal hari tu.Kalau tak,mesti tak mendapat fail percuma untuk subject Physiology time mid sem.Bermula dari hari tu,aku berazam untuk study sungguh-sungguh...(Sungguh-sungguh sangat ke?huhu)Tapi better than before la.

Antara subjects yang aku belaja,aku paling suka Anatomy.Tapi,subject tu susah sket nak score.Sape-sape yang hafal maut,dapat score la.Year 2 dah tak blaja Anat.I’ll miss u Anat.Tentang subjects lain,aku suka gak,coz tiap-tiap hari aku dapat belajar benda-benda baru.Dapat tambah knowledge.

I hope,this memoir takkan dibaca oleh sesiapa selain dari budak-budak dentist coz nanti tak pasal-pasal aku diblack list oleh Sir.Class yang aku paling tak leh tahan ialah class English.Walaupun aku telah berusaha untuk meminati kelas ini tapi,apakan daya,aku tidak berjaya untuk memboloskan diri dari kemurungan class itu...Maafkan saya, sir...Reading newspaper...Reading newspaper...

Exam Time!!!!!!!

Aku selalu perhatikan tentang kehidupan pelajar-pelajar bila dekat-dekat ngan exam.Adakah circadian cycle kita semua akan berubah bila jadual exam diedarkan ? Hal ini dapat dibuktikan sendiri oleh para pelajar dentistry 2008/2009....huhu

Sebenarnya aku memang respect la kat semua budak-budak dentist time ni.Mana taknya,study maut.Bagi aku,aku tak mampu nak study maut cam korang.Aku memang lemah kalau nak dibandingkan ngan korang semua.Tido awal plak tu.Langsung tak setaraf ngan orang-orang yang stay up till pagi.Aku nak try gak study macam tu,tapi tak boleh la...Still kena tido awal.Circadian aku memang dah fix.Tak leh nak ubah.Oleh sebab itu la,aku try gunakan sepenuhnya waktu pagi aku untuk study.Try habiskan mana-mana yang tak cover gi.Buat notes sket-sket.Tu pun time aku rajin nak buat notes.

Caffeine memang menjadi ”bf” ramai students time exam.Aku pun tidak ketinggalan untuk jatuh hati terhadapnya.Betul ke ayat yang aku guna ni?...Ala,tak kisah la.Asalkan aku bley paham.Caffein ni,banyak gak keburukannya tapi ada jugak baiknya.Contohnya,bila kita tak breakfast,tapi bila dah minum caffein,stomach tak pedih sangat coz caffein will reduce secretion of gastrin.Tapi,sape-sape yang alah caffein,jangan la minum coz nanti korang akan pening-pening,kembung perut.Sape yang susah?Membebel plak..Sori2.

Hari exam,memang noradrenaline exaggerated.Berdebar semacam je.Cam nak tercabut jantung tapi nasib baik tak tercabut betul-betul.Kalau tak,mesti dah pakai jantung artificial.Tapi, time Dr. Faizah jadi pengawas,jangan lambat tau.Nanti dia marah.Dah la exam,tak larat nak kena sound pagi-pagi.Nanti emosi terganggu.Nak jawab exam pun,tak de mood sangat.Port or tempat duduk time exam,memang memainkan peranan yang penting.Bukan apa,yang paling digeruni adalah bunyi lagu dari GIT punya organ.Tak larat nak suruh berhenti tapi diaorang tak nak.Buat malu kompeni jer.Kalau duk dekat girls tak pe la.Kalau sebaliknya...Malu gak la.Kat sini,aku nak mintak maaf atas any inconvenience..

Kat sini, aku nak amik peluang untuk ucapkan bebanyak tima kasih kat semua yang penah ajar aku.Tima kasih...Aku sangat menghargai pertolongan yang korang bagi.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang.

*Program-program*
First program yang aku terinvolve adalah program mentor-mentee.Yang budak-budak tamhidi datang melawat fakulti aritu.Pastu,time C-fest,pastu roadshow pertama,roadshow kedua and last skali,community service.Inilah pengibatan aku sebagai budak dentist first year.

Sebagai mengakhiri memoir aku kali ni,aku nak mintak maaf kat smua if ada salah dan silap sepanjang kita berkawan.Korang semua memang besttt......tata titi tutu yaya yiyi yuyu..hehe...

Sem Baru Di Dentistry

Dah abes 1 sem kat dentistry ni, sem baru pun bermula. Sem baru bermula maksudnya exam pro dah dekat… huhuhuhuhu…. Exam la benda yang paling tak best dalam hidup ni tapi nak wat camne, dah ni la destiny kita kn?

Start sem baru kita ade C-fest. Well untuk program ni Pg jadi pengarah and Pa’a timbalannya. After that, we work on 1st road show yang mane Yen jadi pengarah and Syifak jadi timbalan. Next, 2nd road show.Kali ni gurl lak yang jadi pengarah i.e. Nurin and dibantu oleh Faez. And after pro, kita lak de Community Service yang dihandle oleh Leman and dibantu oleh Aish.

Well, in fostering a balanced professional in dentistry ni kita awal-awal dah lantik AJK untuk 2nd Community Service, minggu orientasi and family day. Azim yang dibantu Zakiah jadi peneraju untuk Community Service and Nysah dengan bantuan Farhah akan bersama berganding bahu merangka aktiviti untuk orientasi. Untuk family day lak kita akan bekerjasama ngan senior coz ni program macam wajib untuk FoD stiap tahun.

Tak leh lupe la.Gi UiTM untuk sukan.Yang tu memang sangat-sangat… Hmmmmmmmmmm….. Nak kate pe ek?? Best?? Enjoy?? Happy?? Sedih?? Macam-macam la.Tak tergambar ngan kata-kata.Mula-mula cam semangat je.Tapi bile dah tunda, jadi cam takde mood.Dah la sehari pas sukan tu de exam.TITAS…Ye la, walaupun TITAS je kan, tapi risau gak.Kate name pon exam…huhuhuhuhu
Walaupun ade yang tercedera, tapi time exam tu layannnnnn……

Oh ye…Kite gak tumpang bangga coz ade dua orang wakil dari kelas kite yang dapat jadi exco tertinggi JAKSA Pandan.Pasangan yang secocok dan idle, Munie and Faez (huhuhuhu, yang laen jangan marah k… LOL)

Pe lagi yang nak dikongsi???Actually otak aku dah terbejat nie.Mana taknyer,dok fikir pasal gigi yang Dr. Dzul suruh cari.Fikir pasal 2nd year yang confirm lagi mencabar.And fikir gak pasal korang yang dirindui (note that bukan semua k.Sorry but I need to be honest. Tak baek menipu)

Papepon, looking forward to see u guyz.
Doakan kejayaan kite bersama.
Thanks for the time…
Bye.

Coretan Buat Saudaraku

Pertengahan Tahun 2008, bangunan MPAJ menyaksikan kehadiran wajah-wajah baru mujahid dan mujahidah Islam di Fakulti Pergigian. Setiap derap langkah diiringi dengan keazaman dan semangat baru, menggalas harapan ibu ayah dan yang terutama, menjunjung amanah Tuhan. Awal semester, Tingkat 15 diserikan dengan senyuman dan tawaan riang. Seakan sang suria yang senang hati memancarkn sinarnya di pagi hari.Rindu pada saat begitu. Ketika itu, tiada laptop-laptop baru. Tiada PES,tiada GTA, tiada Bully. Yang ada hanyalah ketekunan dan kesungguhan dalam ketenangan. Suasana redup sahaja. Gembira belajar sesuatu yang baru. Menjalani saat indah dan ceria bersama.

Namun, langit tak selalu cerah. Pancaran suria mula suram dek kehadiran awan mendung. Air yang tenang mula bergocak sebaik sahaja mid-sem exam bermula. Keresahan mula tercetus. Keyakinan terhadap diri sendiri mula rapuh. Dalam penantian menunggu tamatnya professional exam, awan mula menitiskan air yang tidak mampu digendung lagi. Air mata para pejuang mula bergenang,akur pada kehendak emosi. Duri-duri yang merintangi perjuangan mula mainkan peranan. Kesakitan mula terasa.

Namun walau sesukar mana, perjalanan mesti diteruskan. Dada yang terasa sesak tidak memudarkan senyuman yang terukir. Kaki terus gah menapak di medan ini. Sehinggalah exam berakhir. Baru terasa manisnya perjuangan bila di penghujungnya adalah kejayaan. Kepahitanlah yang mengajar erti perjuangan Sahabat, kita mewarisi kerja para anbiya’ dan mursalin. Pahit manis perjuangan adalah lumrah.Acuan Tuhan,Muhammad Rasulullah, makhluk paling dicintai Allah, namun bukan kemewahan dan kesenangan yang diberikan Tuhan sebaliknya kesukaran dan penderitaan yang mengiringi jalan dakwah baginda . Kerana penderitaan tersebut adalah tarbiyah dari Tuhan bagi membentuk hati yang tabah dan jiwa yang cekal.

Sememangnya sepanjang setahun menjadi keluarga, telah banyak memahat memori. Terlalu banyak perkara yang kita harus belajar mngenai kehidupan.Kini tahun satu berlalu, tahun dua menyambut tiba. Segala kenangan pasti terabadi dalam diari hidupku. Segala kebaikan kalian terhadapku telah terpahat dalam buku catitan Tuhan. Semoga lembarn tahun dua lebih bermakna dari yang sebelumnya

Coretan buat saudaraku dari insan faqir.

First Time~~

Banyak dah kiter semua tempuhi bersama-sama. Tak gitu,kawan-kawanku..Huhuhu...Eerm,mula-mula kiter telah didedahkan ngan faculty kiter.Ntah pape yang kiter belajar.Banyak giler.Balik kol 7 samer-samer.Maen boling samer-samer.Huhuhuh.Gembira amat.Banyak perkara yang melucukan and menyakitkan termasuk yang menyedihkan.K,kat sini tak mau ar citer yang sedih.Kiter citer yang gembira jer,supaya semua tak tension and hepi-go-lucky semua.

Erm,mula-mula dulu kiter semua(tak semua kot.Huhuh)tak tau nak pegi satu tempat ke tempat yang laen guna LRT maksudnyer.Tak pro lagi ar nak kena ambik station pe semua.Macam saya(tak tau nak bahasa kan diri ape) ngan Farhah.Masa tu kitorang nak pi beli tiket bas.Yela,kat sini semua kena wat sendiri.Tak leh nak mengharapkan pertolongan orang.Sendirian berhad.Kalau yang sudi tu ader la.Kalau tak,takder arr.Mula-mula tu,kitorang pi la Stesen LRT Cempaka 2.Sampai kat sana,bak kata Pa’a,beli tiket ke Bandaraya.Pastu ambik komuter gi Hentian Putra.Sampai je kat sana,kitorang ikot la orang ramai sebabnyer mendengar nasihat Zara yang sangat pro dengan train-train nie.Ikot punyer ikot,sampai satu tempat,tak tau dah nak ikot sape.So,kitorang buat keputusan gi satu bangunan nie.

Kitorang ingat tak ingat la kat mana Hentian Putra coz gi ngan orang and satu lagi naik train yang mana bese naek nie.Bangunan ni menyerupai bangunan Hentian Putra.Cuma tempat tu tak der bas langsong.Kitorang ingat masuk ikot belakang.So, kitorang masukla.Kitorang masuk tu pon coz ader sorang mamak india nie bawak beg besar.Ingatkan dier nak pi naik bas.Rupa-rupanyer,dier gi berehat kat satu bench kat tempat yang kitaorang masuk nie.

Teng..Teng..Teng...Di sini la mulanyer segala-segalanyer.Kitorang pon naek la tangga yang tak berape tinggi tu.Panjat punyer panjat,kitaorang pon pandang bawah sebab kat centre tu ader macam maner nak cakap...Macam lubang ar..heheheh..Kat situ ader swimming pool.Kat swimming pool tu ader satu laki cina tengah sunbath.huhuh.Nasib baik la ok lagi.Pastu ader 2-3 orang budak and mak budak.Kitorang aper lagi.Terkezut badak arr.Dengan cemasnyer ,melarikan diri sambil kawal pergerakan supaya tak nampak macam pelik.

Cari punyer cari dier punyer exit,jumpa la.Kat situ ader pak guard.Niat kitorang untuk cari exit laen tak kesampaian sebabnyer itulah satu-satunyer tempat kuarnyer...huhuh..Yang amat memalukan,pak guard tu siap tanyer kitorang,”Sesat ke dik..?”Seingat-ingatnyer macam tulah dier kata.Mungkin 2-3 ayat lagi,tapi tak ingat.Sowiii.Yang peliknyer,kitaorang dah jumpa pak cik tu sebelum ni,tapi kitaorang ignore jer.huhuhuh.Malu giler sampai tak terkata.

Pastu kitorang follow jalan kat situ.Jumpa The Mall.Pastu jumpa signboard ‘Hentian Putra’.Aper lagi,gi la beli tiket.Sebelum balik tu,tak lupa la untuk menyinggah The Mall yang sudah lamer tidak kupergi.Pastu balik tu,ambik la komuter nak gi Bandaraya.Tapi kat situ takder Bandaraya,so,kitorang pon pelik.Ader la sorang pak cik dengan curiga tengok kitorang.Pastu tanyer la kitorang nak gi mana.Kitorang cakap nak pi Bandaraya.Tapi sebenarnyer kena beli tiket ke Bank Negara dulu.Malu btul...!Pak cik tu cakap pi Bank Negara,baru kitorang ingat...huhuh..


Last but not least,kitorang balik la ke kampus untuk join korang main boling.Uhuhu...Kalau ader yang tak paham,sila rujuk kat saya ataupun Cik Ku Nur Farhah...K,sampai di sini dulu celoteh saya,sampai ketemu lagi di lain sem(Insyaallah,saya doakan semoga semua dalam kalangan kita nie boleh meneruskan pengajian sehingga bergelar seorang dentist)Nak tulis lagi tapi takot tak der saper nak baca pulak.K,Assalamualaikum.....

Exam, More Exam And Test

Aku tak pernah terfikir akan berada di sini.Di Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia. Tak pernah.Never.None.Sebab before this cita-cita aku nak jadi Pharmacist.But,Allah ada perancanganNya sendiri and I was thrown over here.Fisrt time masuk sini,wah bangga giler.Time tu rasa cam hebatlah pulak.Walaupun cuma dentistry je.Tapi as time goes by rasanya aku punya performancelah yang paling teruk sekali.Mungkin niat asal nak datang belajar tu dah terpesong sikit. But, Alhamdulillah,Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang pada aku sangat-sangat baik. Tolong tegur perangai aku yang entah pape ni.Terharu sangat.

Dalam memoir ni we are supposed to write anything during our journey in this faculty for this semester and there are a lot of memories that I couldn’t forget yet I still forgot.Hahaha…Pengalaman yang tak boleh lupa? Hmm,aku bukannya jenis yang ingat semua benda.(sape yang ingat memang dahsyat la. Senang kata aku ni pelupalah.Sape yang cerita apa-apa rahsia for sure aku akan simpan kat document belakang-balakang so rahsia korang memang selamat ar kat tangan aku.Tapi yang jadi masalahnya bila part-part camnilah,sebab semuanya dah dalam kotak siap dah selotape lagi.Nak bukak balik alahai payahnya.Hehehe…

Lepas aku mengerah segala kudrat yang Allah kurniakan barulah terbuka satu demi satu kotak-kotak tu.Dah berhabuk sikitlah and aku yang allergy dah bersin-bersin bila semua kotak-kotak ni dibuka.Ada satu bendalah yang aku ingat sangat iaitu bila mana aku fail buat pertama kalinya dalam hidup aku.Dengan huruf F pulak tu.Masa tu tergamam,rasa macam nak puking kat situ jugak and tak yah cakaplah tears dah macam ocean.Rasa macam bodoh sangat.Memang terfikir nak terjun tingkat 15 but tak buatlah sebab tak ada tingkap yang boleh buka.Subjek yang aku fail tak lain tak bukan Physio,sebab result tu yang first sekali keluar.

Masa tu rasa macam dah tak ada masa depan dah dalam bidang ni.Malu sangat-sangat.Tapi bukan setakat nasik dah jadi bubur tapi dah kering dah tinggal kerak je.But life is not over yet (I think ) because I always believe in second chance.Bangkit dari mimpi bukanlah senang sebab biasanya kita akan mamai dulu.Untuk betul-betul segar kita kadang-kadang kena simbah dengan air sejuk dari telaga baru betul-betul terjaga.But,Alhamdulillah aku bangun jugak dari mimpi and aku dah betul-betul segar tapi to start all over back is really hard and it needs a lot of effort and sacrifice.

Satu perkara yang aku susah nak lupa bila saat-saat exam and masa budak-budak medic semua dah balik and tinggal kita je kat Glenview untuk teruskan exam yang ada 3 paper core lagi masa tu.Final sem 1. Biasalah masa exam ni tidur lewat sampai 2-3 pagi sebab banyak nak cover. Ada 1 pagi tu kawan aku ni bertanya kat aku,”*****, kau period ke?”Aku selamba dot je cakap yang aku macam dah tapi macam belum. Tak sure lagi masa tu. Petang tu dia tanya lagi.Aku pun dah rasa pelik dah asal asyik tanya je ni.Mesti ada benda... Terkeluarlah cite yang masa dia nak masuk tandas dalam pukul 4 pagi dia nampak ada blood kat tandas.Dalam mamai-mamai tu jirus jelah air.Ayoo,what’s going on ni? Aku pun cakaplah yang malam tadi aku belum period lagi but petang ni baru confirm period.Roommate aku pulak tanya aku whether aku ada guna bunny slipper dia malam tadi lepas dia tidur.Aku katalah takde coz memang aku tak guna.Aku tanyalah kenapa.Dia kata slipper dia bersepah pagi tadi.Habislah…Aku ni dahlah penakut.
Cuak jugaklah masa tu.And teman aku yang seorang ni ceritalah banyak kejadian-kejadian aneh berlaku sejak budak-budak medic takde.Bunyi orang keluar masuk toilet between bilik 4 and 5.Bunyi orang jalan kat luar rumah siap seret kakilah.Tak masuk lagi orang masak air siap bancuh tapi bila toleh tak ada sapa-sapa.Nak salahkan sapa ni.Masa tu memang dah seram sejuk dah.Rasa macam nak tidur bilik orang lain pulak.

Masa tulah pulak teringat cerita Kak Ain yang rumah dia pun banyak kali gak berlaku kejadian-kaejadian misteri ni.Memang tak sangkalah pulak rumah sendiri pun boleh kena.So,after that kitorang pun mengambil tindakan untuk mengurangkan aktiviti masa lapang iaitu bergelak-ketawa hingga tengah malam and buat perkara-perkara lain yang lagha.Masa tulah barulah sedar betapa banyaknya diriku ini buat benda-benda yang semakin menjauhkan diri daripada Rabb.

Satu lagi yang aku tak boleh lupa first time aku masuk ke dissection hall.Aku memang admitlah yang aku memang tak suka, tak nak dan tak teringin untuk masuk bilik yang menempatkan cadavers.Aku ni memang penakut orangnya.Tak tengok cerita hantu sangat tak suka tengok benda yang dah mati.Itu sebabnya aku dah tutup pintu hati aku untuk masuk bidang perubatan lama dulu.

Tup-tup dentistry pun tidak dapat tidak kena masuk jugak.Macam mana ni?Aku takut aku pengsan je.Gambar mummies kat tv pun aku dah menjerit sakan nikan pulak yang real kat depan mata.Habislah…Masa tu terfikir nak buat satu perkara yang sangat bodoh iaitu keluar dari dentistry and amik bidang lain.

Cakap dengan Syifak yang aku takut sangat-sangat ni.Dia pun kata bukannya ada pape and banyak lagilah yang dia cakap.Aku dah rasa macam nak menangis dah masa tu.Ya Allah,ujian apakah ini?Masa tu dah rasa macam nak puke and kaki dah melangkah masuk ni.Cepat-cepat keluar pergi toilet and keluarlah apa yang aku sumbatkan dalam tenggolokku tadi.
Fuh,Alhamdulillah prof tak masuk lagi.Last-last aku berjaya berdiri dengan tegak dan tengok ke arah troli-troli yang berisi cadavers (ada 2 je pun…).Tapi still berdiri kat belakang-belakang.Bolehlah pandang,jelling-jeling sikit troli tu walaupun rasa nak puke lagi dengan bau formalin yang menusuk nasal cavity aku ni.But till now I never touch any of the cadavers.Even though dah boleh tengok dekat-dekat tapi seramlah nak pegang.
Last but not least, thank you very much to all Dentistry Students 2nd batch because without your support I don’t know whether I can go through all the obstacles for all this semester.Memang banyak ujian yang harus kita tempoh tapi ujian itukan mematangkan kita.Kenapa perlu takut mengharunginya andai itu yang terbaik buat kita?

Monday, November 2, 2009

It Just…

Aku berjalan kat satu tempat yang asing bagi diriku ini a.k.a aku tak pernah pergi kat tempat tu.Aku nampak satu dewan yang ramai sangat orang kat dalam tu.Bila aku masuk je ada sekumpulan orang datang kat aku and diorang tanya "Kau pi mane tadi?"Aku terpinga-pinga bila diorang tanya soalan tu kat aku tapi before aku sempat jawab soalan tu diorang terus bawak aku pergi kat belakang pentas dewan tu and diorang bagi kat aku satu jubah warna maroon.Masa diorang bagi aku jubah maroon tu aku rase macam pernah je tengok jubah tu.Ke aku sedang mengalami déjà vu?

Tapi tak tahu la kenapa aku pakai je jubah tu tanpa banyak tanya.Badan aku macam dituntun untuk duduk kat kerusi bahagian depan dewan tu.Kat situ aku tengok banyak muka-muka yang aku rasa aku tak kenal tapi aku berbual dengan diorang macam dah kenal lama.Muka semua orang nampak happy.Bila aku tengok kat pentas depan,baru aku realize,hari ni aku akan grad and after this aku akan jadi seorang engineer.Ceh,camne la aku leh terlupa ngan benda yang paling bererti dalam hidup aku ni.Ape lagi,senyum sorang-sorang la pastu.Majlis dah bermula and mc dah start panggil nama graduan satu per satu.Jantung aku berdegup dengan kencang.Rasa macam nak tunggu hukuman kat tali gantung lak.huhuhu.Bila nama aku diumumkan,aku pun naik pentas dengan machonya.

Masa ambik sijil tu dari tangan dekan rase cam tak percaya je aku dah grad arini.Time dean ucap tahniah,aku rase cam nak nangis.Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku kat sini.Masa aku turun dari pentas tu ramai orang ucap tahniah kat aku.Bahagianya!!!Ni lah cita-cita aku sejak dulu and sekarang aku berjaya jugak grad and pasni bertukarlah kerjaya aku dari seorang student kepada engineer.Majlis pun tamat dan para graduan berkumpul kat pentas untuk sama-sama bergambar.Time tu sayup-sayup aku terdengar seseorang panggil aku.Aku cuba mengamati suara yang aku rasakan sangat familiar tu.Suara tu makin lama makin jelas tapi kelibat empunya suara tu tak pula kelihatan.

Tiba-tiba ada satu tangan yang menyentuh bahu aku.Walaupun sentuhan itu sangat lembut tapi ianya dah cukup untuk membuatkan aku terkejut dan tersentak.Perlahan-lahan aku menatap pada individu yang menyentuh aku tu.Dia tersenyum sambil berkata "Bangunlah,dah lewat ni". Aku pun bangun,pandang sekeliling.Yang ada di sekeliling aku hanyalah Anatomy, Physiology, Biochemistry and etc.Situasi tu agak menyedihkan kerana baru tadi aku bermimpi tentang sesuatu yang amat kuinginkan.Tapi takpe,hidup mesti diteruskan.Coz aku yakin ada hikmah Allah tetapkan semua ini dalam hidup aku.

Walaupun terkadang it's very hard for me untuk survive dalam field ni tapi takpe coz Allah knows better.I am here because of my parents.Even though kadang-kadang rase cam dah fed up and rase give up,you guyz always support me. Syifak, Amy, Zakiah, Zara, Nadia, Che Pah, Nurin, Aish, Nus, Bah, Muni, Nysah, Pa'a, Najwa, Hana, Farhah, Ain, Didi, Pura, Sarah, Yaya, Mah, Pg, Leme, Yen, Faez and Azim, thanks untuk segalanye (of course la kite kena gak berterima kasih kat diri sendiri kadang-kadang, huhu).Kalau tak kerana korang semua and diri sendiri,mungkin aku dah mengalah and tewas dalam perjuangan kat dentistry ni.Thanks again.Tak keterlaluan nak kate yang I love you guyz so much (jangan lak salah paham ek).Time kaceh sebab menjadi sebahagian dari hidup aku.

Jangan lupe, whatever yang kita nak jadi,engineer,prime minister,akauntan,lawyer,tokey balak ke ape ke,now we are in dentistry.Either we love it or we hate it,this is the fact.Percayalah,semua ni berlaku tak sia-sia.Ade hikmah yang mungkin kite belum jumpa lagi.Ape yang penting,kite buka mata and hati kite untuk terima dentistry ni sebagai kehidupan kita.Akhir kata,we do not need to be great to start,but we need to start to be great.Mintak maaf andai mengguris luka sesiapa saje.Friends forever!!!

Sunday, November 1, 2009

Ntahlaa…

Minggu Taaruf, 1 Julai – 3 Julai 2008
Aduhai,tiga hari pertama aku di sini begitu,teramat dan sangat meletihkan.Tapi,letih tu cam hilang bila aku tengok senyuman kawan-kawan yang baru kukenal yang mana akan bersama-sama denganku kelak dalam perjuangan menggapai gelaran seorang dentist.InsyaAllah.Hepi dapat kenal ngan senpai-senpai,pastu lecturers,Dr.-Dr.,Mama,Kak Pit,Kak Yat and tak lupa jugak kat Dato’ yang versatile.

Malam buat treasure hunt tu best sangat.Lari-lari.Semangat giler.Sonok la dapat satu kumpulan ngan Didie(thanx~banyak tolong time jawab soalan yang ingat-ingat lupa kat surau lelaki),Bah(syukran~jadi model waktu nak susun gigi kat gym),Farhah(tahniah~berjaya jugak hantar tapak kaki mayat kat tempat yang diaorang arahkan)and Sulaiman(mekaseh~berjaya hilangkan barang amanah-lead pensil- and buat Kak Ida dengan jaya and hepinya menolak markah kumpulan).Aku akan ingat sebab ni kumpulan first aku lepas aku bergelar seorang pelajar pergigian.Kat Glenview,Allah kurniakan kat aku hadiah yang amat bernilai,tak dapat kugambarkan ngan kata-kata iaitu roomateku,Yaya.Syukur,gembira sangat dapat mengenali dirinya.

Kuliah, 7 Julai 2008 - 3 April 2009

Aku try habis mampu nak hadirkan diri,hati,jiwa,raga,minda,akal fikiran semua la waktu belajar.Tapi, cam aku dah agak dari awal,kadang-kadang tu syahid jugak.(kadang-kadang ke masalahnya…).Best la belajar benda baru,lecturers pon best-best.Syukur sangat ada kawan-kawan yang buatkan kelas ceria,setiap kali,setiap hari.Mekaseh semua…!

Kem di Nur Lembah Pangsun, 22 Ogos – 24 Ogos 2008

Waa~macam rela dalam paksa saja aku time aku kena gi ke kem yang mengumpulkan semua wakil-wakil kolej kediaman kat USIM sebab dah dekat ngan exam Physio yang tinggal sehari je lagi pas kitorang balik dari sana.Masa tu aku tolong wakilkan Kolej Kediaman Pandan(FPg) sekali ngan Yaya and Najwa.Tapi,bila ja aku spend masa kat sana,dengar ceramah yang extra banyak(ada yang best sangat!ada yang….zzzzzz~),kenal ngan pengetua-pengetua kolej kediaman yang lain membuatkan aku sedar yang aku belum lagi mengenali tempat aku menuntut sekarang.Teringat pulak masa ramai-ramai berakit dekat tasik(dahla waktu tu tengah hujan..fuh~),pastu flying fox dari atas puncak bukit(takdala tinggi sangat pon),buat free fall dari atas titi and then buat rock climbing yang sangat mencabar(tak abeh naek sampai atas pon,3/4 ja.haha).Best sangat!Teringat jugak pesan En. Agoos yang sangat baek dan comel itu,”Kenali USIM,sayangi Kolej Kediaman anda dan bantulah MPP dan JAKSA”.InsyaAllah En. Agoos,pesanmu akan kuingat sentiasa.

Hadiah Hari Lahir yang ke-19, 20 Oktober 2008

Rasa gembira,terharu,sebak sangat malam housemateku yang tercinta,A15-01 buat kejutan sempena hari lahirku.Debar jugak ngan lakonan diaorang(hampeh tol…buat suspen ja).Rasa hepi sangat sebab ada ramai jugak kawan-kawan FPSK yang datang rai sama-sama.Kek hadiah hari lahir tu aku potong ngan rasa yang macam-macam.Yang paling pasti,aku rasa bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang padaku sangat membahagiakanku.Di kesempatan ini,aku nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan atas hadiah,ucapan,panggilan dan sms sempena hari lahirku.Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi…Amin…


Roadshow yang di cancel sehari sebelum tarikhnya, 31 Oktober 2008
Dalam suka,terselit duka.Aku macam dalam mimpi ja bila dengar berita tu dari Sarah.Tak percaya sebenarnya.Masa tu dalam kelas,tengah berusaha siapkan booklet.Sekali Sarah gitau yang Kak Pit and Kak Yat cakap roadshow cancel.Lemah lutut aku dengar.Sedih tengok pamphlet,banner yang tengah buat,tapi sia-sia ja.Rasa cam…ntahlaa.Tak tau aku nak cakap macam mana.Masa tu,naseb baik Muni cepat-cepat amik booklet tu and terus simpan.At least,kurang rasa sedih kat hati aku.Mekaseh Muni.Nak ucap tima kasih jugak kat kawan-kawan yang banyak membantu.Juga buat Sarah,Pa’a and Nadia yang pujuk and peluk aku masa kat surau.Tenang sikit rasanya.Mekaseh jugak kat Zara and Yen atas tazkirah and madah Gandhi yang menghilangkan rasa sedih kat hati ni.Syukran jazilan semua…!

Berkayak di Tasik Putrajaya , 9 Mac 2009

Malam tu nak tak nak ja aku cakap “ya” dekat Che’ Pah masa dia ajak aku gi kayak.Masa tu aku ingat nak gi tolong berarak sempena Maulidur Rasul,tapi tengok muka Che’ Pah yang cam sedih tak da geng berkayak,maka pagi tu aku ngan malasnya bersiap jugakla.Sampai ja dekat bas,aik,aku dulu sampai paling awal dari Che’ Pah ngan Sarah.(semangat pulak ye…)

Sampai kat sana,rasa bahagia sangat tengok tasik yang lawa giler,air tenang je,(ada la sikit-sikit riak masa angin tiup)langit biru,lawa sangat.Awan pulak,fuh,memutih je.Redup la.Duduk tepi tasik tu sebelum kayak,sempat lagi aku kelentong Sarah yang ada anak buaya dalam tasik tu.Che’ Pah pon join sekali.Tapi gitau jugak la yang kitorang tipu sebab sian plak tengok Sarah dah cuak.Tak pasal-pasal main kejar-kejar kat situ.Hee…

Mula-mula nak angkat kayak tu gi tasik,tetiba je cam dah terkecoh sebab kayak yang aku angkat ngan Che’ Pah tu terjatuh.Mana sangka kayak plastic tu pon berat jugak.Nasib baik la Hazim ngan Muslim dengan baik hatinya tolong kitorang yang terkial-kial heret kayak tu masa on the way ke tasik.(macam jauh la pulak)

Rasa debar jugak masa pakai life-jacket and time nak turun masuk dalam kayak yang tengah kodek-kodek atas air tu.Ye la,aku pernah gi kayak sekali ja,tu pon masa Form 2 dulu.Erm,lepas kayak yang aku naik ngan Che’ Pah tu berpusing-pusing dua tiga kali and langgar jeti tempat public tengok orang berkayak,we managed to handle it then.Fuh,at last!

Masa berkayak tu aku rasa hepi sangat.Terelease jugak la kerunsingan aku yang terbuku,ntah terperosok jauh kat dalam hati ni.Rasa bahagia yang susah aku nak describe.Tenang sangat.Enjoy tengok muka-muka kawan-kawan yang lain,hepi and semangat giler kayak.Atas kayak pon sempat lagi kitorang tangkap gambar.Memang gamble la bawak camera naik atas air.Hee…

Lepas dah puas kayak,ramai-ramai pon kumpul kat tepi tasik tu sebab ada taklimat sikit.Kawan-kawan dari Nilai pon dah sampai.Aku pon approach tepi tasik.Lepas naik atas pangkin and tanggalkan life jacket,aku pon berusaha ngan Che’ Pah nak angkat kayak kitorang.Masa nak tarik naik tu,sekali aku rasa kayak tu makin menjauh.Aku cuba nak tahan,tapi sedar-sedar je badan aku yang berat ni cam ringan je melayang masuk dalam air.Gedebussshhh!!!Dahla kat situ ramai giler orang tengah kumpul.Yang aku ni pulak terkedek-kedek,terkapai-kapai dalam air.Ingatkan dalam,tapi,ceh,cetek je.Ye la,aku dahla tak pakai life jacket,tak pandai berenang pulak tu.Aduuh…Buat malu je.Ahaha…

Lepas naik atas pangkin,baru aku sedar yang topi Sufa aku dah terpelanting jauh kat dalam tasik.Kayak kitorang pulak hanyut ntah ke mana.Samar-samar ja aku nampak Muslim hulur topi kat aku.Harith pulak tengah berusaha tarik kayak aku.Haha,tak leh nak lupa.Konfem aku ingat kenangan yang membuatkan En.Ish and Pak Cik Nazri panggil aku “anak itik baru belajar berenang”!

Study Week dan Exam Week, 6 April – 21 April 2009

Hari-hariku sebelum exam banyak kuluangkan di common house (study la konon).Teringat masa-masa yang kuluangkan bersama Aish,Che’ Pah,Bah dan sesekali Yaya.Senyum seketika teringatkan kenangan yang ditinggalkan.Eksperimen pendengaran dan pantulan cahaya,warkah kemaafan,sepanjang malam berbual pasal buah,(lupa pulak niat asal gi sana),sama-sama tunggu KLCC tutup lampu(sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan) dan tak leh lupa pada ‘ehem2’.(Haha,hanya dia faham apa itu!)Semangat nak study bertambah bila tengok kawan-kawan lain study.Syukur ada kawan-kawan yang macam korang.Aku amek kesempatan ni nak ucapkan thank you very much pada kawan-kawan yang banyak tolong ajar aku,kejut aku dari tido soh study,bagi semangat,kasi pinjam notes,bancuh air kat aku,datang lepak bilik aku,study sama-sama…Terima kasih banyak-banyak.Moga korang semua sentiasa dalam perlindungan Allah.Amiin.

P/s:Harap maaf pada nama-nama yang wujud dalam warkah ini.hee..Bila lagi kan nak popularkan kawan-kawan sendiri.ahaha…Akhir kata,salam ukhwah dariku buat semua sahabat seperjuangan.Mohon maaf atas segalanya.Smile~