Wednesday, June 16, 2010

2nd year memories

saja suka-suka..
just want to make a short video that suits with the song :)

credits: SHINee Onew (Ft. Kim Yeon Woo) - The Name I Loved

Sunday, February 28, 2010

an update

salam kepada semua

dah lama memoir ni bersarang dan bersawang
pagi yang hening ni saya rasa terpanggil untuk update sikit blog kita semua ni

2nd year 2nd sem pun makin hampir ke penghujungnya

bermula awal sem 2 xde yang beza..
cuti semua orang kena burn untuk siapkan optech sem 1..
then kita pun belajar buat denture..
subjek patho yg makin mencabar dan menguji semua...
creative thinking and problem solving..
communication skills dlm bhsc
lots of indices dlm community dentistry..
pharmaco, dm, microb n hafazan yg kita tempuh seperti biasa
cuma sem ni xde bahasa arab n english
banyak self-study tapi biasanya masuk lab untuk wat denture

kita berhadapan pulak dengan beberapa aktiviti tahun ni
sambutan maal hijrah
sukan intervarsiti yg mana USIM jadi tuan rumah
debat intercampus
sufa
bahas interfac
minggu integriti
community service 3
open house umah che pah n en yaacob
amin kahwin
dan mungkin ada beberapa lagi yg tak tertulis kat sini

juga nak mengucapkan sekalung tahniah dan syabas buat
sulaiman taib n syifak mawaddah abd jamil sbg MPP
ahmad nadzirin ab fattah n hazimah mohd khairom sbg exco jaksa KKP
nurfarhana mohd yusop, hanisah hamdan, mohamad hafizi mat isa n siti nur farhanah mohd desa sbg jk DSC
x dilupakan juga kpd sekretariat MPP dr second batch
-akan dtg mungkin akan ada ajk jaksa KKP, ajk DSC

juga tahniah buat
peserta bahas intercampus dr 2nd batch-
abdul azim asy abdul aziz, zahrah md yunos, nurin syahidah mohd noor n nurfarhana mohd yusop
peserta pantun akasia seni(sem 1)-
munirah mohd rosali, siti nur farhanah mohd desa, siti najwa hasnan, siti nadia rahimi, nurfarhana mohd yusop n abdul azim asy abdul aziz
peserta nasyid maal hijrah-
ahmad nadzirin ab fattah, mohd faezuddeen md dom, mohamad hafizi mat isa, sulaiman taib n abdul azim asy abdul aziz
x lupa juga buat semua yg telah menaburkan budi semaikan jasa sepanjang tahun 2 09/10

buat teman semua
semoga berjaya dalam peperiksaan profesional yang ke-2
doakan kejayaan kita bersama dalam bidang ini..
semoga semua 27orang pelajar 2nd batch akan menamatkan pengajian pada 2013- insya ALLAH

Monday, December 7, 2009

attention to all

salam,
kat sini nak inform kat semua tentang jadual tazkirah...
harap semua boleh ikut ye..
tq

minggu ni (kalau sempat and ada kesempatan) Zahrah and Farhah akan bagi tazkirah.
14 dec 09- Nadia
21 dec 09- Sarah (pagi) and Munirah (petang)
22 dec 09- Hafizi
11 jan 10- Hazimah
15 jan 10- Farhana
18 jan 10- Nadzirin
22 jan 10- Nusaibah
25 jan 10- Faez
29 jan 10- Sakinah
01 feb 10- Azim
08 feb 10- Farisha
09 feb 10- Nurin
12 feb 10- Zakiah
19 feb 10- Sofhia
22 feb 10- Syifak
01 mac 10- Farhanah
05 mac 10- 'Aishah
08 mac 10- Amelia

diharapkan semua rakan-rakan dapat bersedia dan beri sepenuhnya kerjasama.
tq semua...

Wednesday, November 25, 2009

Blinking

Assalamualaikum dan semoga di bawah Rahmat Allah sll.

Tak tau on what purpose tulis n3 ni. Cuma rasa nak tulis sebab nak share ngan kawan2 tersayang. Nak baca boleh baca. Tak nak baca pun boleh. Tak paksa. Tapi once dah tulis dlm such lovely blog ni, InsyaAllah la ada orang yang baca. Ahaks. Enough craps. Lets straight to the point.

Lepas dah observe, dah tilik, dah cerna. Rasa macam tak boleh nak let it go mcm tu je. Sebab dah sayang kan. Kenalah take any actions. Lepas dah masuk yr 2 ni, rasa2nya nak kata kenal semua sahabat2 dlm kelas ni, tak jugakla. Tapi, sebab aku ni jenis yang observer sikit, so bolehla nak kata kenal. Walaupun bukan secara deep inside. Huhu.

Dah tau. Dah faham. Dah boleh angguk senyap2. Dah boleh buat jadi macam angin lalu dah pun kalau ada orang kata, ”Kenapa la dia ni macam ni? ” ”Cuba la berubah sikit?” ”Ah, tak kira. Sapa yang suruh dia buat menda yang tak masuk akal tu.” ”Tak boleh ke dia ni accept apa yang orang lain kata?” ”Kenapa nak ikut kepala sendiri ni?”

Ok. Ok. Jangan gaduh. Diri kita. Perasaan kita. Hanya kita je yang faham. Apa ayat yang orang selalu kata tu, ”Hanya Tuhan je yang tahu.” Tapi, walaupun tu diri kita, perasaan kita, kita tak boleh nak main redah je semua benda. Kena fikir jugak baik buruk yang kita buat. Apa effectnya kat orang keliling kita. Kita budak baik, budak comel kan? Hihi.

Kita tak boleh nak judge orang melulu. Marah orang melulu. Tengking orang melulu. Lagipun, pernah tak kita duduk sejenak.(Bukan duduk semeja ye.) Asking ourselves, kalau aku kat tempat dia macam mana ye?.... There’s always a thousand reasons behind something yang kita buat. Kita tau hakikat tu kan? Kita ni kadang2 ada satu tahap, satu masa tu, macam tak boleh nak jadi diri kita sendiri. Rasa mcm tu bukan kita. Takpe. Tak salah. Tu normal kan? Cuma jangan melebih2. Tau apa akibatnya kalau melebih? Orang yang kita sayang yang merana. Kita tak pernah tau, hurting ourself is same like hurting someone yang really care for us. . Hati orang sapa la tau. Ye dak?

Dalam dunia ni, kalau tak face dengan choices, memang tak complete la hidup. Mcam satu poem tu, the road not taken. Pun kena pilih salah satu jalan kan?Tapi, tulah yang kita selalu elakkan. Sbb memilih sesuatu yang kita tak tau masa depannya macam mana, sangat menyakitkan. Macam membunuh diri kita secara senyap. Macam cancer. Kita beribu2 kali fikir nak buat satu2 keputusan. Tapi, lepas dah decide, dah tempuh dah pun. tetap rasa vulnerable dan tak yakin dengan apa yang kita buat. Kenapa ek? Sebab selalu tengok benda yang dah jadi kat belakang ke? Always think backwards? Kenapa nak seksa perasaan sendiri? Allah kurniakan kita only 1 heart yang ada 4 chambers. Dalam tu, kita boleh isi dengan macam2 perasaan lagi. Gembira, bahagia, ketenangan. Kenapa tetap jugak nak isi dengan rasa marah, serabut, tak puas hati. Allah kan takkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung...(Al-Baqarah:286)

Bahagia. Bahagia. Bahagia. Macam mana ya hakikat sebenar bahagia tu? Adakah lepas kahwin saja kita boleh dapat bahagia? (eheh. Gatal sekejap.) Bahagia tu macam mana, ya Allah? Adakah dengan melihat orang tersayang bahagia dah cukup membuatkan kita bahagia? Betullah orang kata. Nak cari bahagia tu susah sangat. Macam nak cari kuman yang ada kat tangan. Tak nampak. Kena observe bawah microscope baru nampak jelas. Kan? Kalau pandai adjustla. Kalau tak, mintak tolong Mr.Tung je. Tapi, satu je nak cakap.(Padahal dah cakap banyak dah dari tadi.) Bahagia tu....ada pada hati kita. Dalam diri kita sendiri. It depends on us nak cari ke tak bahagia tu. Kalau kita rasa tidur tu membawa bahagia, tidurlah sejenak. Kalau rasa dengan shopping tu membawa bahagia, shoppingla. Kalau rasa dengan menggeletek kawan tu bahagia, buatla. Kalau rasa nyanyi dalam kelas tu membawa bahagia, nyanyilah. Tapi slow2 dah la. Kan ada yang sakit telinga+sakit perut. Ekeke. Kalau rasa nak tersengih macam cicak sepanjang hari dah rasa bahagia pun, buatla. Tak da orang nak marah pun. Paling best, kalau rasa nak belanja orang tu membuatkan kita rasa bahagia, jangan lupa ajak sekali ek? Ekeke. Naa.. Banyak cara kan? Tapi papepun, selalu la ingat. (Buat diri sendiri esp.)

Bahagia tu sebenarnya...
Bila kita susah kita tak gelisah;
Bila kita miskin kita syukur pada Allah;
Bila kita sakit tak rasa resah;
Bila kaya kita jadi insan pemurah;
Bila kita berkuasa kita amanah;
Bila kita berjaya kita tak alpa;
Bila sihat kita tak lupakan Allah The Almighty...
(Pinjam kata2 dari Album See You Di IPT : Hakikat Bahagia)


Thats all.
For now.
Wallahua’lam.
Cau cin cau.
Roger and out.

Saturday, November 21, 2009

Yang tersurat tak pasti terlihat, yang tersirat tak tentu terlindung, yang berselirat tak mesti keliru

Aku perhati sambil menanti,
Kehadirannya tak kunjung tiba….

Masih ku ingat cantik rupanya..
Masih terdengar galak tawanya..
Masih terbayang manis senyumnya..
Tak dapat ku lupa bingit suaranya..
Masih ku kenang deraian air matanya..
Masih terlihat kelat wajahnya..

Sungguh,
Aku tidak menipu!
Aku masih mengingati itu semua..
Biar dia sendiri yang terlupa..

Aku menanti pula sambil perhati,
Dia masih tak kunjung tiba….

Aku masih ingat,
Di sinilah hatinya digurisi..
Di sinilah dia disakiti..
Di sini jua lah mereka berkelahi..

Sungguh,
Aku tidak berbohong!
Andai sahaja mereka melupainya..
Akan tetapi semuanya masih ku ingati..

Kedatangannya masih tak kunjung tiba,
Membuat aku terus perhati juga menanti….

Aku juga masih ingat,
Sabarnya ada tika di sini..
Tabahnya juga tika di sini..
Kerjasama mereka tika di sini..

Sungguh,
Tidak sesekali aku menipu!
Jika mereka telah terlupa,
Tidak aku turut melupa…

Kedatangannya itu masih ku nanti,
Sambil itu aku perhati….

Ingatanku masih lagi di sini..
Bersama mereka yang aku perhati..
Biar tanpa mereka sedari,
Aku sentiasa menanti dan perhati…

Sugguh,
Tidak aku berkata dusta!
Tiada niat menyentuh jiwa..
Tiada tujuan menyinggung raga..

Di sebalik apa yang ku lihat,
Aku kagum……
Kagum kerana mereka bukan hanya belajar.
Mereka juga menempa…..
Sesuatu yang amat berharga..
Tiada nilai dapat ditukar…
Tiada kata dapat digambar…

Aku masih di situ,
Setia menanti,
Setia juga perhati,
Mereka yang memberi 1001 ekspresi….

Tiba-tiba….

"En. Naza, paper kat mana?"


Ahhhhh…
Penantianku berakhir…
Ku lihat seorang demi seorang bertapak di sini…
Sehingga lengkap kesemuanya..
27 itulah bilangannya……..

Dan aku kini tidak menanti,
Tetapi akan terus-terusan perhati,
Menjadi saksi..
Suka-duka mereka di sini….

Pintaku,
"ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di sini"


Sekian.

Tuesday, November 17, 2009

semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..(part 2)

tatkala diri melihat sekeliling..
ketika akal mentafsir maklumat..
mata ini tertancap pada wajah,
yang bersamanya kelajuan cahaya..
telinga ini pantas menangkap bunyi,
lantaran ianya merambat melalui medium,
biar hanya udara cuma
tapi
ianya sudah cukup
bahkan terlalu cukup untuk diri ini menjadi saksi
buat kesekian kali
terhadap air mata yang masih bersisa di pipi mu teman

bukan aku tak peduli,
bukannya aku tidak peka,
tapi
aku juga begitu
aku hanya pura-pura gagah!!!

melihat air mata mu itu,
membuatkan ku hiba,
jangan begitu teman...
derita bukan selamanya..
sedih tidak berpanjangan...
gagal itu bukan warisan...

terkadang aku juga di runtun hiba..
terkadang aku jadi benci...
bangunlah teman!!!
dunia ini bukan untuk ditangisi
sedarlah teman,
hidup tak selamanya derita

jika kau gagal,
bayangkan perasaan rakanmu yang juga gagal
andai kau ketinggalan,
bagaimana pula dengan temanmu yang di belakang (bercakap tentang OpTech)
sekiranya kau rasa tiada bakat,
andai sahaja kau di tempat rakanmu yang lain (bercerita tentang akademik dan kemahiran dalam makmal simulasi)

nah!!
ambillah semua ini...
sedarlah!!!
kau punya segalanya...
sedangkan aku?
dia?
mereka?
kami?
(merujuk kepada akademik dan kemahiran)

jika anda ketinggalan dalam OpTech,
jangan meradang...
jika anda gagal dalam peperiksaan,
jangan putus asa...
kerana,
sekurang-kurangnya..
kita masih punya DIA

DIA tahu apa yang terbaik untuk kita
biar hikmah masih tak kelihatan
biar derita terasa berpanjangan
biar hati merasa pedih
biar badan menjadi letih
biar air mata jadi teman
biar bahagia sekadar angan
biar apa pun jua yang anda fikir
tak kira apa yang anda bayang
selagi mana masih bernyawa
selagi roh dikandung jasad
selagi udara masih dihirup
selama itulah anda patut bersyukur
bersyukur kerana anda di sini
masih di sini
meniti hari-hari yang tak pasti
bersyukurlah
kerana esok tidak pasti....

jika kau masih begitu,
masih melihat aku,
ketahuilah teman...
aku PURA-PURA GAGAH!!!!
kerana berpura itu yang terbaik
asalkan kau tidak bersedih

tamat semangkuk ajinomoto, secukup rasa..ianya pasti sedap..
(mungkin patut tukar tajuk aku pura-pura gagah)

ana tak tahu apa yang ana tulis ni
tapi harap kalian dapat sesuatu la..

maaf dan terima kasih dari ana...