Saturday, October 31, 2009

The Beginning

Faculty of Dentistry…..Secara jujurnya bukan pilihan pertama aku. Cita – cita aku untuk jadi pakar sakit puan hancur berkecai bila aku tak dapat masuk fakulti perubatan. Masa mula-mula daftar, aku rase aku boleh terima lagi, tapi bila aku tengok kawan-kawan lain yang dapat masuk medic, aku rase macam-macam.Sedih,geram,jeles.Aku ingat lagi masa hari orentasi dulu, aku jumpa Cikgu ARHO kat bilik die, aku kate kat die aku sedih sebab tak dapat masuk medic. Aku tak sangka aku boleh nangis mase tu. Malu gak bile ingat balik, sebab masa tu ade gak beberapa kawan yang lain.

Nak tak nak, aku kena gak belajar dalam bidang ni, tapi mak ayah tak tahu pasal ni. Bile mak tanya aku, aku kate je la aku minat gak bidang ni. Taknak lah diorang risau pulak pasal aku. Pada sesetengah orang, bidang dentistry ni lebih kurang jer dengan medical, tapi pada aku beza nya jauh sangat-sangat.Setiap kali aku tension belajar, aku mesti rase menyesal ambik bidang ni. Aku geram tengok budak-budak medic, tak payah susah payah sangat macam kitorang budak dental ni. Argghhhhhh!!!!!Geramnya.Dah la aku tak minat sangat bidang ni, pastu kena belajar susah payah lebih dari budak medic, tension betul. Tapi biler nak sedapkan hati, aku kate pada diri aku..”Ala…Nanti diaorang kerja nanti, lagi susah dari kitorang.Mase tu nanti rasekan lah kesusahannya…Muahahaha…” Sekarang ni aku masih lagi memujuk diri untuk menyukai bidang ni.InsyaAllah mungkin tak lama nanti aku akan menyayangi pulak bidang ni. Harap-harap macam tulah….

Ape lagi ek nak cakap.Hmmm,kalau nak cakap pasal kenangan manis sepanjang masuk dentistry, tak banyak pun. Aku rasa aku lebih banyak sengsara dari gembira selama belajar kat sini. Baik aku cakap pasal kenangan pahit, sebab banyak sangat kenangan pahit aku kat sini. Bila aku kata macam ni, mesti orang kata aku tak bersyukur kan? Aku pun rasa macam tu. Teruknya aku ni. Tapi nak buat macam mana, aku takkan puas selagi apa yang aku nak tak dapat. Ok la, let’s talk about kenangan pahit aku kat sini. Arrgghhhhhhhhhhhh!!!!!Tensionnye banyak sangat subjek nak belajar kat sini. Subjek tambahan lagi banyak dari subjek core. Dah la kadang-kadang tak paham satu ape pun ape yang lecturer ajar. Keluar kelas dengan rase yang amat bengong. Lepas tu resultnya , fail la. Tak tau la bila aku ni nak pandai. Aku rasa aku ni bodoh sangat-sangat. setiap kali nak exam aku mesti nangis macam orang giler. Or maybe aku memang dah gila. Macam orang cakap tu ‘gila musim’. Bila musim exam jer aku terus jadi gila. Ni tak lama lagi kitorang akan dapat result exam. Dean kata memang teruk giler result kitorang. Ramai fail. Mungkin aku akan gila kejap lepas ni sebab tak dapat menerima kegagalan. Harap-harap giler kejap je la..hahaha..

Jom cakap pasal kawan-kawan pulak. Aku serumah dengan Zimah,Sarah, Munie. Happening gak diaorang ni. Sarah suka buat aku gelak, Munie ni lemah lembut sikit, Zimah satu geng anak bongsu same ngan aku..hehe..Sejak Hidayah masuk medic, aku takde bestfriend kat dentistry ni. Tak macam dulu, asyik dengan Dayah jer. Kalau budak laki plak, aku baik ngan Piji and Azim gak coz dia study group dengan aku. Seronok kawan dengan diorang ni, tak kedekut ilmu and tak kurang jugak loyer buruk nye..hahaha..Friends forever!!!

Apa lagi nak cerita ni. Takde pape yang menarik pun pasal pengalaman aku yang nak diceritakan. Ok la, kita sambung sem depan pulak. Chow!!! Salam.

Friday, October 30, 2009

Just For Us

Masa mule-mule dak-dak ni bagitau yang aku dapat masuk Faculty of Dentistry rase lega sebab dapat penuhi hasrat dan harapan parents. But, bile surat tawaran sampai kat umah and bila bukak tu tengok course dentistry rase cam dalam mimpi je… Dentistry, maksudnye I am a dentist to be…. Ye ke???!!! Tak pernah terfikir pun selama ni… Apetah lagi nak membayangkan sume ni…. The nightmare just to begin… huhuhu…. Tanak!!! Tanakkkkk!!!!!! That’s what happen mase mula-mula dapat course dentistry ni… Rase inferior dan macam-macam lagi… 1 July sampai kat Pandan Indah.Orientasi lagi.Mase ni nampak sume muka dak-dak dentist.Patutnye 30 orang.Tapi yang ade cuma 28 je….Faez, Yen, Pg, Leman, Azim ,Zubair, Nus, Bah, Aish, Amy, Nurin, Nadia, Che’ Pah, Pa’a, Yaya, Syifak, Zakiah, Sarah, Mah, Hana, Muni, Farhah,Zara, Nysah, Awa,Ain, Pura and Didi. Ni la dak-dak 2nd batch dentistry kat USIM ni.Tapi tak lame pastu kite tinggal 27 je sebab Zubair dah pun jadi student medic.

Family day.Baru masuk dah ade aktiviti luar.Tapi papehal pun kite enjoy giler.Pastu, macam-macam lagi kite hadapi bersama.Pejam celik,pejam celik mid pun dah dekat.Hampeh tol la…dekat-dekat nak mid ni la pulak de banyak aktiviti.Ade yang kene gi camping,masuk bahas,jadi AJK pantun and kene tubuhkan pasukan choral speaking Bahasa Arab and hantar wakil untuk pertandingan bercerita.Nak exam ke, tak exam ke, hantar gak wakil.Dah la mase tu dak medic da cuti...huhuhu….After paper Physio, kite cuti.Tapi seminggu je la. Naek cuti, before paper laen kite nak exam result Physio pon keluar.Jeng,jeng,jeng….Lebih separuh kelas gagal.Ape lagi,time tu memang ramai sangat yang rase down giler ngan apa yang berlaku.Ye la,nak kate ape kan.1st time exam jadi gitu.Yang tak tahan tu dapat result before kite exam paper laen.Abes emosi terganggu.And aku antara mereka-mereka yang rase down giler tu la.But Pg keep on motivate gurls.At that point aku rase dak-dak laki dentist ni sweet sangat…hahaha...At that time je taw!!!!

Hari-hari seterusnye banyak lagi dugaan mendatang.Kekadang rase give up…. Aku pernah terfikir yang masuk dentistry ni adalah kesilapan terbesar yang aku pernah buat sebab aku tak minat benda ni.Tapi, everytime aku fikir macam tu banyak tangan-tangan yang dihulur untuk terus bagi aku semangat kat sini. Bile rase tension ramai yang bagi kata-kata semangat….. This is the most sweet thing kat dentistry. Sebab kite tak ramai, kite bersatu hati.Saling menasihati and saling memerlukan.Pergi open house rumah Che’ Pah and Amy.Keluar gi Mid same-same.Jalan-jalan kat Low Yat ngan Time Square,sesat gi Kamal same-same.Tu sume kenangan kite.Mase yang paling tak leh blah adalah wat kerja untuk….. ROAD SHOW!!!!! Yang ni memang tak tahan.Tapi dugaan ni kite hadapi bersama.Yang best kite makan ramai-ramai and same-same.Makan McD(sebelum zaman boikot),KFC,pizza,Secret Recipe even nasi kukus.Kalau boleh nak je masa dihentikan and biarkan kenangan tu berterusan selamanya.

And masa berlalu ngan pantas coz final pun tiba.Bila exam de je yang jatuh tapi banyak jugak tangan-tangan yang membantu supaya yang jatuh tu terus bangun.Akhirnye exam pun habis and kite pun cuti.And now aku sedar yang dentistry ni bukan kesilapan terbesar aku untuk memasukinya tapi kesilapan terbesar aku adalah aku tak cuba memahami dan menyayanginya.Aku cukup bertuah, bahkan terlalu bertuah kerana dikelilingi oleh kamu-kamu yang tak putus-putus bagi sokongan dan dorongan sepanjang kite bersama melalui hari-hari yang sukar di Semester 1 ni.Semoga kita bersama berjaya dalam exam pro di Semester 2 nanti.Thanx a lot friends.Doakan kejayaan kita bersama k.Semoga kite grad bersama-sama nanti…

Thursday, October 29, 2009

Memoir Quiz

One Best Answer
Note: This is ONE BEST ANSWER type of questions so please choose ONE BEST ANSWER only!!!

1. Which of the following best described your feeling during the first semester at FoD?
A. Sunshine
B. Stone
C. Computer chip
D. Mamee Slrrpp (curry flavour)
E. about:blank

2. What was your favorite subject during the 1st year of study at FoD?
A. Anatomy
B. TITAS
C. Behavioral Science and Oral Health
D. Arabic
E. None of the above

3. Who was your favorite lecturer during the 1st year of study at FoD?
A. Prof Hasan
B. Sir Abdullah
C. Ku Nur Farhah
D. Myself
E. All of the above

4. What do you think about Fod’s 2nd batch students @ your classmate?
A. Sweet like chocolate
B. Remind me to National Zoo
C. Love peace, no war
D. Shinjuku Incident
E. i Robot

5. Which of the phrase below best described you now?
A. “Hello, I’m a Mac…And I’m a PC”
B. “An an an…Doraemon!!!”
C. “Macam-macam ada!”
D. “Aja ,aja Hwaiting!”
E. Write your own phrase: Alhamdulillah…



Modified Essay Questions
Note: Answer all question, but you may leave blank if you’re ‘blank’.

1. The 1st year at FoD gave many unforgettable experiences, memories, and moments.
a) Write 3 most valuable moments that you remember? ( 1.5 M)
b) Write 3 moments that you want to forget the most (but you can’t!)(1.5 M)
Answer:
a) USIM & oral health promotion at SMATH & SMKAMH,trip to Kelantan,and semester break.
b) 2 dreadful weeks of Professional Exam, every Arabic examinations, and Debate Competition during National Month.

2. State things that you had learnt in the 1st year at FoD (accept during lecture session). (2 M)

1.How to accept people. As I’ll spend 4 years more at FoD with my classmates, so I have to accept them as my friends, no matter how much different our thought, characters and accents are.
2.How to handle depression and avoid giving up things. Thanks for my friends that always gave me a lot of support and courage, and taught me what it means to be His Caliph.
3.How to take care of my health and teeth.



I would like to thank everybody in the class: Safura, Diyana, Najwa, Ain, Hanisah, Farhah, Nadia, Sarah, Hana, Hazimah, Aish, Nusaibah, Sakinah, Zakiah, Amelia, Aishah, Farhanah, Syifak, Sofhia, Munirah, Nurin, Sulaiman, Faez, Azim, Hafizi, Nadzirin…. & a lot of sorry too :P .





END OF QUESTION PAPER
Good Luck

Monday, October 26, 2009

newborn

harini merupakan hari pertama blog ni ditubuhkan utk memaparkan coretan memori 2nd batch dental students usim. memandangkan kita x ramai, nak print out buku memang xberbaloi n sgt menelan belanja. jd, gunakan yg mudah n murah (actually xyah byr pn) n berteknologi..hehe
ENJOY IT!!!