Wednesday, September 24, 2014

it's been a while

Dah setahun lebih kita tak lagi berkumpul bersama-sama, 27 of us. Masing-masing punya cerita tersendiri. Kadang-kadang I tertanya-tanya juga. Apa cerita sahabat kita yang jauh nun di seberang lautan? Apa cerita sahabat yang sudah berkeluarga? Apa cerita partner-in-crime waktu belajar? Sudahnya, soalan saja yang mampu I fikirkan. I harap semua sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah naungan dan rahmat Allah.

Yang buatkan I selalu sangat terfikir tentang kalian of course bila nak manage patient. I selalu fikir, "kalau ehem-ehem (isikan dengan nama sesiapa) ada kat sini, camne dia akan manage patient ni?" Dan kadang-kadang bila I tengah treat patient, I terfikir "agaknya diorang guna GIC je ke? Guna tak amalgam? Buat ke locum?" Well, to be honest kadang-kadang dalam setiap perkara I akan terfikir tentang kita.

I pun sememangnya tak rapat dengan semua orang. Tapi those 5-6 years yang kita dah spent together tu tetap membawa I untuk terus befikir tentang kita. Kadang-kadang I happy, kadang-kadang I sedih. I tahu, ada konflik-konflik yang secara tak langsung dah ala-ala memisahkan kita. Tapi tulah kehidupan. Pengalaman tulah yang akan mematangkan kita.

Rasanya I pun dah merepek melampau-lampau. Lastly note untuk peringatan kita semua; harap kita dapatlah berkhidmat dengan penuh keikhlasan kerana Allah.

Insya-Allah, moga Allah pelihara ukhuwah ini hingga ke syurga-Nya. I sayangkan korang lillahi ta'ala.

Salam kasih sayang dan kerinduan dari I.

Saturday, July 20, 2013

hello my friends we meet again


"hmm,,kenapa dyorang x kejut aku solat"

kadang2 ayat ni selalu bermain difikiran bila sedar waktu solat dah dipenghujung.

"dyorang ingat aku dah solat kot.."hanya mampu bersangka baik,setiap masa.

mungkin sudah terbiasa bila berada di rumah,akan selalu ada yang tolong menasihatkan,dan mengingatkan.

"dah makan?"
"dah solat?"walaupun masih diawal waktu.
"tak solat terawih ke malam ni?"

bila berada dirumah,kita tau semua orang ambil berat pasal kita.
bila berada diluar,kita hanya ada kawan dan orang lain.
dah tak ada lagi suara mak ayah yang tanya tentang solat,
suara adik2 yang bising mengomen itu dan ini,

kat sini hanya ada kawan2,
yang kadang2 kita harapkan untuk tanya tentang solat bila nampak kita terlalu lena tidur,
mengajak terawih bersama bila asyik berbaring malas,
dan memberi teguran bila kita berlaku keterlaluan

"kau dah besar,dah pandai nak berfikir baik buruk,pandai2lah hidup"
"hari2 kena gerak subuh,harap alarm je kuat,,letihlah macam ni.."
"hmm,.maghrib dia pukul 8pm lagi hari ni.."

harap2 bukan sekadar monolog dalaman.



sahabat menuju akhirat,berkasih sayangnya kerana Allah.






Wednesday, January 23, 2013

take 5~

Assalamualaikum.
selalu saya singgah sini,tapi isi masih tak berubah,tak sampai hati tengok blog ni terus terbiar,.
ambil sikit ruang study,saya cuba teka semula email dan password, tak sangka masih ingat..alang2 dah buka,saya nak "refresh" sikit page ni.

malam semalam saya mimpi kena kejar dengan seorang lecturer yang bengis (dunia sebenar dia sangat baik dan cantik?).. tak tahu kenapa,saya serahkan gutta percha pada adik saya,suruh dia bawa lari jauh2..saya terus melarikan diri selaju2nya..tiba2 saya dirempuh deras dari belakang sehingga terpelanting jauh,,sejurus kemudian kedengaran satu suara berteriak "sy tak mahu tengok class 1 composite..!"

bila tersedar dari tidur,saya fikir,mungkin ada hint exam disebalik mimpi?
atau..mungkin sesuatu tak baik sedang menanti ?..
na'uzubillah..
 
jangan biar mimpi ngeri menghantui hari2 kita.
good luck my friends.
result cukup makan saja memang tak cukup.
all the best in your exam.and me too.


Thursday, October 4, 2012

holding on


ihsan google

recently lots of emotions here and there
i might appear to be like melukut di tepi gantang
which ada or tak ada doesn't make any differences
but trust me
it's not your journey,
it's our journey!
your pain is our pain
your tears is our sadness
your joy is our happiness


Keep holding on
Cause you know we'll make it through
we'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you
I'm here for you

There's nothing you could say
nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
Cause you know we'll make it through
we'll make it through

Hear me when I say when I say, I believe
Nothing's gonna change
nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly

i dedicate this to YOU
you whom are reading this :)


ihsan google



insyaAllah
may Allah ease our way
please don't give up








Saturday, April 14, 2012

sesak

assalamu'alaikum

kawan-kawan, aku sangat memerlukan kekuatan dari kamu semua. tolong doakan supaya aku tabah untuk berdepan perkara ni dengan sebaiknya.
maybe this is not the suitable time to uncover everything. walaubagaimanapun tolong doakan yang terbaik untuk segalanya.
kadang2 simpan pun sakit, luahkan pun sakit. apapun terima kasih semua.



Wednesday, April 11, 2012

Sedih...

I sedih sangat malam ni.I rasa sebak kat dalam hati.Air mata ni murah sangat,mudah je tumpah.

I nak minta maaf pada you,kerana I tak mampu jadi diri I yang sebenar depan you.I minta maaf.

Sunday, April 1, 2012

Itulah Gunanya Kawan




Assalamualaikum semua,

Belek-belek balik gambar-gambar kita masa tahun pertama di fakulti ini, dan melihat balik wajah-wajah muda kita dulu, megimbau balik saat-saat manis bersama. Di ketika kita masih mula berkenalan dan mengenali satu sama lain, wajah kita sentiasa tersenyum dan ceria bersama. Pada saat kita mula memahami antara satu sama lain, hati sentiasa menerima, gembira bersama. kisah duka dahulu, kini hanya menjadi kenangan dan teladan dikaburi saat-saat gelak tawa bersama. Tanpa mu teman, ku tidak mampu sampai ke tahap ini. Dengan mu di sisi, aku dapat menyulusuri ranjau-ranjau berduri fakulti ini :) Terima kasih, wahai teman bernama kawan~