Wednesday, September 24, 2014

it's been a while

Dah setahun lebih kita tak lagi berkumpul bersama-sama, 27 of us. Masing-masing punya cerita tersendiri. Kadang-kadang I tertanya-tanya juga. Apa cerita sahabat kita yang jauh nun di seberang lautan? Apa cerita sahabat yang sudah berkeluarga? Apa cerita partner-in-crime waktu belajar? Sudahnya, soalan saja yang mampu I fikirkan. I harap semua sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah naungan dan rahmat Allah.

Yang buatkan I selalu sangat terfikir tentang kalian of course bila nak manage patient. I selalu fikir, "kalau ehem-ehem (isikan dengan nama sesiapa) ada kat sini, camne dia akan manage patient ni?" Dan kadang-kadang bila I tengah treat patient, I terfikir "agaknya diorang guna GIC je ke? Guna tak amalgam? Buat ke locum?" Well, to be honest kadang-kadang dalam setiap perkara I akan terfikir tentang kita.

I pun sememangnya tak rapat dengan semua orang. Tapi those 5-6 years yang kita dah spent together tu tetap membawa I untuk terus befikir tentang kita. Kadang-kadang I happy, kadang-kadang I sedih. I tahu, ada konflik-konflik yang secara tak langsung dah ala-ala memisahkan kita. Tapi tulah kehidupan. Pengalaman tulah yang akan mematangkan kita.

Rasanya I pun dah merepek melampau-lampau. Lastly note untuk peringatan kita semua; harap kita dapatlah berkhidmat dengan penuh keikhlasan kerana Allah.

Insya-Allah, moga Allah pelihara ukhuwah ini hingga ke syurga-Nya. I sayangkan korang lillahi ta'ala.

Salam kasih sayang dan kerinduan dari I.